Muhasabah diri sebelum ajal - renungan pagi Isnin

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday, 19 April 2010

Muhasabah diri sebelum ajal - renungan pagi Isnin

[caption id="attachment_820" align="alignnone" width="225" caption="Rosdi Yusof (17 Jun 1971 - 19 Disember 2007) Di pusara ini, tiada putus air mata mengiringi kerinduan isteri dan anakanda berlima buat ayahanda tercinta. "Ya Allah, ampunkanlah ayah. Letakkanlah ayah di tempat yang mulia. Masukkanlah ayah ke dalam syurga. Kami ingin jumpa ayah di syurga." ...doa kudus anak-anak sentiasa bersamamu."]Rosdi Yusof (17 Jun 1971 - 19 Disember 2007) Di pusara ini, tiada putus air mata mengiringi kerinduan isteri dan anakanda berlima buat ayahanda tercinta. "Ya Allah, ampunkanlah ayah. Letakkanlah ayah di tempat yang mulia. Masukkanlah ayah ke dalam syurga. Kami ingin jumpa ayah di syurga." ...doa kudus anak-anak sentiasa bersamamu.[/caption]

Hari-hari yang kita lalui dipentas dunia ini penuh dengan berbagai dugaan, macam-macam yang kita pelajari daripada kerenah, penglibatan dan penglihatan kita sehari-hari. Latihan yang kita terima amat berharga bak sebutir mutiara. Deretan untaian-untaian mutiara yang kita perolehi daripada sumber-sumber tersebut jika dijalinkan akan menjadi pedoman kepada kita dikemudian hari.

Walaupun manusia itu dibekalkan dengan pengalaman tersebut jika ianya tidak didasari dengan keimanan kepada Allah semuanya akan menjadi sia-sia bak kapas yang berterbangan ditiup angin. Keseluruhan amalan kita diatas muka bumi ini akan diperhitungkan olehNya diakhirat nanti. Segala bekalan yang akan kita bawa pastinya menjadi penyelamat kita di hari hisab nanti. Perlu kita ingat,  apakah amalan-amalan yang kita perlu sediakan sebagai bekalan menemui Allah kelak dan apakah ianya sarat dengan amalan kebajikan ataupun kejahatan?

Jika diteliti daripada sirah Rasululllah, baginda amat menitikberatkan perkara ini sehingga dijelaskan oleh siti Aisyah r.a bahawa beliau pernah melihat baginda Rasulullah bersolat sehingga kakinya bengkak-bengkak. Ertinya disini walaupun baginda seorang manusia yang terpilih disisi Allah dan merupakan kekasihnya namun baginda tetap tekun melakukan ibadah-ibadah ditakuti baginda dikategorikan sebagai seorang hamba yang tidak bersyukur.Juga pernah dijelaskan oleh baginda darihal seseorang apabila ia menghapiri saat kematiannya dan saat ia akan dikuburkan dengan sabdanya:

“Mayat kekubur akan diiringi oleh tiga perkara, iaitu keluarganya, harta bendanya dan amalannya, yang dua akan pulang (kembali) dan satunya akan tinggal.Yang pulang adalah keluarga dan harta bendanya sedangkan yang tetap akan tinggal ialah amalannya” Riwayat  Bukhari & Muslim.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa  menghadapi ajal. Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan  siksa disaat kematiannya. Jika dia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya. Menyedari hal yang sedemikian maka bersegeralah bertaubat, sebab mereka yang senantiasa dalam kekuatiran dan ketakutan  maut akan menjemputnya akan beroleh kenikmatan hidup diakhirat kelak.

Hari-hari yang kita lalui di pentas dunia ini penuh dengan pelbagai dugaan. Macam-macam yang kita pelajari daripada kerenah, penglibatan dan penglihatan kita sehari-hari. Latihan yang kita terima amat berharga bak sebutir mutiara. Deretan untaian-untaian mutiara yang kita perolehi daripada sumber-sumber tersebut jika dijalinkan akan menjadi pedoman kepada kita di kemudian hari.

Walaupun manusia itu dibekalkan dengan pengalaman tersebut jika ianya tidak didasari dengan keimanan kepada Allah semuanya akan menjadi sia-sia bak kapas yang berterbangan ditiup angin. Keseluruhan amalan kita di atas muka bumi ini akan diperhitungkan oleh-Nya di akhirat nanti. Segala bekalan yang akan kita bawa pastinya menjadi penyelamat kita di hari hisab nanti. Perlu kita ingat,  apakah amalan-amalan yang kita perlu sediakan sebagai bekalan menemui Allah kelak dan apakah ia sarat dengan amalan kebajikan ataupun kejahatan?

Jika diteliti daripada sirah Rasululllah, baginda amat menitikberatkan perkara ini sehingga dijelaskan oleh Aisyah r.a bahawa beliau pernah melihat baginda Rasulullah bersolat sehingga kakinya bengkak-bengkak. Ertinya disini walaupun baginda seorang manusia yang terpilih disisi Allah dan merupakan kekasihnya namun baginda tetap tekun melakukan ibadah-ibadah ditakuti baginda dikategorikan sebagai seorang hamba yang tidak bersyukur. Juga pernah dijelaskan oleh baginda darihal seseorang apabila ia menghapiri saat kematiannya dan saat ia akan dikuburkan dengan sabdanya:

“Mayat ke kubur akan diiringi oleh tiga perkara, iaitu keluarganya, harta bendanya dan amalannya, yang dua akan pulang (kembali) dan satunya akan tinggal. Yang pulang ialah keluarga dan harta bendanya sedangkan yang tetap akan tinggal ialah amalannya”.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa  menghadapi ajal. Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan  siksa disaat kematiannya. Jika dia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya. Menyedari hal yang sedemikian maka bersegeralah bertaubat, sebab mereka yang senantiasa dalam kekuatiran dan ketakutan  maut akan menjemputnya akan beroleh kenikmatan hidup diakhirat kelak.

========================


Artikel ini di tulis Ustaz Rosdi bin Yusof sebelum kematiannya.


Semoga pesanan ini menjadi peringatan buat kita, kerana tarikh mati kita, belum tahu lagi bila (??)


========================

10 comments

  1. hmm...semoga kita sentiasa taubat...bersedia menghadapi kematian seolah2 ianya akan dtg sebentar lg..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Naseebah.
    Jahilnya saya, kadangkala takutkan kematian bukan kerana tidak bersedia, tapi takut anak-anak akan terabai tak tahu siapa yang akan membesarkan & mendidik mereka. Saya lebih bimbangkan kehidupan anak-anak berbanding kematian sendiri.

    ReplyDelete
  3. Betul spt kata Dr...saya sendiri lbih bimbangkan kehidupan anak2 bbanding kematian sndiri.wlaupun saya berpisah hidup, tapi saya tak yakin ex dapat mjaga & mberi perhatian kpd anak2 sptmana yang saya berikan mmandangkan ex telah berkahwin & mpunyai anak lain. Hanya pada Allah saja saya minta agar jgn dibiarkn saya & anak2 bersendirian di dunia ini & dilimpahi dgn rahmatNya.Aminn..

    ReplyDelete
  4. salam doc..sob..sob..huhuk..masa tak bape cukup tadi tak menang tangan nk menulihnya..

    ReplyDelete
  5. Hisy Marhamah ni, banyak ilmu sangat ni. 3 jam tak 'berapa' cukup lagi ke?

    ReplyDelete
  6. Heh,na'aam,tak 'berapa' cukup lee..doc.dua soklan last setiap bhgian dirngkskn je..huhu..redha n tawakal je..inshaallah.

    ReplyDelete
  7. hmm, wajah ceria doc setiap kali mengajar membuatkan saya kagum dengan ketabahan doc, harap saya dapat ambil iktibar dalam setiap kisah yang doc kongsikan =) tq

    ReplyDelete
  8. wajah ceria i juga...hehehhe

    ReplyDelete
  9. Saya kagum dengan ketabahan Dr mengharungi hidup sebagai ibu tunggal.

    ReplyDelete
  10. [...] berikut ialah sambungan penulisan al-marhum yang dikasihi Ustaz Rosdi Yusof bagi artikel bertajuk: Muhasabah Diri Sebelum Ajal. Sambungan artikel ini saya temui dalam salah satu folder yang ada di komputer [...]

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage