Soalan Urus Pusaka ke: 76

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 6 May 2015

Soalan Urus Pusaka ke: 76

Nama: teratai

Akum...
Saya ingin bertanya, adakah boleh diubah perjanjian pembahagian harta ini yg telah dipersetujui dimahkamah sebelum ini secara faraid ke pembahagian sama rata antara adik beradik ? Jika boleh, bagaimanakah caranya ? Atau adakah perlu saya memaklumkan kepada mahkamah terlebih dahulu ? Unk pengetahuan puan, tiada lagi ape2 proses tandatangan di buat di mahkamah pada perbicaraan itu.

Sekiranya hanya saya sahaja yang meminta agar ianya dibahagi secara sama rata, tidak secara faraid, adakah pembahagian ini akan diteruskan juga secara faraid ?

Saya diberitahu juga bahawa saudara perempuan juga mempunyai hak ke atas bahagian yg saudara lelaki dpt dan adalah wajib bagi saudara lelaki tersebut memberikannya kepada saudara perempuan tersebut sekiranya dituntut. Adakah benar ?

IP: 202.95.68.20
Tarikh: 2007-11-26 16:19:47
Emel: mynazmi@yahoo.com


Respon Dr. Hasanah

Teratai,

Pembahagian secara sama rata hanya boleh dibuat jika semua waris lelaki bersetuju kerana bahagian merekalah yang akan berkurangan jika kaedah ini diterima.

Persetujuan waris perempuan tidak diperlukan, tetapi, sebagai satu semangat kekeluargaan, biarlah semuanya sehati sekata.

Jika telah ada persetujuan dibuat di mahkamah, ia masih boleh diubah, tetapi prosesnya menjadi panjang kerana proses perlu dimulakan semula.

Dalam harta yang diwarisi oleh waris lelaki memang ada hak waris perempuan, tetapi sekadar jika si perempuan tadi menjadi tanggungan nafkahnya. Contoh, ibubapa telah meninggal, jadi harta yang dapat oleh anak lelaki, perlu juga digunakan untuk menyara ahli keluarga yang perempuan terutama yang belum akil baligh atau berkahwin. Selain daripada aspek nafkah, waris perempuan tidak berhak ke atas harta yang menjadi bahagian lelaki. Kalau nak mintak, siapa-siapa pun boleh mintak, tapi, kalau dia tak mahu bahagi, itu hak dia.
Wallahu a'lam.

 

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage