2019

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Friday 13 December 2019

Dr Hasanah as seen on Youtube. A sharing session about creating e-content using iPad (Majlis Pelancaran CikgooTube peringkat kebangsaan)


Pada 12 Disember 2019, saya berpeluang berkongsi sedikit pengalaman membuat e-content menggunakan apps percuma dalam iPad, namanya Keynote.
Apps Keynote adalah apps yang dikeluarkan oleh Apple untuk semua pembeli produk Apple. Dalam kes saya, iPad.
Kali ini sesi perkongsian di hadapan ratusan cikgu-cikgu hebat dari seluruh Malaysia agak menarik kerana ia adalah program peringkat kebangsaan dan dipancarkan secara live.
Tunggu apa lagi, jom tonton (bermula dari 42:45):


Ada banyak yang boleh dibuat dengan iPad. Yang saya kongsi ini lebih kepada membuat video pendidikan yang memerlukan cikgu melukis, membuat animasi, masukkan suara dsb.

Jangan risau untuk bermula ya. Yang penting kita mulakan. Saya selalu sebut, BANTAI je laaa hahaaa


Atas pentas tu ada 3 Apple consultants iaitu saya, Dr Helmi Norman & Puan Zaharah Ismail 

Monday 24 June 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Jom Intai Anak Bulan dengan Gajet

Eid mubarak! Kullu aam wa antum bi alfi khayr. Taqabballah minna wa minkum.

عيد مبارك! كل عام وأنتم بألف خير. تقبل الله منا ومنكم 


Tahun ini dapat beraya dengan bonda mertua di Tualang, Kedah. Abaikan budak kecil tuuu :D
Anakanda Irfan di sisi pusara dua orang adinda yang meninggal dalam rahim bonda. Pusara di Telok Air Tawar, Pulau Pinang.
Dah masuk minggu ke 3 Syawal baru sempat nak mengucap. Eh.. mengucapkan selamat hari raya. Mohon maaf atas salah silap. Saya memang suka bergurau. Kadang-kadang tu tersasul kata.
Selain nak mohon halal makan minum, kalau ada hutang harap dihalalkan la ya :)
Bila nak masuk Syawal, saya beri tugasan kepada para pelajar untuk melihat anak bulan dengan menggunakan iPad atau smartphone. Ia satu learning process supaya pelajar terdedah dengan kaedah penentuan hukum Islam berdasarkan hukum alam. Walaupun tugasan ini tidak diberikan markah, namun, pelajar yang sempat melihat sendiri pergerakan matahari dan bulan ketika maghrib malam 29 Ramadan sangat terpesona dan kagum dengan pengalaman pembelajaran yang mereka lalui sendiri.
Melihat anak bulan dengan apps adalah 1 proses.
Proses seterusnya adalah menganalisis apa yang mereka lihat. Ia telah dijelaskan dalam tutorial lagi.
Walau bagaimanapun, keputusan penyimpan mohor besar raja-raja hendaklah dipatuhi kerana kita sudah mempunyai sistem sendiri. Jangan suka-suka hati announce raya sendiri ya!





Sunday 9 June 2019

Facilitator Educator 4.0 (Focusing on Mobile Applications for Learning)








Ma hazihil ustazah? Shu sor aleyha? Hal tusoddiquha law bada'at tahki fi hazal amr? Eisy ya'ni educator 4.0? Ehna fil bad ma bidna haza!
Hahaa... ok enough Hasanah! Mula la nak merepek dengan lahjah Urduniyyah Karakiyyah.
Kisahnya, dua hari berkampung di Arau, Perlis pula. Ingatkan ada harumanis, rupanya dah habis musim!
Kali ini berkongsi tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Saya berpeluang bersama Prof Muhammad Amin Embi untuk membimbing para pensyarah dari Politeknik dan Kolej Komuniti wilayah Utara. Kagum dengan semagat peserta sanggup bertahan hingga ke malam untuk mengadap muka kami :D
Saya mengambil slot berkaitan mobile applications for learning, penggunaan immersive technology, hands on step-by-step melaksanakan augmeted reality dan juga e-portfolio.
Semoga Allah berikan kebijaksanaan kepada kita semua untuk explore lebih banyak lagi kaedah yang berkesan dalam pembelajaran. Allah al-musta'an.

Selain di Arau, Perlis, saya juga sempat bersama-sama Prof Amin Embi membimbing great educators dalam program Educator 4.0 ini di beberapa institusi lagi seperti Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Semuanya berlaku sepanjang tahun 2018.
Beberapa gambar yang sempat diambil:





Thursday 16 May 2019

Open Resources - UKM pattern high resolution FREE for use

Hari ini saya kongsikan beberapa background pattern yang boleh digunakan dalam pelbagai occation. 
Free for use UKM background pattern. Royalty free images. No watermark. Designed by Hasanah, May 2019.
Have fun!













Thursday 21 March 2019

Belajar Zakat Cara Cepat Melalui Global Zakat Game (Board Game)

Amboi serius betul macam nak gaduh je!
Ini beberapa gambar yang diambil dalam salah satu slot kelas saya mengenai zakat. Kali ini kita belajar mengenai zakat melalui board game yang dinamakan dengan Global Zakat Game. Dalam permainan ini, ada beberapa aspek mengenai zakat yang diperkenalkan seperti pelbagai istilah yang terdapat dalam fiqh zakat, pengiraan zakat, hukum fiqh dan lain-lain lagi.
Subjek zakat yang ditawarkan ini adalah kursus elektif Citra 1. Oleh yang demikian, pelajar yang mendaftar adalah terbuka kepada semua bidang termasuklah sains, IT, ekonomi dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, semua memberikan feedback yang menarik. Selesai permainan, saya ambil masa dalam 10 minit untuk test mereka sikit dan membuat refleksi.







Tuesday 1 January 2019

Senarai Buku Zakat Yang Boleh Dijadikan Rujukan


Wah hari ini 1 Jan 2019. Angka baru yang pastinya datang dengan cabaran baru.
Semoga setiap hari yang baru lebih baik dari hari semalam

Saya mulakan tirai tahun ini dengan mengumpul senarai buku zakat.
Boleh update dalam comment di bawah. Jika anda temui mana-mana buku zakat yang bermanfaat tolong 'add to list' ya.
Saya mulakan dengan buku saya hihii jangan mare nanti kena jual.

Buku Pentafsiran Asnaf Zakat dalam list tu adalah hasil kajian Phd yang telah mendapat Anugerah Buku Negara 2018. Alhamdulillah...

Boleh dapatkan buku di sini:
https://shopee.com.my/Pentafsiran-Asnaf-Zakat-Di-Malaysia-Mengikut-Masa-Dan-Tempat-i.10911304.7436882155

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage