Tulis... padam... tulis... padam...
Entah kenapa begitu sukar mencari kata pemula.
Hari ini, Ramadhan bermula... bulan yang sentiasa dirindu oleh saya dan arwah suami. Semalam seharian saya mengemas rumah. Begitulah selalunya, Ramadhan kami sambut seperti ingin menyambut Aidil Fitri. Namun, kali ini saya tak mampu mengemas rumah sebaiknya kerana batasan kudrat yang sendirian menggalas semuanya. Ramadhan kali ini terlalu berbeza buat saya.
Sejenak saya termenung...
dan terus termenung lagi...
Betapa hebatnya nilai kasih sayang...
Tetapi, kita manusia...
Bagaimanakah kita meletakkan nilai kasih sayang itu?
Bagaimanakah kita menghargai kasih sayang itu?
Bagaimanakah kita membalas kasih sayang itu?
Entah kenapa saya tulis begini hari ini.
Yang pasti saya berharap semua yang di luar sana, renung-renunglah... bagaimana anda menghargai kasih sayang orang yang yang anda sayangi...
Selamat menghayati Ramadhan...
Semoga setiap Ramadahan ialah Ramadhan yang terbaik buat kita semua
Assalamualaikum ustazah,
ReplyDeleteKami sekeluarga mendoakan kesejahteraan ustazah dan anak-anak. Sambutlah Ramadan sebagai ruang berteduh di bawah kasih-sayangNya...
Salam persaudaraan
bersabarlah wahai ustazah, sesungguhnya ada hikmah disebalik kejadian.sesungguhnya tuhan hanya menduga seserang mengikut kemampuannya...semoga kesabaran hari ini dan seterusnya mendapat keberkatan dan limpah rahmat dari- Nya..insyaallah....Slamat menjalani ibadah puasa dan senyum selalu..
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr.
ReplyDeleteHarap belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Mudah-mudahan Dr. sekeluarga sentiasa dirahmati Allah hendaknya.
"Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya."
ReplyDeleteSelamat Menyambut Ramadhan. Semoga dikurnia tabah yang tidak lekang.
Nilai kasih sayang . . .
ReplyDeleteditakdirkan antara pemuda syurga di akhirat
dgn
arwah suami . . .
kasih kepada siapa yang akan ditumpahkan kelak di akhirat. . .
pls do "ping" me in my blog or email ...TQ.
Assalamualaikum Dr Hasanah serta anak2 yg dirahmati Allah. Maaf baru ni berkelapangan utk singgah ke sini...maklum tuntutan tugas esp di akhir2 semester. Sesungguhnya saya sgt bertrimakasih pd Dr krn dpt 'menumpang bahu' , 'dipinjamkan telinga' berkongsi rasa. Alhamdulillah Ramadhan kali ini lebih berkhemah, krn mengingatinya selalu kita semakin rapat denganNya. wlaupun arwah gemar berpuasa penuh di bulan2 Rejab dan Syabaan namun Ramadhan lebih istimewa krn ank2 sama2 menjlani dgn rasa meriah esp masa solat sunat terawih. Ini amat dirasai olh Haziq. Sukar utk digamrkan dgn kata2. Saya juga takut dgn kehadiran AidilFitri yg pastinya bagai kemuncak ampangan yg slama ini membendung segala kedukaan yg berat dilubuk hati ini.Bagaimana hendakku hadapi semua ini. Aidilfitri kali ini, tidak ada apa2 keistimewaan hanya mnymbut kehadiran tetamu (jika ada yg sudi bertndng). Terasa juadah bakal hambar krn tiada lagi penggemar air tangan ini. Namun demi ank2 kita sorokkan segala kedukaan . Simply, it'd be unfair for the chn...setelah sebulan berpuasa mrk perlu sedikit imbuhan juga. Walau apapun, saya doakan agar segala amalan dan ibbadah yg Dr Hasanah lakukan mendapat ganjaran berlipat kali ganda dan semoga anak2 juga menjadi anak soleh dan soleha serta Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh suami2 kita yg telah pergi mendahului kita, serta segala amalan mereka diredhoiNya , Ameen ya Rabbil alamin. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteTerima kasih kak Fiza kerana masih sudi bersinggahan di sini. Apalah daya kita menahan ketentuan Ilahi. Yang pergi telah pergi... Aidil Fitri yang tak sanggup kita hadapi pula tetap akan datang jua... I'm totally speechless.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Sampaikan salam saya buat anak-anak kak Fiza.
salam..dr.semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. smoga dr. terus tabah, tabah, dan terus tabah...
ReplyDeletesy student dr.. duk kat desa tekun.. slalu je tengok anak2 dr. tolong polish motor yg parking dpn umah dr., bantu makcik cleaner angkat tong sampah "special"2.. dan bermain2 dpn desa.. melihat kehidupan mereka, seakan tiada duka di hati mereka,, namun, hati menangis siapa yang tahu.. hati ibunya siapa yang menahu? tapi, bagi saya, tiada salah mengenang orang yang dah pergi.. tapi, kita yang masih di beri nafas, harus maju.. ke hadapan.. ke hadapan dan ke hadapan.. demi sebuah kehidupan.. salam sayang dari saya... -ingin melihat senyum gembira dr.-