2022

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 18 January 2022

Langkah Demi Langkah Integrasi Kalendar Akademik UKM dalam Google Calendar


Universiti Kebangsaan Malaysia telah pun mengeluarkan kalendar akademik khusus bagi Semester 1 Sesi 2022/2023. Lama lagi kan sesi tu hahaa. Biasa la kalendar memang kena keluar awal. Saya telah masukkan maklumat yang diperolehi dalam kalender tersebut ke dalam Google Calendar. 

Untuk mengakses kalendar tersebut, boleh klik: 



Ermm bagi ahli akademik mesti rasa macam krik! krik! Tak boleh nak relate dengan dunia akademik yang lain kerana ia kalendar terasing. Jadi, bagaimana caranya nak INTEGRATE kalendar ini dalam kalendar kita?

Saya tunjukkan di bawah langkah-langkah yang boleh dilakukan. Sila ikuti 5 langkah mudah ini:


LANGKAH 1

Layari: https://calendar.google.com/

Sebaiknya login menggunakan Gmail yang sama dalam aplikasi Google Calendar di telefon bimbit.




LANGKAH 2

Skrol ke bawah dan klik pada icon + atau ‘add other calendars’.

 



LANGKAH 3

Klik pada ‘From URL’

 


LANGKAH 4

Paparan seperti ini akan muncul.

Copy paste URL atau link kalendar (dalam format iCal) yang diberikan.


FAQ: Dari mana nak dapatkan link kalendar dalam format iCal?

Jawapan: Minta dari pemilik kalendar yang anda mahu itu!

Kalendar Akademik UKM dalam contoh ini ialah: https://calendar.google.com/calendar/ical/ukm.edu.my_80lg3lj0svlbup7toqlac914io%40group.calendar.google.com/public/basic.ics

 



LANGKAH 5

Paparan akan kelihatan seperti ini. Klik ‘add calendar’. 


Lihat hasilnya!


 


Selesai. Selamat mencuba!

Anda boleh cuba masukkan kalendar orang lain dalam kalendar anda dengan menggunakan cara yang sama.



Disediakan oleh Dr. Hasanah Abd Khafidz

Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan,

Fakulti Pengajian Islam, UKM


Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage