Skip to main content

Fatwa Zakat Pelaburan Saham


Warta Kerajaan NEGERI SELANGOR Jil. 64 No. 7

31hb Mac 2011

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

HUKUM ZAKAT PELABURAN SAHAM

1. Hukum zakat ke atas saham yang dilaburkan di pasaran modal adalah sama seperti zakat barang perniagaan (Arudh at-Tijarah), tidak kira sama ada tujuan pelaburan saham itu adalah untuk diniagakan (jualbeli) atau untuk disimpan.

2. Keputusan ini diambil berdasarkan dalil dan hujah sebagaimana berikut:

(i) Firman Allah S.W.T.:

Bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”.

(Al-Baqarah: 267)

Mujahid mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah harta perniagaan. (Sunan Al-Qubra, Al-Baihaqi, hadis No: 7387)

(ii) Hadis dari Samrah: --sila download fail pdf untuk lihat teks hadis

(Sunan Abi Daud)

(iii) Hadis Abi Zar secara Marfu’: --sila download fail pdf untuk lihat teks hadis

(Sunan Darqathani)

(iv) Hadis: --sila download fail pdf untuk lihat teks hadis

(v) Hadis:(vi) Kaedah Qias

(a) Qias terhadap zakat ternakan, emas, perak dan mata wang

Wang yang dilaburkan untuk membeli saham sama ada yang diniagakan atau disimpan mempunyai ciri-ciri dan sifat yang sama dengan binatang ternakan, emas dan perak serta mata wang. Iaitu harta yang berkembang (An-namiah).

Oleh itu, hukum zakat ke atas harta-harta tersebut iaitu diwajibkan ke atas pokok dan hasil atau keuntungan (Arudh at-Tijarah).

(b) Qias terhadap zakat simpanan

Adalah tidak adil jika pemilik wang yang hanya menyimpan wangnya diwajibkan zakat ke atas untungnya dan pokok (modal). Sedangkan pemilik saham yang melaburkan wangnya hanya diwajibkan zakat ke atas keuntungan sahaja, tetapi (modal) terlepas daripada kewajipan zakat.

(vii) Sesungguhnya tujuan dan matlamat seseorang ketika membeli dan memiliki saham adalah satu sahaja, iaitu diniagakan dan mendapat pulangan keuntungan. Tujuan dan niat ini berlaku tidak kira sama ada bagi orang yang membeli saham untuk dijual beli atau hanya mendapatkan keuntungan jangka panjang (dividen). Oleh itu, sangat bertepatan sekiranya setiap saham itu diwajibkan ke atas zakat barang perniagaan (Arudh atTijarah).

3. Syarat wajib zakat saham

Saham yang diwajibkan zakat mestilah memiliki syarat-syarat sebagaimana berikut:

(a) Islam

Zakat hanya diwajibkan ke atas pemilik saham yang beragama Islam.

Bagi saham yang secara bersama di antara orang Islam dan bukan Islam, zakat diwajibkan ke atas ekuiti atau pemilikan orang Islam sahaja.

(b) Pemilikan sempurna

Zakat diwajibkan ke atas pemilikan saham yang sempurna. Iaitu pemilikan mempunyai kuasa untuk memperlakukan dan memperolehi manfaat harta tanpa memerlukan campur tangan pihak lain. Ia juga bermaksud seseorang itu mempunyai hak monopoli iaitu hak untuk mengawal, mengurus, menyimpan, menggunakan, memberi, menjual dan sebahagiannya atas kehendak seniri.

(c) Milik pihak tertentu

Berdasarkan syarat ini, zakat tidak diwajibkan ke atas saham yang dimiliki institusi umum seperti masjid, surau dan seumpamanya.

Zakat juga tidak diwajibkan ke atas institusi yang mempunyai dana daripada sumber harta umum seperti wakaf, sedekah dan seumpamanya yang tidak mempunyai pemilik.

(d) Mencapai nisab

Menurut pendapat kebanyakan ulama, nisab bagi sesuatu harta zakat adalah jumlah keseluruhan harta zakat yang dimiliki oleh seseorang individu. Ia bermaksud, jika seseorang mempunyai saham yang tidak mencapai nisab, dan mempunyai saham-saham lain yang belum mencapai nisab, tetapi apabila dicampurkan keseluruhannya, maka ia mencapai nisab wajib zakat, maka ia diwajibkan untuk mengeluarkan zakat dari hartanya itu.

(e) Mencukupi haul selama setahun

Menurut para Fuqaha, yang dimaksudkan haul setahun ialah harta yang diwajibkan zakat mestilah kekal syarat-syaratnya seperti nisab selama setahun. Ini adalah pendapat Mazhab Syafie dan Hanbali berdasarkan Hadis Nabi S.A.W.: “Tidak diwajibkan zakat pada sesuatu harta sehinggalah mencukupi haulnya selama setahun”.

Walaubagaimanapun, Mazhab Maliki dan sebahagian ulama Syafie berpendapat bahawa nisab hanya diambilkira di hujung haul dan bukan keseluruhannya kerana ia mudah untuk ditaklifkan. Manakala ulama Hanafiah berpendapat, haul disyaratkan pada mana-mana tempoh dalam setahun dan bukan keseluruhannya kerana ia tidak menyusahkan berbanding sekiranya disyaratkan pada tempoh keseluruhannya.

(f) Harta yang halal

Zakat tidak diwajibkan ke atas saham sebagaimana berikut:

(i) dilaburkan dari sumber harta yang haram; dan

(ii) dilaburkan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan hukum syarak.

4. Kaedah taksiran zakat

Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai saham di hujung haul. Bagi saham yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan ke dalam jumlah saham yang diwajibkan zakat.

(nilai pasaran di hujung haul + keuntungan ditunaikan setahun) x 2.5%

Contoh taksiran zakat:

Jadual 1: Pelaburan Saham Encik Ali:

















































SAHAMUNIT LOT
(1 Lot =1,000 unit)
HARGA PASARAN
(RM)
NILAI SAHAM
(RM) 
 A 20 1.0020,000.00
 B 15 1.3019,500.00
 C 30 4.50135,000.00
 D 10 1.5015,000.00
 E 30 2.0060,000.00
 F 15 1.1016,500.00
 JUMLAH KESELURUHAN (RM)266,000.00

Berdasarkan Jadual di atas, disimpulkan bahawa:

i. Ali adalah pemilik sempurna bagi saham-saham di atas;

ii. Pelaburan Ali cukup 1 tahun haul; dan

iii. Ali memperolehi keuntungan daripada jualbeli saham.

Pengiraan zakat bagi saham adalah sebagaimana berikut:

Jumlah Nilai Saham : RM266,000.00

Jumlah Keuntungan Saham

Ditunaikan Setahun : RM80,000.00

Kos Brokeraj : RM10,000.00* (bergantung kos sebenar

yang dibayar)

Jumlah Wajib Zakat : (Nilai Saham + Keuntungan Setahun) -

Kos Brokeraj

= (RM266,000.00 + RM80,000.00) -

RM10,000.00 = RM336,000.00

Jumlah Zakat : RM336,000.00 x 2.5%

= RM8,400.00

5. Zakat pemilikan saham dalam syarikat persendirian atau koperasi

Bagi zakat saham wajib dimiliki oleh pihak syarikat persendirian atau Koperasi, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa hukum zakat ke atasnya adalah sebagaimana berikut:

Zakat saham adalah wajib dikeluarkan oleh pihak syarikat berdasarkan hukum khultoh (harta bercampur). Akan tetapi, jika pihak syarikat tidak memberi zakat, maka kewajipan zakat wajib ditunaikan oleh individu.

Senario 1: Syarikat Membayar Zakat

Rujuk kaedah kiraan zakat untuk syarikat yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007.

Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat

Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan nilai zakat pihak syarikat yang dinisbahkan kepada nilai pegangan individu.

Contoh taksiran:

Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2008:

RM10 juta.

Zakat syarikat: RM10 juta x 2.5% = RM250,000.00

Pegangan saham milik A dalam syarikat/koperasi: 10%

Zakat saham A: 10% x 250,000.00 = RM25,000.00

Bertarikh 16 Mac 2011

[MAIS/SU/BUU/02/016/10-1; P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 3]

Sumber: e-Zakat Selangor



Download: Fatwa Zakat Pelaburan Saham

Comments

  1. Hallo..
    Nama saya Arif, partner manager program afiliasi untuk InstaForex
    Group, broker terbaik di Asia.
    Kami ingin menawarkan kerjasama dalam program afiliasi yang
    memungkinkan Anda mendapatkan $ 1.5-5.3 dari setiap lot pasar standar
    pelanggan Anda. Jika Anda tertarik, silahkan hubungi saya dan saya
    akan memberikan rinciannya.

    Menjadi afiliasi sekarang dan mendapatkan materi informasi untuk situs
    web Anda dengan link afiliasi terintegrasi!
    Kami berharap ada balasan dari anda segera dan Kami akan senang untuk
    membangun kerjasama yang saling menguntungkan dengan Anda.Terima
    kasih.
    Skype: live:arif.ifx
    Facebook: arif.ifxteam
    WhatsApp: +628119056784
    arif@mail4.instaforex.com
    http://instaforex.com

    ReplyDelete

Post a Comment