May 2010

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 31 May 2010

MuslimDigital.com dilancarkan!

Hasanah-www.MuslimDigital.com

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan rendah diri dan penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t., saya melancarkan laman www.MuslimDigital.com yang bakal menjadi platform dakwah dan muamalah bagi pencinta Islam.

Apa yang boleh anda perolehi di sini?

- nasyid
- ebook
- wallpaper Islamik
- ceramah (coming soon)
- foto Islamik (coming soon)
- membaca & mendengar bacaan al-Quran
... dan macam-macam lagi (produk baru akan sentiasa ditambah)

Peluang jana pendapatan

Thursday 27 May 2010

Projek MD akan dilancarkan hari Isnin nanti

Maafkan saya kerana terpaksa tangguh pelancaran MD (apa MD tu? sabar.....) kerana ada beberapa perkara perlu dilakukan dan beberapa freebies mahu ditambah. Saya tak dapat duduk depan komputer lama-lama kerana kawasan luka pembedahan tempohari akan terasa sakit.

Insya Allah Isnin ini projek MD akan diumumkan.

Maaf zahir batin

Monday 24 May 2010

Projek untuk Islam akan dilancarkan 3 hari lagi

InsyaALLAH projek yang pernah saya hint2 sebelum niakan saya lancarkan selepas keluar hospital nanti. Projek tu dah saya test untuk memastikan tidak ada masalah teknikal. Ramai yag sangka homestay al-hasanah la projek yang saya maksudkan. Sebenarnya ada projek lain. Bagi ustaz, ustazah, ngo, pngurusan masjid, surau dsb eloklah ambil perhatian kerana projek ini adalah untuk manfaat anda semua. Dah beribu rm saya habis untuk setup projek ni, projek yang dah bertahun-tahun dulu saya rancang dan memang saya minati sampai mengidam, hihii.
Saya taknak beritahu lagi apa dia. Keluar hospital ni saya nak test lagi sampai puas hati. Nantikan ia dan doakan semoga berjayaserta diredhai Allah swt.

Sunday 23 May 2010

Bedah... Kali pertama saya dibedah

Allahumma rabba al-nas, azhib al-ba'sa. Isyfi, anta al-Syafi. La syifa' illa syifa'uka. Syifa'un la yughadiru saqama.
Amiin.
Hmm.. Selepas beberapa kali sakit perut belah kanan, akhirnya petang semalam saya pergi klinik. Jenis malas pergi klinik ni payahhh.
Tengahari sakit perut datang. Sikit je. Lepas ambil anak-anak dari sekolah kerana ada program bestari solat, saya memandu sendirian ke Bertam untuk kemas rumah. Target saya ialah nak siapkan homestay cepat-cepat. Lepas asar perut semakin sakit. Saya berhenti mengemas. Usai solat saya memandu pulang ke USM dan singgah di klinik. Seperti yang dijangka dr suruh saya terus ke hospital. Saya pulang ke rumah, kemas-kemas baju. Anak-anak mula tanya, mak nak pi mana? Husna mula nangis, Ziyad dah bertakung air mata, Hajar meraung, aduh.... Sabar ye semua, mak nak pergi hospital, perut sakit. Esok mak balik insyaAllah. Di hospital dr terus putuskan untuk bedah, agak dah.... Semua orang terdekat diberitahu. Semua terkejut. Lagi terkejut bila tahu saya bawa kereta sendiri ke hospital. Relax.... Bukan sakit sangat. Sebelum dibedah saya sempat solat isya' dan solat hajat. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan...mm tak dapat nak tulis panjang... Guna hp je untuk tulis entri ni. Saya akan update di twitter. Ok, terima kasih semua yang telah mendoakan. Esok discaj insyaAllah.

Tuesday 11 May 2010

Homestay al-Hasanah akan muncul

Homestay al-Hasanah

Dalam sibuk marking skrip final ni, kena release tension sikit, kalau tak karang student yang jadi mangsa. Phew, kembang biji mata tengok tulisan 'cantik-cantik', hihiii...

Sekarang ni saya sedang siapkan rumah di Taman Bertam Permai untuk dijadikan homestay. Habis marking ni, nak godam rumah tu habis-habisan. Target, sebelum hujung bulan ni, rumah tu mesti dah siap untuk disewa.

**** update Lihat laman Homestay al-Hasanah di http://homestayalhasanah.wordpress.com/ ****

Ada sesiapa yang nak buat kenduri-kendara atau melancong di Bertam/ Kepala Batas/ Seberang Perai Utara/ Butterworth/ Penang ke cuti sekolah bulan  6 ni? Hah, kalau ada masalah tempat tinggal, jemputlah menginap di Homestay al-Hasanah :)

Ciri-ciri:

Sunday 9 May 2010

Selamat Hari Ibu

hearty chocolateSelamat hari ibu walaupun puan ialah ibu tunggal. Sabarlah dengan ujian menjadi ibu tunggal. Syukurilah ia, kerana sekurang-kurangnya anda masih bergelar ibu...

Doa saya untuk para ibu dan ibu tunggal,

Ya Allah, wanita yang membaca blog saya ini ialah seorang ibu yang cantik, kuat, sabar dan saya menghormatinya. Ya Allah, tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki buat anak-anaknya, bersihkanlah hatinya, ampunilah dosanya, kuatkanlah keimanannya serta peliharalah dia daripada segala fitnah dunia. Amiin... ya Rabbal Alamin.

Friday 7 May 2010

Alhamdulillah, pungguk tidak lagi rindukan bulan

Syukur, lega.... selepas penantian sekian lama, akhirnya proses pemasangan wired boradband di rumah ini selesai :)
Harap-harap berakhirlah sudah kesengsaraan seorang webmaster yang lebih 6 bulan hidup tanpa internet di rumah hihiii...
Selama ni terpaksa guna wi-fi Tekun yang hanya lajuuuu waktu qiyamullayl, huh, satu situasi kritikal yang mengganggu aktiviti berkhalwat bersama Ilahi, ampunilah hamba-Mu ini ya Allah kerana selalu kalah dengan ujian-Mu... ujian wi-fi Tekun!
Terima kasih daun keladi kepada PPKT USM terutamanya yang telah mengusahakan pemasangan internet di rumah-rumah pegawai desasiswa ini.
Lepas ni banyak website nak kena update, terutamanya, ehem, my blog, web Tekun, seminar dlllllll (mmm banyaknya dll tu)

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage