Universiti Kebangsaan Malaysia telah pun mengeluarkan kalendar akademik khusus bagi Semester 1 Sesi 2022/2023. Lama lagi kan sesi tu hahaa. Biasa la kalendar memang kena keluar awal. Saya telah masukkan maklumat yang diperolehi dalam kalender tersebut ke dalam Google Calendar. In sya Allah saya akan kemaskini kalendar dari semasa ke semasa.
Untuk mengakses kalendar tersebut, boleh klik:
LANGKAH 1
Layari: https://calendar.google.com/
Sebaiknya login menggunakan Gmail yang sama dalam aplikasi Google Calendar di telefon bimbit.
LANGKAH 2
Skrol ke bawah dan klik pada icon + atau ‘add other calendars’.
LANGKAH 3
Klik pada ‘From URL’
LANGKAH 4
Paparan seperti ini akan muncul.
Copy paste URL atau link kalendar (dalam format iCal) yang diberikan.
FAQ: Dari mana nak dapatkan link kalendar dalam format iCal?
Jawapan: Minta dari pemilik kalendar yang anda mahu itu!
Kalendar Akademik UKM dalam contoh ini ialah: https://calendar.google.com/calendar/ical/ukm.edu.my_80lg3lj0svlbup7toqlac914io%40group.calendar.google.com/public/basic.ics
LANGKAH 5
Paparan akan kelihatan seperti ini. Klik ‘add calendar’.
Lihat hasilnya!
Selesai. Selamat mencuba!
Anda boleh cuba masukkan kalendar orang lain dalam kalendar anda dengan menggunakan cara yang sama.
Disediakan oleh Dr. Hasanah Abd Khafidz
Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan,
Fakulti Pengajian Islam, UKM
No comments
Post a Comment