Tsunami Kerja



Subhanallah...
Banyak kerja nak kena buat... Rutin hidup pensyarah universiti, yang dari luar dilihat macam 'relaks' sangat hanya kerana tiada kad penumbuk :P (punch card)... tapi hakikatnya, siang malam diulit kerja... kerja... kerja...
Kertas kerja SEMLIS 2008... adeh, bila nak siap... Pastu nak kena siapkan prosiding seminar... seminggu-dua ni berpuluh emel masuk sehari... rata-rata pasal kertas kerja pembentang untuk SEMLIS 2008... Minggu depan nak kena hantar kat pencetak dah... Nak kena semak tesis lagi... Selia pelajar Ijazah Tinggi... amboi tebalnya tesis... Esok kelas 5 jam... Master... mesti well prepared... Alamak, power point tak buat lagi... Tugas kat Desa Tekun... anak-anak yang beribu-ribu tu nak kena tengok-tengok jugak... Minggu ni kena bawa qariah Tekun untuk pertandingan tilawah antara IPTA (peringkat kebangsaan)... 3 hari kat Kampus Kejuruteraan [Tahniah untuk Najiah dan juga untuk Tekun sebab jadi johan tilawah peringkat USM minggu lepas]... Oh ye, minggu ni jugak ada program e-learning PPIK... jangan tak tau, depa lantik saya jadi Penyelaras e-Learning.... hihiii... sebab saya terlalu bersemangat untuk memecah tembok dewan kuliah demi menyampaikan ilmu... Research pulak... errr... dok diam-diam dulu ye, tak sempat nak belek lagi...hmmm.... alahai.... apa-apa je...

Anak-anak yang lima.... don't worry sayang, sibuk macamana pun, kalian tetap di hati :) ... petang ni mak akan bawa kome pegi beli cendol, mi goreng, ayam percik, agar-agar & martabak macam selalu... hmm.... pagi-pagi di bulan Ramadan bercakap tentang menu berbuka... menitik air liur, hihiii.....
Share:

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz
Pensyarah Kanan, Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Follow by Email

Gegak Gempita Gara-gara Augmented Reality Dakwah

Augmented Reality atau singkatannya AR merupakan istilah yang masih asing lagi di Malaysia, apatah lagi penggunaan augmented reality dalam ...

Labels

Blog Archive

Recent Posts