Homestay al-Hasanah akan muncul

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 11 May 2010

Homestay al-Hasanah akan muncul

Homestay al-Hasanah

Dalam sibuk marking skrip final ni, kena release tension sikit, kalau tak karang student yang jadi mangsa. Phew, kembang biji mata tengok tulisan 'cantik-cantik', hihiii...

Sekarang ni saya sedang siapkan rumah di Taman Bertam Permai untuk dijadikan homestay. Habis marking ni, nak godam rumah tu habis-habisan. Target, sebelum hujung bulan ni, rumah tu mesti dah siap untuk disewa.

**** update Lihat laman Homestay al-Hasanah di http://homestayalhasanah.wordpress.com/ ****

Ada sesiapa yang nak buat kenduri-kendara atau melancong di Bertam/ Kepala Batas/ Seberang Perai Utara/ Butterworth/ Penang ke cuti sekolah bulan  6 ni? Hah, kalau ada masalah tempat tinggal, jemputlah menginap di Homestay al-Hasanah :)

Ciri-ciri:

- Rumah teres 1 tingkat yang luas (kira-kira 22 x 90 kaki)
- Tempat meletak kereta berbumbung & berpagar untuk 2 biji kereta
- 3 bilik tidur & 2 tandas (sekarang tengah tambah lagi 1 bilik tidur, tapi mungkin tak sempat nak open for public bulan 6 ni)
- Ruang tamu berhawa dingin (aircond 1.5 hp, sejuk tuuu) + 1 ruang tengah (kosong)
- Bilik tidur utama berhawa dingin
- Bilik lain mempunyai kipas.
- Katil: 2 katil queen + 1 katil single + extra 5 tilam (maksimum 10 orang sahaja. Kalau lebih kena bayar extra)

Kemudahan lain:

- perkakas memasak (dapur, periuk nasi, peti ais, blender)
- perkakas makan (pinggan, mangkuk, gelas)

(Mesin basuh automatik ada, tapi, dah tak automatik, hihi... bila habis basuh & bilas, kita kena picit sendiri supaya dia spin pula. Eh, ok la tu kan!)

Kebanyakan perabut masih baru. Diulangi, BARU. Maksud baru ialah, baru je minggu lepas beli! Jadi, siapa yang menyewa bulan Jun ni, untung laaa...

Berikut beberapa gambar yang sempat diambil. Maaf, rumah tak siap lagi, jadi gambar tu tak berapa senonoh la sikit (tutup muka, malu!)

[caption id="attachment_856" align="alignnone" width="300" caption="Ziyad test baling bantal baru kat tilam baru yang belum dibuang plastik lagi."]Ziyad test baling bantal baru kat tilam baru[/caption]

[caption id="attachment_857" align="alignnone" width="300" caption="Ruang tamu dengan sofa baru beli hihii, aircond 1.5hp (sejuk!) & ada tv. Ada lagi satu ruang lapang untuk istirehat."]Ruang tamu dengan sofa baru beli hihii, aircond 1.5hp (sejuk) & ada tv[/caption]

[caption id="attachment_858" align="alignnone" width="300" caption="Bilik tidur kedua (belum pasang cadar & langsir)"]Bilik tidur kedua (belum pasang cadar & langsir)[/caption]

[caption id="attachment_859" align="alignnone" width="300" caption="Bilik tidur utama mempunyai aircond dan mempunyai tandas di dalam bilik (cadar & langsir belum pasang lagi! hihii)"]Bilik tidur utama mempunyai aircond (cadar & langsir belum pasang lagi! hihii)[/caption]

[caption id="attachment_860" align="alignnone" width="300" caption="Dapur"]Dapur[/caption]

[caption id="attachment_861" align="alignnone" width="300" caption="Sinki dilengkapi penapis air minuman National."]Sinki dilengkapi penapis air minuman Panasonic[/caption]

[caption id="attachment_862" align="alignnone" width="300" caption="Ada sesiapa tak kenal ke? Isk, tak boleh buat menantu!"]Ada sesiapa tak kenal ke?[/caption]

[caption id="attachment_863" align="alignnone" width="300" caption="Alahai, sedihnya tengok pintu dia. Ni semua angkara guna selotep coklat masa pindah dulu. Tak boleh hilang gamnya, uwwaaa.. Nampak tak, tong cat tepi tu? Hah, rumah ni baru je siap dicat. Berseri lagi!"]Alahai, sedihnya tengok pintu dia. Ni semua angkara guna selotep coklat masa pindah dulu. Tak boleh hilang gamnya, uwwaaa..[/caption]

[caption id="attachment_866" align="alignnone" width="300" caption="Ziyad ajak makan, tapi ayam perciknya takde! Nota: meja makan baru beli!  (Belakang tu bersepah! hihii... banyak nak kena kemas ni)"]Ziyad ajak makan, tapi ayam perciknya takde![/caption]

Macamana, ok tak? Kalau nak tempah kena bertindak segera.

Call/ SMS saya: 019-4003202

Sewa: RM200 satu malam (check-in 2 petang, check-out 12 tengahari)
- Kadar sewa ni adalah harga promosi/ pengenalan
- Diskaun 10% diberikan bagi sewaan antara hari Isnin hingga Khamis
- Diskaun 10% juga diberikan bagi sewaan melebihi satu malam (termasuk hari Jumaat, Sabtu & Ahad)

Dua bulan lepas pernah ada satu bas... diulangi, SATU BAS rombongan kahwin dari Johor menginap di rumah ni... muat!

Hmm... saya ni pemegang amanah je, sebab rumah ni rumah pusaka. Dah lebih 2 tahun rumah ni hanya jadi istana singgah, jadi lebih baik saya ambil inisiatif jadikan homestay, ada lah juga duit belanja untuk anak-anak lima orang ni.

Ya Allah, berkati dan mudahkanlah usaha hamba-Mu ini. Ya Allah, jauhkanlah daku dari sebarang kesusahan, penipuan mahupun bencana dalam ikhtiar ini, amiin ya Rabb al-alamin...

14 comments

  1. Sangat2 menarik. Insya Allah, kalau ditaqdrkan ke sana, saya akan tempah, boleh kenal Dr sekali ....

    ReplyDelete
  2. Salam...ater ghumah ni ada ayor pancut paneh dak?

    ReplyDelete
  3. Ada... ada... toilet master bedroom tu ada water heater National, lupa nak kabor. Terima kasih tanya.

    Buaian pun ada, senang lah kalau nak bawa baby jalan-jalan ke Penang hihii. Anak ustaz ramai kan. Menginap lah kat sini. Kalau tidur kat hotel, mana ada buaian. Depa bagi baby coat je, macamana lah baby nak tidur, kan….

    Ummu Ilffiyaz, ahlan wa sahlan.

    ReplyDelete
  4. Good and strategik effort. Bole sy tiru approach yang sama.

    ReplyDelete
  5. Maaf, bulan 7 nak renovate rumah! Saya offer untuk cuti bulan 6 je dulu. Jangan marah nooo

    ReplyDelete
  6. Salam Dr. ALhamdulillah dan tahniah berjaya "mencantikkan" TBP...InsyaALLAH usaha Dr. nih sbg pemegang amanah akan diberkati dan diredhaiNYA dgn rezeki yg halal.......

    ReplyDelete
  7. Salam, ketawa besar saya apabila menjejaki Hasanah dari blog Hasanah...kejutan indah...sama-sama di USM pula, dan baru tadi rakan dari U lain mengatakan USM: Universiti Seksa Mangsa....

    ReplyDelete
  8. Dr. Hasanah, ahlan wa sahlan ke blog saya hihii... this will be very confusing. Dua Hasanah ada kat sini! Saya suka menjejaki para Hasanah di dunia ni. Hari tu ada jumpa sorang lagi Dr. Hasanah, pakar kanak-kanak kat hospital Pantai, anak saya warded, dia yang monitor. Read http://drhasanah.com/2009/abdomenal-pain-traumatic-syndrome/

    ReplyDelete
  9. salam dr..baru harini sy bace2 entry doc yg lpeas2...
    terklik mase duk google2 ttg sesuatu issue..
    hehe..nice tulisan n idea serta perkongsian dr...
    moga sy dpt capai cita2 saya dlm bidang akademik tuk dptkn MA. Kebetulan degree sy pun di jordan juga.
    salam perkenalan.

    hayyakillah.

    ReplyDelete
  10. kamaruddin @ tarmizi bin aji20 June 2010 at 10:20

    salam.Saya nak booking homestay puan pada 26 Jun 2010
    ( Sabtu )untuk satu malam dan chek in lewat petang.Insyaallah confirm.

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Terima kasih. Booking confirmed. Tak lama lepas En. Kamaruddin call, ada orang lain call nak ambil tarikh yang sama. Jangan risau, saya dah block tarikh.
    Marhaban bikum jami'an.

    ReplyDelete
  12. Fairuz (oghang nogori?) hihii... thanks for your visit. Cantik gambar tembakan D70. Saya punya D90 asik dok dalam almari besi jee.
    BA Jordan? di mana? takharruj tahun?
    Jangan buang masa muda. Sambung MA cepat2!

    ReplyDelete
  13. kamaruddin @ tarmizi bin aji24 June 2010 at 08:27

    Assalamualaikum, dr. ana minta maaf banyak2 kerana program yang kami rancang tidak dapat dilaksanakan. Booking anapun terpaksalah dibatalkan dan bolehlah dr bagi peluang kepada orang lain. Ana minta maaf banyak2. Inilah yang dikatakan manusia merancang tetapi ALLAH yang menentukan. tq

    ReplyDelete
  14. Waalaykumussalam,
    Ok, takpe. Kalau bagitau tak jadi tak apa. Minggu lepas, orang booking lepas tu senyap tak mai. Aduh, haru dibuatnya.
    Bagitau je tak jadi, saya tak marah pun.

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage