Skip to main content

Portal e-learning, ABWAB the Islamic Links & mAkMaL wOrdPreSs v6

Mana Hasanah ni?
Assalamualaikum,

Ramai yang tegur, kenapa senyap je? Makin jarang-jarang... kadang-kadang... kata Nujum Pak Belalang!

Sengaja saya diamkan diri seketika dan rebuild projek e-learning saya dan Ustaz Rosdi (how to spell? elearning or e-learning or e-Learning?). Hmm..., projek e-learning tu dulu saya kerjakan untuk membantu pengajaran suami di Malaysian Spanish Institute iaitu sejak tahun 2006. Sekarang MSI dikenali sebagai Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI). Fuh! Punyalah panjang nama. Kadang-kadang bila orang tanya, "Hah? Apa dia? Kolumpo? Suami kerja kat Kolumpo ke?". Saya akan jawab, "Bukan, UniKL cawangan Kulim!".

Hasrat nak membantu suami, arwah Ustaz Rosdi itulah akhirnya membuatkan saya mula menyelongkar dunia internet dan akhirnya menjumpai apa yang dikenali sebagai Moodle. Dengan menggunakan debit card Public Bank saya beli hosting dengan OlympicHosting (telah mengubah bisnes kepada bisnes server sahaja)... dan itulah portal e-learning kami yang pertama yang diberi nama "Lembah Pengajian Islam", iaitu di alamat www.rosdi.net/education. Rosdi.net ialah domain name kedua yang kami beli selepas UrusPusaka.com.

Pengalaman dan ilmu tentang Moodle ini saya asah semasa menunggu panggilan untuk viva tesis Ph.D yang bertajuk: "Asnaf Lapan: Kesan Nilai Semasa dan Setempat dalam Menentukan Pentafsirannya di Malaysia". Alhamdulillah, rupa-rupanya ruang masa yang begitu banyak selepas selesai menulis tesis Ph.D itu memberikan manfaat yang sangat hebat.

Selepas pemergian Ustaz Rosdi ke rahmatullah, lama saya tidak menjenguk portal e-learning tersebut. Malah, saya disable option yang membolehkan pengunjung menuntut ilmu di situ kerana terlalu banyak content yang tak mampu saya update.

Kini, saya mempunyai banyak masa yang terluang. Walaupun saya ibu tunggal bagi lima orang putera-puteri yang masih kecil, tetapi, apabila malam, selepas anak-anak tidur, andai sukar benar mata mahu terpejam, maka saya akan online. Inilah yang saya maksudkan dengan banyak masa terluang. Waktu siang hingga jam 10 malam selalunya saya 'keterlaluan yang amat sibuk sangat'.

Dua minggu lepas, saya jenguk portal e-learning di rosdi.net/education. Terkejut saya melihat rupa-rupanya ada lebih 500 permohonan untuk memasuki portal itu. Ada yang telah diluluskan dan ada yang tergantung begitu sahaja kerana tindakan saya disable accessibility tempohari.

Terasa bersalah pula kerana setiap orang yang mendaftar di portal itu ialah orang yang mahu menuntut ilmu.

Portal e-Learning Dr Hasanah
Oleh yang demikian, saya bina semula portal elearning tersebut dengan menggunakan domain saya iaitu di www.drhasanah.com/elearning. Tujuan perpindahan domain adalah untuk memudahkan pengurusan dan penambahbaikan.

Saya mengalu-alukan para pengunjung sekelian untuk menjenguk portal tersebut. Terlalu banyak yang perlu ditambah dalam portal tu. Insya Allah saya akan saya lakukan sedikit demi sedikit apabila mempunyai kelapangan masa dan keizinan Allah s.w.t.

KEDUA

Menyedari semakin banyak persoalan tentang blog yang diajukan kepada saya, terutamanya selepas saya memberikan Bengkel Pembangunan Blog Pendidikan untuk Guru-Guru Seluruh Pulau Pinang pada Disember 2008 yang lepas, maka saya buat satu lagi blog khusus untuk membincangkan hal blogging dengan menggunakan WordPress iaitu di www.drhasanah.com/v6 dan diberi nama mAkMaL wOrdPreSs v6.

Hmmm... macam dah takde kerja betul saya ni ye!

Takpe, benda kalau dah minat, memang tak boleh ditahan-tahan...., kan ...err... kan, Naseebah! hihiii.....

Blog tu bolehlah dijadikan platform untuk para pengunjung yang ingin bertanya dan berkongsi pendapat tentang membina blog WordPress.

KETIGA

ABWAB
Mungkin ramai yang telah menyedari kewujudan ABWAB | THE ISLAMIC LINKS DATABASE yang saya wujudkan untuk mengumpul senarai laman web Islamik. Tujuannya untuk memudahkan pencari maklumat tentang info Islam. Dalam database ini, saya telah sediakan sub-sub kategori yang sangat kecil seperti fiqh ibadat, akidah dan sebagainya.

Database ini memberikan peluang untuk anda memasukkan link website Islamik yang anda ketahui ataupun yang anda bangunkan sendiri. Buat masa ini saya menggunakan domain saya. Insya Allah, jika ada peluang satu masa nanti saya akan beli domain khusus untuk ABWAB. Excited sebenarnya ni!

Ok, apa yang saya nak kongsikan di sini bukanlah ABWAB tu baru saya bangunkan, cuma saya masukkan theme baru yang lebih 'cun' dan boleh tunjukkan screenshot laman web yang berkaitan. Jadi, diharapkan penampilan baru ini akan turut memberikan semangat baru untuk saya dan pengunjung sekelian.

Saya mengharapkan, jika anda sudi, harap bookmark atau add to favorite atau masukkan address berikut dalam blog atau website anda:

www.drhasanah.com/elearning
www.drhasanah.com/abwab

Saya tak kisah jika blog saya (www.drhasanah.com) tidak dicatatkan dalam sidebar anda, tapi, jika portal e-learning dan Abwab The Islamic Links Database dimasukkan dalam sidebar anda, insya Allah, ia akan memberikan manfaat kepada pengunjung lain dalam blog anda.

KEEMPAT

... berita.... alah, malas betul lah. Streamyx kat rumah kena potong sebab lupa bayar! Hahahaaa.... Dah 4 hari kena potong. Isy, esok kena pergi settlekan cepat! Tak seronok betul bila tak boleh online!

Comments

  1. salam dr
    saya mmpunyi permasalahan sama seperti muslimah.bole dr bg tau bagaiman saya bole mhubungi dr.terima kasih dr.

    ReplyDelete
  2. Pembetulan....
    Bukan kena potong sebab tak bayar bil, tapi entahlah.... bulan lepas bukan tak bayar, tapi entah kenapa tak boleh connect. Hari ni pergi kat TMpoint, akaun aktif je, alahai....

    update: komputer ni rupanya yang problem, ingatkan streamyx...

    ReplyDelete
  3. Uhibbu ba'dha al-hubb wa la uhibbu kulla al-hubb hihiii.....
    Nak bagi, bagi je lah. Kena bayar ke?

    ReplyDelete
  4. eeeee.....kedekut tapai ni..mana aci bg kat doc sorang..kalau nk bg kat doc..i pun kena dapat..bru fair n square..mencciiiiiii...

    ReplyDelete
  5. Naseebah jangan risau, nanti bila cd tapai tu sampai kat saya, saya akan bagi pada Naseebah.

    Saya kan orang tengah :)

    Naseebah dan Tapai .... hmmm.... sesuai sungguh!

    Tapai, selamat maju jaya dalam berdakwah melalui seni!

    Eh, topik pos ni ialah tentang projek baru saya... macamana? Dah 'add link' ke belum?

    ReplyDelete
  6. Kepeningan saya tentang perkataan e-learning telah berakhir apabila rakan di Pusat Bahasa dan Terjemahan USM menghantar e-mel berikut kepada saya:

    Salam...

    Setelah saya menghubungi Pegawai Istilah di Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Beliau mengatakan bahawa, sekiranya kita nak tulis sebagai tajuk sesuatu perkara(misalnya tajuk laman web yg Dr. buat tu, ejaannya ialah E-Learning (Contoh: Dr. Hasanah : Portal E-Learning) "E" huruf besar, "L" huruf besar dan ia sebagai kata nama khas. Tak boleh tulis Dr.Hasanah : Portal e-Learning ('e' kecil salah). Jika sekiranya kita hendak membicarakan tentang pembelajaran elektronik, saja-saja nak sebut (bukan merujuk laman web itu) dan kita nak tulis dalam bahasa Inggeris, dieja sebagai e-learning. 'e' huruf kecil, 'l' huruf kecil, dan jika dipermulaan ayat dieja E-learning.Tapi jika kita hendak merujuk nama laman web yang Dr. hasilkan itu..maka hendaklah sentiasa dieja Portal E-Learning (kata nama khas).

    *****
    Terima kasih CikMat. Nanti saya betulkan kesalahan ejaan e-learning dalam portal saya.

    ReplyDelete
  7. Salam, menarik juga membaca apa yang dr tuliskan. si naseebah dan tapai tu, kelakor juge deme. teruskan usaha demi agama.

    ReplyDelete
  8. eeee....dekutnyaaaa...meribrown nak? kfc bknnya sedappun.. lgpun boikotus..nak jgak cd...xkiraaaaaaaaaaaaaaa... tunggu jugak.. xsampai siap.....sekeh nanti..

    ReplyDelete
  9. hmm..meh nak sambung lirik yg sengaja dilupakan tuh.. senangnya dlm hati, kalau beristeri dua.........hmmm.. ish3x.. sabarjela mohd tapai..

    ReplyDelete
  10. Ish3...pening la pulak bila ummi baca msg dari Muhamad Amar ni... Tapi nak gak tanya tapai, sahih ke sumber ni? Nanti kang tak pasai2 ja dok menyumbang kat Yahudi Laknatullah tu... Yang sebenarnya dah lama ummi tak makan KFC ni, lebih2 lagi sekarang ni kat Sg Petani dah ada Radix Fried Chicken (RFC: milik HPA)...sodappp....

    ReplyDelete
  11. RFC kat SP tu belah mana ye? Cadang-cadang nak bawa kanak-kanak lima orang ni sambut hari jadi Hajar yang pertama kat Carnivall 31 Jan depan. Boleh la saya belanja Naseebah (Tapai tu kedekut kan Naseebah!). Sesiapa sedara-mara dan kawan-kawan saya yang baca blog ni, mai la raikan Hajar minggu depan. Tapi, tiket masuk Carnivall sendiri bayar maaaa....

    Tapai, ini ada satu cerita.... Hari tu ada sorang jejaka cuba 'kaco' saya dan sebahagian mesej dia telah saya delete (atas sebab-sebab 'keselamatan'). Jangan marah ye kalau tapai dapat nasib yang sama :P

    *** Saya dah jadi ahli HPA. Anda bagaimana?
    Eh! Mengempen pula ye!

    ReplyDelete
  12. aduh...hai la tapai..hai la badan..nasib ko le mohd tapai.. sapa suh dekut..ustazah..sy x jd g kelantan..hehe..sempat ke u baca mesej ni?ke i akan kol dulu sblm u baca? mlm ni nk p tidoq umah u laa.. sengsorang ni...xberani memalam...

    ReplyDelete
  13. Dok tunggu cd tapai ni hihiii....
    Cbah, mintak mahap... weekend ni berkampung kat Bertam la. Tadi ada kenduri kat SP. Esok ada kenduri kat Penaga, lepas tu nak ke Tualang. Ziarah pusara... Pesan kat mak, suruh beli serunding daging setengah kilo ye. Makan dengan ketupat hmmm... sedapnya mengalahkan KFC!
    Eh, nanti jangan balik UPSI awal sangat. Tunggu cd tapai dulu, saya nak bagi free je keh3

    ReplyDelete
  14. letih tkial2 ngan wordpress...kene bagi kelas betol2...friday morning tak boleh...nanti after CNY, kelas kak odi dah spt biase, b4 solat jumaat...so kene buat petang jumaat...boleh ke...geram...pd diri sendiri la.. lembap bnyk ble gune wordpress...its nt wordpress, but DEpress:(

    ReplyDelete
  15. Kak Odi, berpantang maut sebelum ajal. Wordpress is IMPRESS!!! Nanti lah saya buat video tutorial tentang wordpress, kak odi boleh tengok hari-hari (macam iklan 'anak' Wardina nak tengok pelangi hari-hari!)

    Tapai, takkan merajuk kot, hiiiihiiiii............ Cbah, cepat pujuk!

    Ummu Afif, RFC dok kat belah mana? Saya cuma nampak Kamdar & Nagoya je!

    ReplyDelete
  16. mohd azman che jamil13 May 2009 at 15:30

    aslmkum,saya terjmpa blog ni scra xsmena2 aja...terasa nak btya ssuatu pda puan..puan ibu tggal so sya agak siapa arwah suami puan...adakah dia ustaz rusdi-msi???
    hrp maaf jk soaln snsitif pd puan..

    ReplyDelete

Post a Comment