Skip to main content

Bedah... Kali pertama saya dibedah

Allahumma rabba al-nas, azhib al-ba'sa. Isyfi, anta al-Syafi. La syifa' illa syifa'uka. Syifa'un la yughadiru saqama.
Amiin.
Hmm.. Selepas beberapa kali sakit perut belah kanan, akhirnya petang semalam saya pergi klinik. Jenis malas pergi klinik ni payahhh.
Tengahari sakit perut datang. Sikit je. Lepas ambil anak-anak dari sekolah kerana ada program bestari solat, saya memandu sendirian ke Bertam untuk kemas rumah. Target saya ialah nak siapkan homestay cepat-cepat. Lepas asar perut semakin sakit. Saya berhenti mengemas. Usai solat saya memandu pulang ke USM dan singgah di klinik. Seperti yang dijangka dr suruh saya terus ke hospital. Saya pulang ke rumah, kemas-kemas baju. Anak-anak mula tanya, mak nak pi mana? Husna mula nangis, Ziyad dah bertakung air mata, Hajar meraung, aduh.... Sabar ye semua, mak nak pergi hospital, perut sakit. Esok mak balik insyaAllah. Di hospital dr terus putuskan untuk bedah, agak dah.... Semua orang terdekat diberitahu. Semua terkejut. Lagi terkejut bila tahu saya bawa kereta sendiri ke hospital. Relax.... Bukan sakit sangat. Sebelum dibedah saya sempat solat isya' dan solat hajat. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan...mm tak dapat nak tulis panjang... Guna hp je untuk tulis entri ni. Saya akan update di twitter. Ok, terima kasih semua yang telah mendoakan. Esok discaj insyaAllah.

Comments

  1. Assalamu'alaikum w.b.t

    Dr sakit apa?
    Saya datang rumah lawat Dr boleh?
    Dah lama tak p Tekun.

    ReplyDelete
  2. semoga dr sembuh =)

    ReplyDelete
  3. salam,sy suka baca blog ni...wp sy lelaki tp byk info terkini

    ReplyDelete

Post a Comment