Monday 29 March 2010
Demam TOT ku tidak sama dengan demam mereka
March 29, 2010
Alhamdulillah Temasya Olahraga Tahunan di USM berakhir semalam. Alhamdulillah juga kerana sepanjang TOT saya demam, migrain, batuk, selsema, sakit perut bla..bla... Maka bebaslah saya dari terlibat dengan TOT. Habis je TOT, demam pun baik, sakit perut tinggal sikit-sikit, selsema dah kurang... Alhamdulillah.... [Sungguh, saya terkejut dengan 'bantuan' yang Allah berikan, kerana 3-4 hari sebelum TOT, saya berharap yang semasa TOT saya sakit dan demam.]
"Slm, Dr Hasanah djemput hdir utk mnjdi hakim utk khemah & prbarisan TOT. Perasmian TOT akn brmula pd jm 8 mlm ini.TQ" Demikianlah sms entah dari siapa-siapa yang saya terima petang Jumaat lepas.
"Slm, maaf, sy mc, demam" Pendek jawapan saya untuk anonymous.
Entah lah... saya bukan menentang sukan. Saya 200% menyokong aktiviti sukan. Masa di sekolah rendah dan menengah saya selalu menjadi ketua pasukan bola jaring, ketua pasukan bola tampar, ketua pasukan catur, pen. ketua kontinjen, bla..bla... Tapi bila TOT... hmm, rasa malllllaaaaasssss kaki ni nak melangkah ke stadium padahal stadium cuma seberang jalan tu je. Riuh rendah di stadium tu boleh didengari dari setiap penjuru rumah ini.
Tahun lepas, saya baru setahun jagung menjadi pegawai desasiswa. Masa TOT saya diminta menghakimi pasukan sorak antara desa-desa. Itulah agaknya puncanya. Pasukan sorak. Ye!!!!
====================
Hanan: Assalamualaikum, mak.
Mak: Waalaykumussalam.
Hanan: Mak, Hanan kat stadium ni.
Mak: Ye, mak tahu. Jaga diri elok-elok. Mak sakit lagi ni, nak rehat.
Hanan: Mak, boleh tak Hanan nak conteng muka.
Mak: Hmmph... tu yang mak tak nak bagi pergi stadium tu.... Nak buat apa conteng muka?
Hanan: Alaaa... kakak-kakak (pasukan sorak) conteng je.
Mak: Tak usah lah... pot...pet...pot...pet......... prung...pprangg.. prung.. prangg.....
Hanan: Yeeeelllaaaaah..... [disconnected]
Petang, bila Hanan, Husna dan Ziyad balik dari stadium, perangai mereka berubah. Terjerit sana... terjerit sini.... Over happiness!
Teringat semula tahun lepas, semasa jadi hakim pasukan sorak, hhhmmmppppphhhhhhhhhhh....... (a very long one)
Demam di badan, nampak di termometer, demam di hati, apa ukurannya?
Dalam perjuangan, menjerit dibenarkan. Menyorak dibenarkan. Tapi perjuangan yang bagaimana? Jeritan yang bagaimana? Sorakan yang bagaimana? Jantinanya macamana?
Singkaplah semula bagaimana Rasulullah s.a.w. menaikkan semangat para pejuang Islam di medan peperangan.... suatu situasi antara hidup ataupun syahid....
Samakah sorakan juang mereka dan sorakan cheers girls kita?
Ya Allah, bantulah daku dalam situasi ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
salam dr
ReplyDeletesaya sokong dr. tak ramai yg memahami luahan hati ini. hal begini menjadi jeritan peribadi. sebabnya kita dan anak2 kita dididik bahawa dalam bersukan, "tiada" batas yg perlu dijaga. menghabiskan tenaga dan masa utk satu permainan dianggap baik (berbeza dgn mengeluarkan masa dan tenaga utk beriadah yg jelas utk menyihatkan badan). semoga berkat suara dr dan yg lain yg memahami, suara hati kita ini akan lebih difahami satu hari nanti.
Salam dr.,
ReplyDeleteAduhh jenuh mcm ni..kemelut dari dalam ye? Ni belum citrawarna lagi ni
Assalam alaikom, Dr..
ReplyDeleteSetuju dgn Dr.. Bukannya tak nak pergi, tapi mgkin disebabkan situasi tu y kita malas nak pegi..
Tambah2 pula jika ada urusan yang lebih utama perlu diselesaikan.
Jazakillahu khairon Dr, atas perkongsian y bermanfaat. =)
salam doc,alhamdulillah Allah sentiasa mmbantu hambanya. erm..saya stuju ttg doc. ckp pasai pasukan cheers bila time TOT ni,saya ingat lagi masa first year dulu n dok CG, kwn2 ajak msk cheers utk kutip unit desa,saya takmau sbb saya rasa malu nk sorak dgn gayanya sekali depan org ramai. Saya pikir "awatla depa ni tak ambk budak laki ja utk pasukan sorak?" pompuan jgk yg nak. Saya pikir biaq pi la xdpt unit desa janji tak buat benda ni. Alhamdulillah saya tak msk wlpn diajak berkali2 oleh kwn. Saya berpndpt benda ni kena ubah,sbb rasanye kurg elok kerana suara dan gaya yg dilakukan kurg sesuai dgn tuntutan Islam itu sndiri dan suara juga mrpkn aurat bgi pompuan itu sndiri. Dan mgkin doc. boleh lanjutkan hal ni kpd pihak yg terbabit untuk kebaikan sume pihak..wasalam.
ReplyDeleteMemang ada kemelut dalaman. Dalam diri saya!!! hihiii... Semalam baca Berita Kampus, saya tersenyum panjang, hmm... tak puas apa lah pulak pasal pasukan sorak ni.
ReplyDelete