Abdomenal Pain Traumatic Syndrome

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 14 May 2009

Abdomenal Pain Traumatic Syndrome

Tangan power rangers

Hah? Apa tu?

Jangan terkejut. Itu satu istilah yang saya cipta sendiri. Baru sahaja dicipta. Spontan je! Entah betul, entah tidak. Suka-suka hati je. Jangan tanya medical doctor ye, buat malu saya... :( . Sebenarnya saya cuba nak jelaskan bahawa itulah negative impact yang muncul secara non-verbal bila ada orang yang disayang meninggal dunia kerana penyakit berkaitan abdomen.

Dulu sebelum ustaz Rosdi meninggal dunia, 'kadang-kadang' dia mengadu sakit perut. Ada kalanya sampai ke klinik. Dapatlah ubat entah apa-apa. Ubat angin, ubat tahan sakit... Vitamin pun pernah diberi! Dapatlah juga mc sehari dua.

Tak siapa sangka rupanya ada sel kanser yang sedang bermaharajalela. Lama lepas tu barulah tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi, masa tu dah terlambat.

Gastro Intestinal Stromal Tumor atau ringkasnya GIST! Sejenis kanser yang jarang-jarang berlaku. Saya explore internet. Malignant cancer! Banyak kes yang berakhir dengan potong organ dalaman (usus dll) atau lebih tragis, kematian.

Akhirnya saya 'mengidap' abdomenal pain traumatic syndrome. Bila ada anak-anak sakit perut, saya mudah jadi cuak. Takut. Risau. Semuanya negatif. "Dulu abang pun cuma sakit perut. Angin. Tapi..."

**************

Bibik menelefon saya dari rumah.
"Huda...," suara bibik di hujung handphone saya yang dah calar balar sebab selalu diuji kekebalannya oleh Hajar.
"Satu jam, asyik menangis. Sakit perut" Jelas bibik.
"Satu jam?" Saya terkejut.
"OK, sekejap saya nak solat, lepas tu saya akan terus balik," spontan sahaja respon saya. Bingkas terus solat Zohor dan pulang ke rumah.

Minggu lepas Huda asyik mengadu sakit perut. Habis ubat klinik, tapi sesekali masih mengadu sakit perut lagi. Hari ini mengadu sakit lagi. Hmm... tak boleh jadi. Saya bawa dia ke klinik. Ambil referral letter. Terus ke Hospital Pantai Mutiara.

"Dr. Hasanah Ishak!"
Saya senyum. Nampaknya, hari ini saya akan berjumpa dengan seorang lagi insan bernama Hasanah! Tapi yang ni hebat. Doktor pakar. Bukan macam saya yang sekadar doktor falsafah. Kerana nama sama, maka seronoklah bersembang dengan Dr. Hasanah ni. Tapi, sesekali terasa lucu kerana bila ada nurse sebut nama Dr. Hasanah, mesti saya 'terperasan' sekejap! Cheh!

Sambung pasal Huda. Dia dimasukkan ke wad kanak-kanak petang tadi. Kesian dia kena cucuk-cucuk dengan Dr. Hasanah yang bukan emak dia. Tak tahulah apa masalah Huda. Harap-harap ok je.

Pada masa saya tulis entri ni, sebenarnya saya di rumah. Saya yang minta nak balik. Hmmm... susahlah. Barang-barang nak bermalam kat hospital nak kena urus sendiri. Dalam kekalutan petang tadi, banyaklah keperluan yang tiada. Baju kotor pula nak kena bawa balik ke rumah untuk dicuci. Esok pagi nak hantar Hanan, Husna dan Ziyad ke sekolah dan tadika pula. Tambahan pula, tiga-tiga ni masih demam-demam alah. Belum baik betul. Jadinya, saya minta kebenaran Dr. Hasanah untuk balik tidur di rumah. Esok, lepas hantar anak-anak ke sekolah saya akan 'wadkan' semula Huda! Hmmm.... mentang-mentanglah masuk hospital swasta, suka-suka hati je :)

Bila anak sakit sampai warded ni barulah terimbas kembali di fikiran tentang pentingnya ada medical card. Nasib baik saya dah ambil untuk anak-anak. Jadi, beban masuk hospital swasta tidaklah terasa. Berpayung sebelum hujan...

Oklah, nak tidur dulu. Esok banyak kerja. Kerja melayan Huda kat hospital! Doakan Huda. Insya Allah tak de apa-apa tu. Mak dia je yang panik lebih....

9 comments

  1. moga2 huda x ade apa2...amin

    ReplyDelete
  2. moga huda cepat sembuh seperti sediakala ;)

    ReplyDelete
  3. Moga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan kepada Dr.

    ReplyDelete
  4. Salam dr hasanah, moga diberikan kebaikan sekeluarga, amin!

    ReplyDelete
  5. huda........hmm.......semoga cepat sembuh..laptop xda.. xselalu online..sib baik harini cek..semoga dipermudahkan semua urusan...

    ReplyDelete
  6. Allahumma ya Shafi, ishfi Huda min kulli da'in.
    Azhibilba'sa Rabbannas, ishfi wa Antas Shafi, la shifa'a illa shifa'uKa, shifa'an la yughadiru saqama.
    Allahumma ya Shafi, ishfina min kulli da'in.
    Amiin.

    ReplyDelete
  7. Huda dah discaj hari ni. Hmmm.... betul la, mak dia je yang panik lebih!
    Perut Huda dah tak sakit. Demam pun dah kurang. Batuk masih berkong-kang. Dia kena tonsilitis (bernanah), badan kurang air, demam virus....
    Alhamdulillah dah ok lah tu. Kat tangan kena masuk ubat, antibiotik, air 2 botol. Yang oral pula tak tahu berapa jenis ubat kena suka-paksa telan. Yang tapau bawa balik pun banyak juga. Sekarang ni, Huda asyik melompat je. Adus! Macam lepaskan geram sebab kat hospital tak boleh buat semua tu.

    Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga dirahmati Allah selalu.

    p.s. Naseebah, jual je la D60, beli laptop hihiii....

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah merahmati keluarga Dr.

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage