Selamat Hari Raya Aidilfitri! Jom Intai Anak Bulan dengan Gajet

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 24 June 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Jom Intai Anak Bulan dengan Gajet

Eid mubarak! Kullu aam wa antum bi alfi khayr. Taqabballah minna wa minkum.

عيد مبارك! كل عام وأنتم بألف خير. تقبل الله منا ومنكم 


Tahun ini dapat beraya dengan bonda mertua di Tualang, Kedah. Abaikan budak kecil tuuu :D
Anakanda Irfan di sisi pusara dua orang adinda yang meninggal dalam rahim bonda. Pusara di Telok Air Tawar, Pulau Pinang.
Dah masuk minggu ke 3 Syawal baru sempat nak mengucap. Eh.. mengucapkan selamat hari raya. Mohon maaf atas salah silap. Saya memang suka bergurau. Kadang-kadang tu tersasul kata.
Selain nak mohon halal makan minum, kalau ada hutang harap dihalalkan la ya :)
Bila nak masuk Syawal, saya beri tugasan kepada para pelajar untuk melihat anak bulan dengan menggunakan iPad atau smartphone. Ia satu learning process supaya pelajar terdedah dengan kaedah penentuan hukum Islam berdasarkan hukum alam. Walaupun tugasan ini tidak diberikan markah, namun, pelajar yang sempat melihat sendiri pergerakan matahari dan bulan ketika maghrib malam 29 Ramadan sangat terpesona dan kagum dengan pengalaman pembelajaran yang mereka lalui sendiri.
Melihat anak bulan dengan apps adalah 1 proses.
Proses seterusnya adalah menganalisis apa yang mereka lihat. Ia telah dijelaskan dalam tutorial lagi.
Walau bagaimanapun, keputusan penyimpan mohor besar raja-raja hendaklah dipatuhi kerana kita sudah mempunyai sistem sendiri. Jangan suka-suka hati announce raya sendiri ya!





No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage