Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday, 14 January 2009

Portal e-learning, ABWAB the Islamic Links & mAkMaL wOrdPreSs v6



Assalamualaikum,

Ramai yang tegur, kenapa senyap je? Makin jarang-jarang... kadang-kadang... kata Nujum Pak Belalang!

Sengaja saya diamkan diri seketika dan rebuild projek e-learning saya dan Ustaz Rosdi (how to spell? elearning or e-learning or e-Learning?). Hmm..., projek e-learning tu dulu saya kerjakan untuk membantu pengajaran suami di Malaysian Spanish Institute iaitu sejak tahun 2006. Sekarang MSI dikenali sebagai Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI). Fuh! Punyalah panjang nama. Kadang-kadang bila orang tanya, "Hah? Apa dia? Kolumpo? Suami kerja kat Kolumpo ke?". Saya akan jawab, "Bukan, UniKL cawangan Kulim!".

Saturday, 3 January 2009

Oh Nissan Grand Livina ku...

Uwwwaaa... dulu masa suami ada tak pernah pula jadi macam ni. Sob! sob!... memalukan sungguh. Tapi, kereta baru sembilan bulan takkan lah bateri dah kong! Padahal servis ikut masa, guna kereta untuk jalan dekat je..... uwwwaaa.... sedis!

[updated: petang: servis kereta (mileage 15000 km) dan tukar bateri sekali. Nasib baik bateri tu masih dalam waranti. sob.... sob....]


Pengajaran: Janganlah beli kereta first edition. Tunggu dah seasoned baru beli!

Saturday, 27 December 2008

Wajarkah umat Islam dikenakan zakat pendapatan?


Santai sikit rasanya pagi ini. Sempatlah curi-curi masa untuk intai blog ini sambil mendengar nasyid "kasihnya ibu membawa ke syurga..., kasihnya ayah tak sanggup berpisah..." yang dipasang dari CD original Adikku Sayang. Bagus CD ni sebab banyak nasyid nasihat untuk anak-anak. Jangan beli CD cetak rompak, takut berkat nasihat tu tak sampai kat hati anak-anak. Eh! Sempat pula kempen 'belilah yang ori'!

Hari ini saya ingin berkongsi persoalan yang dikemukakan oleh seorang pembaca artikel zakat saya tempohari. Pembaca ini meminta pendapatan tentang kewajipan membayar zakat pendapatan yang diwajibkan ke atas masyarakat Islam di Malaysia. Keresahan yang cuba dikongsi ialah bahawa pendapatan yang diterima sentiasa habis diguna, malah 'dikorek-korek' simpanan yang ada, jadi wajarkah dikenakan pula zakat pendapatan? Tambahan pula, katanya Imam Syafii sendiri pun tak mewajibkan zakat pendapatan. Hmm... Mungkin saudara juga pernah dihantui persoalan ini. Ya lah, setiap bulan gaji yang diterima perlu digunakan untuk menampung kos kehidupan yang sentiasa meningkat (walaupun minyak dah turun!).

Jadi, berikut sedikit respon saya yang diharap dapat menjawab persoalan ini.

Tuesday, 23 December 2008

Delete lagi

Maaf, terpaksa delete pos bertarikh 19 Disember 2008 kerana .....

Friday, 19 December 2008

Beli Sinar Harian esok!


Jarang benar saya suruh kawan-kawan beli surat khabar. Tapi, hari ini saya 'mencadangkan' supaya esok belilah surat khabar Sinar Harian. Ada berita menarik akan keluar.

================================

SIBUK

Sekarang ni saya sibuk aje. Blog pun dah tak sempat jenguk. Komen tak sempat balas. Emel pun banyak tak sempat baca. Banyak juga emel yang tak sempat dibalas. Adeh!
Mohon maaf banyak-banyak pada semua yang ada emel saya tapi masih tertunggu-tunggu balasan.

================================

TERMENUNG

Dari sebelum Aidil Adha hinggalah hari ini saya sering terganggu. Itulah kelemahan saya yang hanya insan biasa. Kalah dengan permainan angka dan masa....

7 Disember 2008 = Ulangtahun perkahwinan yang ke-11
7 Disember 2008 = 9 Zulhijjah 1419H = Genap setahun abang pergi mengadap Ilahi
8 Disember 2008 = Hari jadi ke-10 anak sulung iaitu Hanan
8 Disember 2008 = 10 Zulhijjah 1419H (Aidil Adha) = Kemuncak ibadat badal Haji yang dilakukan untuk abang pada tahun ini
8 Disember 2008 = Buat akikah untuk Hajar di Pusat Islam, USM.

Hari ini 19 Disember 2008 = Genap setahun abang pergi mengadap Ilahi. Al-fatihah...

Thursday, 27 November 2008

Kursus CPD | Modul e-Learning


Universiti Sains Malaysia sentiasa berusaha untuk menjadi yang lain daripada yang lain.

Hari ni, saya dan ahli kumpulan ACES baru sahaja selesai membuat pembentangan portal e-learning untuk modul CPD. Lepas ni cuma tinggal lengkapkan modul artikel jurnal sahaja. Lega rasanya...
[dari bulan Julai hingga November tak habis-habis dengan kursus. Bukan tak bagus, tapi, mana nak mengajar lagi, nak selia pelajar MA & PhD, research, desa, bla...bla.....]

Berkenaan portal e-learning, kami diberi tugasan untuk membangunkan satu kursus berkenaan sustainability (kelestarian). Lihatlah kursus yang kami bangunkan dalam fasa kesibukan yang amat sangat DI SINI. Kursus yang kami bangunkan bertajuk: Multiple Intelligences (MI) for Sustainability. Apa tu? Hah! sila klik DI SINI.

Mujurlah saya tidak kekok sangat membangunkan portal e-learning ni sebab saya sendiri memang mempunyai portal e-learning yang dibangunkan bersama arwah suami di http://www.rosdi.net/education. Ada beberapa kursus dalam portal tu yang dibuka untuk guest user (orang awam). Kena godek sendiri lah ye kalau nak tahu kursus apa yang ada.

Ops! Teringat pula portal e-learning PPIK yang diamanahkan oleh Dekan PPIK pada saya. Jap ye prof. Bagi saya habis semak skrip final exam ni dulu :) . Adeh, tak dan menyawa....

Tuesday, 25 November 2008

Sumber Sewaan Wajar Dizakat

Saya tidak sehebat orang-orang di luar sana yang asyik keluar masuk tv. Saya hanya orang biasa-biasa sahaja yang cuba menulis dan menulis kerana menyedari bahawa saya tidak mampu menggegarkan dunia dengan hanya mendiamkan diri.

Hari ini dalam sejarah, sedikit idea saya dipaparkan dalam akhbar Utusan Malaysia. First time masuk surat khabar. Selalu masuk majalah je, hiii....



AS SEEN ON NEWSPAPER :D

Monday, 24 November 2008

Apa akan berlaku esok?



Apa akan berlaku esok, 25 November 2008?
Ya, sesuatu akan berlaku. Saya akan beritahu esok! Nantikan ia...

======================
Jika tidak mahu 'terlepas' daripada sebarang makluman, pengumuman atau tawaran pada masa akan datang, sila daftar untuk menerima emel tentang entri baru. Isikan ruang pendaftaran yang disediakan pada sidebar blog ini. Terima kasih.

Saturday, 8 November 2008

Nafkah anak yatim

Ting tong!

Bila lah nak sambung diskusi tentang nafkah anak yatim? Erm... minggu lepas-lepas sibuk. Minggu depan lagi lah sibuk sebab dah mula dapat skrip peperiksaan untuk disemak. Argh....

Tuesday, 4 November 2008

Air

Air mata...

Itulah yang meniti di pipi mak (mak arwah suami) Sabtu lepas.
Hari ini di teritori yang sama, saya senyum sahaja. Geli hati melihat telatah anak-anak terkial-kial belajar berenang dengan instrutctor, Uncle Zainoba.

"Kena garang sikit," pesan saya pada uncle.
Uncle Zainoba tersenyum. Dia orang lama. Masak sangat dengan kerenah kanak-kanak yang takut-takut bila kaki tidak mencecah lantai kolam renang.



Saya faham kenapa mak sedih. Ya lah, anak kesayangan dia, ayah kepada anak-anak ini dahulunya cukup hebat berenang menyusuri sungai dan lubuk. Kalau sesekali kami menginap di hotel, memang tidak sah kalau dia tidak terjun ke dalam kolam. Kalau ada family day dengan saudara-mara, tak payah lah cabar berenang dengan dia. Pasti menang sahaja. Saya pula, hihi..... tolong sengih je...

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage