Nama-nama Ka'bah dalam al-Quran

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 12 July 2012

Nama-nama Ka'bah dalam al-Quran



Tanggal 8 Julai merupakan hari terakhir Kursus Haji dan Umrah anjuran Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia. Ia merupakan slot terakhir melengkapi 6 hari kursus intensif yang diadakan setiap hari Ahad bermula 3 Jun 2012. Menariknya, sejak awal kursus ini, replika besar Kaabah sudah disiapkan di anjung Masjid al-Malik Khalid, USM. Ia memberikan kesyahduan dan rasa tidak sabar bagi para peserta yang seramai kira-kira 80 orang untuk melakukan demo bersih melakukan haji dan umrah pada hari terakhir kursus.

Malang sekali kerana saya ialah murid yang gagal dalam kursus ini. Gagal dari awal sebab asyik ponteng jeeee dengan alasan yang remeh-temeh termasuklah sebab nak marking skrip final exam. Huh! alassaaannnn. Macam lah tak boleh semak skrip tu waktu lain!

Memandang kepada replika yang dibuat untuk mewujudkan sentuhan rasa seperti tawaf sebenar mengelilingi Ka'bah di Masjidil Haram, hati meronta-ronta merayu pada Allah s.w.t. supaya dijemput ke rumah-Nya yang tersimpan sejuta misteri. Ka'bah... terlalu cetek akal manusia untuk menghurai setiap yang dima'thur.

Teringat kuliah pertama dalam kursus ini yang disampaikan oleh Ustaz Shukri Othman yang cuba merungkai misteri arah tawaf yang mengarah secara lawan jam (anti clock-wise), menurut pakar dalam kejuruteraan, pergerakan secara lawan arah jam boleh menghasilkan arus ke atas. Diulangi.... arus ke atas! Allah akbar. Apa maknanya? Apa yang di atas sana... yang tegak di atas Kaabah sana pada langit yang ketujuh kalau bukan Arasy Allah s.w.t.

Maha suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Nama-nama Ka'bah dalam al-Quran

Nama yang utama ialah 'Ka'bah' itu sendiri. Namun, di dalam al-Quran, ada kalanya ia disebut dengan nama-nama lain.

1) Ka'bah ~ dalam Surah al-Maidah ayat 97. Dinamakan Kaabah kerana ketinggiannya dari tanah, bentuknya yang empat segi dan ia terpisah dari bangunan lain.

2) al-Bayt ~ dalam Surah ali Imran ayat 96 & 97, Surah al-Anfal ayat 35, Surah al-Hajj ayat 26 dan Surah Quraisy ayat 3. Ia bermaksud rumah, iaitu rumah Allah.

3) Baitullah , iaitu rumah Allah ~ dalam Surah al-Baqarah ayat 125

4) al-Bayt al-Haram, iaitu rumah suci (kerana diharamkan padanya pelbagai perkara) ~ dalam surah al-Maidah ayat 97

5) al-Bayt al-Atiq  ~ dalam surah al-Hajj ayat 29 & 33. Ia bermaksud rumah pusaka, kerana ia merupakan rumah ibadat pertama yang dibina untuk peribadatan kepada Allah s.w.t.

6) Qiblah ~ dalam surah al-Baqarah ayat 144.

Menggabungkan Kebaikan Tempat dan Masa

Siang tadi ada Ceramah Hilal Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang Al-Idrus (bukan Ustaz Azhar Idrus ye walaupun dua-dua orang Terengganu).  Beliau mengingatkan tentang betapa pentingnya menggunakan istilah yang tepat dalam perkara berkaitan ibadat. Beliau mengingatkan tentang betapa besarnya rahmat dan keistimewaan Ramadan. Count down Ramadan hanya 10 hari sahaja lagi.

Ramadan merupakan tempoh masa yang sangat hebat nilainya. Penceramah berpendapat, alangkah indahnya jika dapat digabungkan pula dua perkara, iaitu kebaikan masa dan kebaikan tempat. Maka ia pastilah merujuk pada ni'mat Ramadan di bumi berkat Makkah al-Mukarramah.... Bagi yang mampu menunaikan umrah di bulan Ramadan, beruntunglah dia kerana ni'mat pahala yang menggunung menanti untuk muslim muslimah yang ikhlas beribadah kerana Allah s.w.t.

Pesanan ustaz, satu persiapan utama untuk menyambut Ramadan ialah pergi shopping untuk RAYA!!! hahahaaa saya suka! saya setuju! saya like!

Kenapa? Supaya masa Ramadan nanti, dah tak payah pergi shopping. Simpan tenaga & masa yang ada dalam bulan Ramadan untuk menggandakan ibadat siang, malam dan tengah malam. Supaya tidak ada nanti yang mencari Laylatul Qadar di Kamdar ! Rugi sangat lah sebab sepanjang Ramdan tu penuh dengan rahmat, keampunan & pembebasan dari api neraka. Ada pula malam qadar yang ibarat 1000 bulan. Rugi sapa missed.  Baik ustaz, weekend ni nak keluar beli baju raya & kasut raya. Marhaban ya  Aidil Fitri Ramadan !

Share & like! Terima kasih.

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage