Zakat Pada Harta Pusaka

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 26 June 2012

Zakat Pada Harta Pusaka


Diskusi kali ini agak ilmiah.
Sambil sibuk marking tugasan, seminar & bengkel e-learning dll saya juga dikejar oleh ketua penyelidik 1 geran universiti penyelidikan (RU Grant) tentang isu harta pusaka yang mana penyelidikan itu sudah berjalan selama 1 tahun. Teringat blog uruspusaka yang dulu pernah saya bangunkan bersama almarhum suami. Blog tersebut dapat sambutan yang menggalakkan dengan berbagai-bagai persoalan dikemukakan oleh orang awam. Dah jadi macam consultant bebas la pulak! Sedihnya, walaupun suami dah meninggal dunia, masih ada orang yang telefon saya nak cakap dengan suami. Saya cakap suami dah meninggal. Pemanggil tu kata nak cakap juga dengan suami. Waduh! Kalau bisa dibangkitkan orang yang sudah di alam baqo'....


Hak-hak Berkaitan Harta Peninggalan Si Mati

Pada asasnya, ada 4 hak berkaitan harta orang mati yang perlu diuruskan:
1. Urusan pengkebumian
2. Melunaskan hutang
3. Melaksanakan wasiat (Berkaitan harta sahaja! Bukannya wasiat suruh kahwin dengan anak dara tok lebai yang tinggal kat simpang tiga hujung kampung sebelah!)
4. Mengagihkan harta kepada ahli waris yang berhak

Dalam entri kali ini, saya hanya akan sentuh tentang hak no. 2 iaitu berkaitan hutang dengan mengkhususkan kepada zakat sahaja. Kalau nak dibincangkan kesemua 4 perkara di atas, boleh jadi disertasi master karang.

Hutang dan Hutang Zakat

Apa makna hutang? Sucinya anda jika tak tahu makna hutang. Oh, ok, anda hanya mengenal 'pinjaman'. Tahukah anda bahawa bukan semua pinjaman bermakna hutang.

Contoh 1: A pinjam duit B, maka A berhutang dengan B , jelas bukan situasi pinjaman dan hutang di sini.

Contoh 2:  A lambat bangun tidor sebab tengok Eropah kalah di kaki Italy live kat restoran nasi kandar sebelah USM. Akibatnya A kena qodho' Suboh tapi dia tak qodho' Suboh juga walaupun tidornya sudah diqodho'. Maka A berhutang pada Allah. Hutang solat Suboh yang cuma 2 rakaat. Apakah ada elemen pinjaman di sini? Tidak. Hanya hutang yang wujud.

Contoh 3: A (lagi!) walaupun sudah dapat kerja yang elok kat USM, tetapi dia sangka ayahnya dah bayarkan zakat fitrah untuknya. Lepas sembahyang raya barulah dia balik kampung di Ulu Tembeling dan kemudian dapat tahu bahawa ayahnya tak bayar zakat pun untuk dia. A kata, "takpe la bapak, nanti saya bayar hutang zakat fitrah tu kat Pusat Islam USM je. Kat USM tu ramai student yang miskin. Lagipun mereka kan fi sabilillah". Konfiden je si A. Tapi bila balik semula ke USM, dia lupa dan terus lupa. Maka A berhutang pada Allah. Hutang zakat fitrah yang cuma 7-8 hinggit.

Selepas semua kelupaan ini, tiba-tiba A meninggal dunia.

Tahap-tahap Hutang

Dalam kitab-kitab fiqh mawarith ada dibincangkan dengan panjang lebar tentang tahap-tahap hutang atau peringkat-peringkat hutang. Ringkasnya, ia ada 2 tahap dan dalam setiap tahap, ada pula sub-tahapnya:

1. Hutang pada Allah (seperti zakat, kaffarah, nazar, haji dll)

2. Hutang pada manusia (seperti pinjaman wang, mahar, sewa dll)

Hutang Zakat: Perlukah dilunaskan? Bolehkah ia ditolak dari harta pusaka?

Baiklah sekarang perbincangan ini akan jadi sedikit ilmiah. Ia mungkin lebih sesuai untuk pelajar dalam bidang perbandingan fiqh atau pelajar bidang syariah.

Hutang zakat bagi orang yang telah meninggal dunia sebenarnya merupakan satu isu perbahasan fiqh dalam kalangan para fuqaha. Apakah orang yang mati dan ada hutang zakat perlu dilunaskan hutang tersebut dari harta si mati ? Berikut penjelasannya.

Pandangan 1 : Ya! Perlu dilunaskan dari harta si mati. Bahkan hutang zakat dan ibadat lain yang boleh dikategorikan sebagai hutang pada Allah perlu diutamakan berbanding hutang kepada manusia (yang perlu dikemudiankan)
Dalilnya ialah ayat al-Quran
((من بعد وصية يوصي بها أو دين))
dan hadis
((فدين الله أحق أن يقضى))

Ini merupakan pandangan Ibn Hazim al-Zohiri (dalam al-Muhalla)

Pandangan 2: Tidak perlu! Ia terhenti/gugur sebaik sahaja seseorang mati kerana ia merupakan tanggungjawab si mati masa masih hidup (Hello! Peringatan untuk orang yang suka tangguh-tangguh bayar hutang pada Allah... Takde talian hayat ye!)

Hujahnya, semua amalan bergantung pada niat (rujuk hadis "semua perkara bergantung pada niat") kerana niat merupakan rukun dalam ibadat. Jadi, kalau seseorang sudah mati, dia tak boleh berniat nak bayar zakat. (Boleh ke? Pernah jumpa?)

Oleh itu, waris tidak perlu tolak harta si mati untuk bayar zakat KECUALI jika si mati sudah berwasiat supaya hutang zakat itu dilunaskan. Dalam hal ini, maka wajib laksanakan wasiat tersebut selepas ditolak kos pengkebumian dan hutang dengan syarat ia terhad kepada 1/3 baki harta. (Kenapa 1/3? Lihat: http://drhasanah.com/2011/tak-tahu-tajuk-raya-mati-wasiat/). Formula matematiknya begini:
Wasiat lunas hutang zakat < {(Harta si mati - Kos kebumi - Hutang pada manusia )/3}

Ini merupakan pandangan mazhab Hanafiah

Fuqaha mazhab Hanafiah menjelaskan lagi, jika ahli keluarga/waris hendak keluarkan harta mereka sendiri untuk tampung hutang zakat si mati juga boleh. Ia termasuk dalam bab tabarru' atau sedekah.

Pandangan 3: Ya! Perlu dilunaskan dari harta si mati, tetapi selepas ditolak kos kebumi dan selesai hutang pada manusia (berbeza dengan pandangan 1), tanpa mengira sama ada si mati ada berwasiat supaya hutang zakat tu dilunaskan atau dia tak berwasiat apa-apa tentang hutang zakat. Jika telah diwasiatkan, maka ia terhad kepada 1/3 baki harta (sebelum dibahagi sesama ahli waris)

Ini merupakan pandangan mazhab Malikiah dan Hanabilah.

Pandangan ini lebih diterima oleh kebanyakan fuqaha kerana ia tidak menafikan hak mana-mana pihak sama ada manusia atau Allah dan mengambil kira bahawa hujah bagi pandangan ini adalah lebih kukuh kerana ia menggabungkan semua hujah yang berkaitan (maaf saya tak dapat jelaskan semuanya di sini).

Sebenarnya terdapat huraian panjang lebar lagi tentang isu ini. Sekarang dah jam 12.50 pagi. Saya nak tidur dulu!
Esok Pagi nanti ada bengkel e-learning. Takut jadi t-learning (tidur learning) hihiii...

Saya saran pada semuanya supaya rujuk teks/buku perbandingan fiqh untuk pencerahan lanjut.

Page isu zakat harta pusaka telah saya buat di Islamy : www.isla.my untuk mengumpulkan lebih banyak info dan bahan berkaitan zakat harta pusaka. Moga ia akan memberikan manfaat.









5 comments

  1. Terima kasih dr, info ini sangat bagus dan telah beri panduan pada saya

    ReplyDelete
  2. [...] diskusi lepas tentang zakat pada harta pusaka. Boleh baca [...]

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum dr..... ok juga tulisan ilmu yg dipamirkan moga ianya jadi ilmu yantafiu' bih.... betoi tau....
    sy cuma nak kepastian apabila kena pada ibu saya tentang kes ihdad @ eddah setelah kematian ayah sy pd nisfu syaaban baru2 ni umur ibu 68 th... ditanya kata tak boleh and haram keluar rumah.... apa yg sy baca cuma haram utk berhias, wangi2an atawa keluar rumah tanpa tujuan tp kalu hias rumah no hal... and hukum haram tsb bukannya haram mutlak... so sy suruh emak sy yg tengah bereddah pergi sambahyg isyak and taraweh di surau yg 10 langkah dah sampai kat surau tu... so wana dr. adakan sy amat bersalah dlm hal ni..... kalu boleh ada rujukan and sy boleh manfaat ilmu tsb

    ReplyDelete
  4. As-salam Dr,

    Saya ign brtya bgaimna jikalau si mati tidak mmbayar zakat kerana sakit yg memakan thun sperti lumpuh sbagai contoh. Kemudian waris membahagikan harta selepas beberapa tahun berlalu. Bgaiamana pengiraan zakat dilakukan? Adakah wajib waris tolong byr zakat si mati utk sebelum dn selepas beliau meninggal.

    ReplyDelete
  5. Pujian Musim

    Attn: Sir / Madam

    * Pemindahan yang sangat cepat dan segera ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Terma pinjaman fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lamakah masa untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat amanah yang sah dan berlesen yang diberi kuasa
    bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
    Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan pinjaman bersama, melalui
    (capitalloanfinancier@gmail.com)
    Whatsapp No: +61436109873 (Mesej WhatsApp Sah Hanya)


    Dr Ahmed Ibrahim
    Pengarah
    PELABURAN PINJAMAN MODAL

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage