13. Bahagian Suami

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 7 May 2015

13. Bahagian Suami

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:27:53
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Allah telah berfirman, maksudnya:
“Dan kamu mendapat separuh dripada apa yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu, jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu dapat ¼ daripada apa yang mereka tinggalkan, iaitu sesudah (diselesaikan) wasiat yang mereka wasiatkan ataupun (sesudah diselesaikan) hutang”. (An-Nisa’: 12)


Berdasarkan ayat ini, dapatlah difahami bahawa pecahan untuk suami bergantung kepada duan keadaan:

1. Jika si mati (isteri) tidak mempunyai anak ataupun anak kepada anak lelaki dan ke bawah, maka suami akan menerima ½ daripada harta pusaka.
2. Jika si mati (isteri) mempunyai anak ataupun anak kepada anak lelaki dan ke bawah (dan masih hidup), maka suami akan menerima ¼ daripada harta pusaka.

Formula:

Suami:

isteri tiada anak –> ½
isteri ada anak –> ¼

Cara baca:

Jika isteri tiada anak, suami dapat 1/2
Jika isteri ada anak, suami dapat 1/4

Perhatian:

1. Dalam keadaan ini, yang ditekankan ialah anak kepada si mati (isteri), bukannya anak kepada suami.
2. Bahagian suami boleh berkurangan jika pecahan harta pusaka bersama-sama pewaris lain tidak mencukupi. Oleh itu, semua pewaris akan mengalami pemotongan mengikut kadar yang diterima masing-masing secara ‘aul sehingga ia menjadi genap dengan jumlah sebenar harta yang ditinggalkan. (Sila rujuk dalam tajuk ‘aul).
3. Suami ataupun isteri mungkin menerima bahagian yang lebih jika mereka mempunyai hubungan kerabat yang tertentu. Contohnya, isteri mati meninggalkan suami dan ibu, sedangkan suami tadi juga merupakan anak kepada bapa saudara seibu sebapa.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage