Ingraw, PPA12, Desa, HEA dan RICH

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 17 August 2009

Ingraw, PPA12, Desa, HEA dan RICH

Minggu kacau bilau.

Tadi seharian dah meeting. Esok pagi-pagi sambung lagi meeting. Nak rebuild Program Minor Pengajian Islam di USM. Dok pikir ni. Apa lah sentuhan baru yang diberikan. But for sure, I'll propose a new subject: Zakat dan Wakaf Kontemporari. Borang HEA dah siap dah pun. Harap-harap diterima dan esok-esok dapat sambutan dari pelajar. Letih la ajar munakahat. Best tu memang best, tapi student ramai sangat (sebab terlalu best la tu gamaknya) tak larat nak melayannya... hihii... jangan marah my beloved student. Sebenarnya, dah rindu nak tumpu kat zakat. But please don't be sad, saya and the gang: Dr. Nizam & Dr. Jasni akan tetap ajar munakahat.

Pengalaman paling seronok mengajar HIS 224 Institusi Kekeluargaan Islam (munakahat) ialah masa ngajar mak-mak dan bapak-bapak orang dari school of education. Apa lah diorang tu, dah ada anak 3-4 orang pun nak belajar munakahat lagi. Kalau yang bapak-bapak tu memang paham sangat lah... (hihii.... apa lah sebabnya depa nak menajamkan ilmu bab kawin-kawin ni ye), tapi yang mak-mak tu, apo nak dibueknyo lai?

Eh, sebenarnya nak sebut pasal minggu kacau bilau ni. Esok, lepas mesyuarat BPI, ada 3 pula program yang menanti:
- Ingraw (seminar untuk ijazah tinggi) anjuran ISDEV di DPU, USM
- PPA12 di Park Royal, Batu Feringgi - 3 hari
- Bengkel Pengkorporatan Desasiswa di Bayview, Batu Feringgi - 3 hari

Hihi.... semuanya nak kena pegi. Fenin den niiii..... Sapa la nak urus kanak-kanak kat rumah tu. Uwwaaa....
Boleh tak anak-anak mak semua jaga diri sendiri ni??? Bibik, please...!

Dalam Ingraw saya akan mengulas penyelidikan zakat oleh pelajar Isdev. Ada 3 paper nak kena ulas.

Seminar PPA12, saya akan chair satu sidang pleno pada hari kedua serta bentang satu paper yang pelik sikit. Apa tak peliknya, saya akan bincang tentang aspek penterjemahan dalam ayat asnaf zakat dengan menumpukan pada kata sendi fi dan li sahaja. Tengok! Pasal kata sendi fi dan li dalam ayat asnaf zakat pun boleh jadi satu kertas kerja, hihii...
[Ayat asnaf zakat ialah ayat ke-60 surah al-tawbah]



Sebenarnya untuk seminar PPA12, saya merupakan AJK untuk website. Lihat www.usm.my/ppa12 yang dibangunkan oleh Siti Hawa, Meor dan saya.

Alamak, power point untuk presentation tak buat lagi.

Pasal pengkorporatan desa pulak, hmm... tak tau la... nak kena brainstorm pulak. Apex punya pasal, desasiswa pun kita akan tukar jadi macam... er... tak tau la depa nak tukaq jadi camana. Kalau nak jadi macam hotel pun ok gak. Ada housekeeping gitu :)

Eh, la lupa... Jumaat meeting buletin RICH PPIK, alaaaa.... concept design untuk buletin tak siap lagi... uwwwaaa....

Dah... dah... tulis malam ni sebenarnya nak release tension bila koje banyak sangat. Oklah, nak kena revise HEA untuk subjek munakahat. Nak bagi makin menggegarkan, hihii....
Doakanlah daku. Doakanlah kami semua...

Selamat malam.....

14 comments

  1. Salam..
    dr,thanks cz cara dr ajar mmg bagus n kami blh faham even malu la jugak bila student2 lain gelak2..

    ReplyDelete
  2. Saya minta ulas sedikit kenapa sekarang ada wang lebihan zakat yang dilaporkan oleh sebuah majlis agama islam sebuah negeri baru-baru ni. kalau macam tu rakyat negara ni ramai yang dah kaya lah. tapi kenapa zakat masih sedikit dapat dikutip berbanding jumlah umat islam negara ini. atau mungkin zakat tidak diberi kepada mereka yang berhak. ini perlu diperbetulkan segera untuk kemajuan umat islam di negara ini.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    lama tak menulis kat dr. Takpe dr buat keje 2. Anak-anak, insyaAllah terurus punya. Macam saya, anak-anak macam tahu ibu depa kena buat tugas ayah sekali. Jadi, mereka pandai bawa diri. Ibu tunggal macam kita, bantuan akan tiba tak disangka-sangka.....

    ReplyDelete
  4. Salam, jumpa di PPA esok :) Kalau sempat saya datang mengendap kat bilik andaman tu. Sebenarnya saya tak berapa suka bab terpaksa pilih dan lepaskan tajuk pembentang lain. Kalau boleh saya nak dengar semua pembentangan kertas kerja. hehe tamak!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum dr.soba yolah apo nak buek an dah koje dr nak buek mcmno kang tak makaan pulak anak2 kek gumah tu den jugak yang susah,semuo tu anak2 buah den yo.
    nak tayolah dr,apolah sobab musabab puat zakat ni payah nak tolong orang nak berniaga,ada pulak 1 konsep,panggil orang nak berniaga daftar dgn majlis zakat klu nak mtk bantuan perniagaan tapi pas tu dia suruh kita pergi krusus perniagaan di bawah anjuran pihak zakat,disuruhla kita jual prodak mereka konon nak tegok markah sapa tertinggi nanti ada harapan dpt bantuan pinjaman tapi haram,ramai yg kecewa dan merana dgn janji2 manisya,saya ingat ada pihak2 tertentu kaut keuntungan,pihak zakat tubuh satu badan utk uruskan krusus,klu tak salah pihak zakat bayarkan rm400 lebih seorg,itu ja yg peserta dapat dah la tu kena pulak jual prodak pusat tu,2 x untungla depa,mcmna kata nak tulung,kena pi kat along kot!!!!
    harap dr boleh bagi jln peyelesaian,wassalam.
    selamat menyambut ramadan yg bakal menjelma moga kita semua diberkati,insyaallah.
    kalau nak cari biskut raya cari saya,boleh bagi harga baik pnya dan berkualiti.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum Dr.semoga Dr dan keluarga sntiasa berada dlm keadaan sihat sejahtera hndak-Nya.baru2 ini salah seorang rakan sy ada mmpromosikan perniagaan melalui restoran yg d beri nama irc(island red cafe) yg bertemakan "eat n earn" sy tertarik dgn keuntungan yg bakal sy peroleh jk sy mnyertai pelaburan ini.cume sy tk bgitu fhm ttg cara kiraan keuntungannya.sy harap Dr boleh kupas.Jazakallah

    ReplyDelete
  7. Saya kena kuarantin, inna lillah wa inna ilayhi rajiun.... demam kuat 39c. Tak dapat ke ppa12, bengkel desa pun sekerat jalan je, ingraw sy chair dengan 2 kali keluar melepaskan batuk di tangga! Ups, ini bukan selsema khinzir sebab saya tak selsema.

    hmmm... nak peluk anak pun susah. Minggu lepas semua anak yang 5 orang demam batuk selsema, now it's their mummy's turn.

    Ya Shafi, ishfina...

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan dr hasanah...saya jumpa blog puan dari blog bait al-amin..
    adakah susah untuk buat blog dengan dot com sendiri??
    saya berkeinginan tapi tak pandai sangat..
    ada yg buat bulan2 bayaran pada webhoster.. kalu beli pakej ni tak perlu ker?

    ReplyDelete
  9. Salam dr, best gak bila sibuk...he...he...okay, che dr buka laman sesawang utusan and gi kat search and type 'hamizul'...ha, ada la...specially dedicated for ibu tunggal...

    ReplyDelete
  10. Ustaz Hamizul, bila baca mukadimah artikel http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0820&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive rasa macam nak nangis je. Begitulah adanya.... "ibu tunggal, kelibatnya menjadi tarikan... Banyak pihak tampil menghulurkan bantuan tidak kurang juga yang mahu mengambil kesempatan... "
    aaaa... sedihnya....
    Kadang-kadang cukup sukar untuk saya tentukan hari ni nak pakai baju apa, tudung apa... sebab bila rasa yang pakaian tu cantik, saya takut orang kata saya merenyam.... :(

    Pernah sekali kira-kira 3-4 bulan lepas suami meninggal, saya pun memang lama asyik tak lalu makan sampai badan susut berkilo-kilo, tapi orang kata kat saya, "tu pasang badan sebab nak cari laki lain ke?"

    Dulu lepas suami meninggal, hampir setahun saya pakai tudung hitam je.... hari-hari hitam. Kalau nak beli tudung baru pun, cari yang hitam, sampai bertimbun tudung hitam dalam almari.... sob.. sob...

    isy... dah.. dah.... tak mau sedisss...

    Ustaz, terima kasih kerana prihatin dengan nasib ibu tunggal. Kami [eh, mereka kot] memerlukan bantuan dari berbagai aspek yang berbeza. Ada yang perlukan bantuan motivasi, bantuan kewangan, bantuan latihan dan macam-macam lagi.

    Ustaz, berdasarkan pengalaman sendiri, ibu tunggal perlukan sokongan moral yang kuat. Macam saya sendiri, ada pekerjaan, ada harta (dan ada hutang keliling pinggang hihiii...), bila kematian suami, saya perlukan sokongan moral, motivasi dan teman bicara yang senasib serta sangat memahami. Macam blog saya ni, dah jadi tempat ibu tunggal mencurah perasaan. Mungkin LZS boleh buat yang lebih baik lagi.
    Saya ni taksub Selangor hihii.... majulah LZS untuk rakyat Selangor :)

    Ida, dapatkan lah kitblogger tu kalau minat nak ada dotcom sendiri :)

    ReplyDelete
  11. Siti, pujian tu tidak akan mengubah kekejaman saya masa marking hihii.... Er, apa yang malu sangat tu? Biasalah, ustazah ni kadang2 tak jaga mulut. Itu pun banyak lagi petua saya nak bagi untuk yang pompuan, tapi dah student lelaki tak mau tutup telinga, maka terpaksalah sebahagiannya ditapis, ihiks...

    Zainuddin, soalan tu kena ulas panjang lebar tu... Nak pendek cerita, ni nak kabor sikit. Syarikat kat Malaysia suka bayar zakat hujung tahun, terutama bulan puasa. Masa tu dah bulan september-oktober. Pastu, pejabat zakat pula kena tutup akaun bulan disember. Mana lah sempat nak urus duit berjuta-juta dalam 2 bulan. Ada banyak sebab lain lagi.... kena tanya pegawai zakat sendiri. Ustaz Hamizul pakar bab ni.

    Fatimah, bertuahnya anak-anak faham... apa cara nak memahamkan anak yang tak berapa faham ye dengan masalah kita ni?

    Nasir, errr.... jap, bila pulak saya ada sedara nama nasir ni, alamak...

    ReplyDelete
  12. afidatul affieza17 October 2009 at 09:07

    salam dr.hasanah...frst tym lawat blog dr. neh...xxctly saya skrg pown tgh mengusahakan blog sendiri gak..nka marah,marah dlm blog jerr..tp x puas aty gak..cam mne tuh..??akn d pikirkan..tq yer sbb ngajo usul fiqh..walaupon....(hihi......tergelak..motiff..??)

    ReplyDelete
  13. afidatul affieza17 October 2009 at 09:09

    agak2 kan dr hasanh...byk mne yang dkaji oleh seseorang itu berkaitan islam selama dua tahun..??saya btul2 confius...plek pun ade..

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage