Untuk kita-kita je: Soal jawab tentang haid/ haidh (bahagian 3)

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 4 March 2009

Untuk kita-kita je: Soal jawab tentang haid/ haidh (bahagian 3)


Sambungan tentang hukum fiqh berkaitan tentang haid/ haidh. Kali ini saya akan sentuh mengenai perkara yang dilarang oleh perempuan yang sedang haid.

Ini merupakan topik ketiga tentang haid dan selepas ini saya akan sentuh topik istihadhah pula.

S: APAKAH YANG DITEGAH KE ATAS SESEORANG WANITA YANG KEDATANGAN HAID?

J: Wanita yang didatangi haid berhak untuk melalui kehidupan hariannya seperti biasa. Walau bagaimanapun, dari segi syarak, dia dilarang daripada melakukan beberapa perkara yang kebanyakannya berbentuk ibadat, iaitu:


1. Mengerjakan solat.
2. Berpuasa.
3. Masuk ke dalam masjid.
4. Membaca dan menyentuh al-Quran.
5. Tawaf di sekeliling Kaabah.
6. Bersetubuh.


S: ISTERI SAYA MENGALAMI KEDATANGAN HAID YANG PANJANG. APAKAH HUKUMNYA BERSETUBUH DENGAN ISTERI YANG SEDANG KEDATANGAN HAID?

J: Para fuqaha sependapat bahawa persetubuhan yang dilakukan ketika isteri sedang kedatangan haid adalah haram. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat ke 222 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu tentang mahidh (perempuan yang kedatangan haid), katakanlah: “ianya kotor (mudarat), oleh itu hendaklah kamu menghindarkan diri daripada isterimu (menyutubuhinya) dan jangan kamu hampirinya sebelum mereka suci. Apabila mereka telah bersuci (mandi), datangilah mereka sebagaimana yang telah diperintahkan Allah ke atas kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan yang membersihkan diri.” ‘Datangilah’ dalam ayat ini bermaksud menyetubuhi.

S: BAGAIMANA PULA JIKA SEORANG WANITA ITU TELAH PUN KERING HAIDNYA, TETAPI MELAKUKAN PERSETUBUHAN SEBELUM MELAKUKAN MANDI WAJIB?

J: Kebanyakan fuqaha berpendapat bahawa hukumnya adalah tetap haram. Oleh itu, jika seseorang wanita hendak melakukan persetubuhan setelah kering haidnya, maka dia hendaklah mensucikan dirinya terlebih dahulu dengan melakukan mandi wajib.


S: BENARKAH SEORANG WANITA YANG SEDANG HAID ATAUPUN TELAH KERING HAIDNYA TETAPI BELUM BERSUCI DILARANG DARIPADA MEMASUKI MASJID?

J: Ya, wanita yang sedang haid dan belum bersuci dilarang berada di dalam masjid kecuali sekadar lalu sahaja. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa tidak dihalalkan masjid untuk wanita yang sedang dalam haid dan orang yang sedang junub.


S: JIKA SESEORANG YANG SEDANG HAID DILARANG DARIPADA MELAKUKAN SOLAT DAN BERPUASA, ADAKAH SOLAT DAN PUASA YANG TERTINGGAL PERLU DIQADHA’?

J: Perempuan yang kedatangan haid adalah dilarang daripada melakukan solat dan berpuasa. Solat yang ditinggalkan sewaktu haid tidak perlu diqhada’kan. Dalam bulan Ramadhan pula, perempuan yang haid dilarang mengerjakan puasa. Walau bagaimanapun, dia wajib mengqhada’kan setiap hari puasa yang telah ditinggalkan.


S: APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SEORANG WANITA YANG SEDANG MENJALANKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH JIKA DIA KEDATANGAN HAID SETELAH TAWAF DI BAITULLAH TETAPI BELUM MELAKUKAN SAIE DI SAFA DAN MARWAH? BOLEHKAH BELIAU MELAKUKAN SAIE ITU DALAM KEADAAN BERHAID?

J: Wanita yang kedatangan haid boleh melakukan ibadat haji kecuali tawaf di Baitullah. Oleh itu hanya tawaf di Baitullah yang tidak boleh dilakukan oleh seorang wanita yang sedang berhaid. Terdapat banyak hadis yang menerangkan perkara ini seperti hadis Rasulullah s.a.w. apabila Aishah r.a. didatangi haid ketika melakukan ibadat haji, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sempurnakanlah apa yang mesti dilakukan oleh seseorang yang mengerjakan haji, kecuali bertawaf di Baitullah sehingga kamu bersih dan mandi.”

=========

Dua hari lagi kita akan berbincang tentang istihadhah pula.

33 comments

  1. Assalamualaikum Dr Hasanah..

    Terima kasih sudi singgah di teratak buruk ana.
    Akhir2 ini kedengaran suara yang membolehkan wanita dalam keadaan haid masuk ke dalam masjid.ini kerana kata mereka ditegah itu kerana dikhuatiri darah menitik mengotori masjid.maka pandangan sebegini tidak benar.pengharaman wanita haid masuk ke dalam masjid bukan sbb dikhuatiri darah menitik tetapi kerana dia sedang menanggung hadas besar.hadas besar akan terangkat dgn mandi wajib dan mandi wajib sah selepas habis tempoh haid.diharap penerangan seperti yang ditulis oleh Dr Hasanah dapat membetulkan kekeliruan yang wujud di dalam masyarakat yang berselindung di sebalik nama al-Quran dan as-Sunnah..mereka ini musuh dalam selimut yang ingin menghancurkan Islam seperti gunting di dalam lipatan.lihatlah betapa masyarakat banyak berpecah dengan sebab isu2 khilafiyyah yang telah diselesaikan oleh ulamak kita ratusan tahun dahulu.

    ReplyDelete
  2. kemungkinan besar saya hamil berdasarkan perubahan mood yang saya alamai. tetapi, dalam masa yang sama, saya dapati ada sedikit calitan berupa tanda2 awal kedatangan haid pada pakaian saya. masalahnya waktu haid saya adalah tetap, namun jika mengikut situasi yang saya alamai sekarang, ianya sudah berubah menjadi lebih awal daripada biasa. persoalannya, adakah saya masih boleh dikatakan hamil?
    pernahkah berlaku dimana, seorang wanita hamil diperingkat awal didatangi darah haid?

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.

    Saya ingin bertanya pd dr. 11 thn yg lalu pd hari pernikahan saya yg di lakukan di dalam masjid saya di dalam haid. Soalan saya Wanita Di Haramkan memasuki masjid sewaktu Haid jd adakah pernikahan saya ini sah kerana saya sedang haid dan memasuki masjid. Tolong lah saya diatas kemusykilan ini.

    ReplyDelete
  4. asalamualaikum, sy ada masalah mengenai kitaran haid sy selepas sy mengambil contraceptive pill bagi tujuan acne treatment.di mana sy boleh merujuk masalah sy?kepada siapa sy perlu bertanya?

    ReplyDelete
  5. Siti, kalau 'sangat' sedikit dan berlaku pada bulan pertama, mungkin tak mengapa. Tapi kena ingat juga, sebarang pendarahan sewaktu hamil mesti dirujuk pada doktor kerana bimbang ada kemungkinan keguguran.

    MariaQ, akad nikah sah tapi dalam masa yang sama berdosa kerana mencemari rumah Allah. Beristighfar dan bersedekahlah semoga dengan itu Allah akan ampunkan segala dosa kita.

    Nadirah, doktor dimana pil itu diambil ialah tempat yang terbaik kerana dia dah tahu segala kesan sampingan yang mungkin timbul.

    ReplyDelete
  6. bolehkah kita memotong kuku dan membaca nama-nama allah ketika datang haid?

    ReplyDelete
  7. Madlina, boleh memotong kuku jika mahu, tidaklah jadi haram. Tetapi seperti yang termakub dalam ihya, bahawa makruh memotong kuku sewaktu haid kerana kelak kuku itu akan dibangkitkan di hari akhirat dalam keadaan tidak suci

    ReplyDelete
  8. Tentang sekadar lalu di dalam masjid (bukan berhenti), ada catatan di dalam kitab fekah, bughyatut tullab, Syeikh Abdullah daud Fathoni:

    "Perempuan yang haid atau nifas jika takut titik darah maka haram lalu di dalam masjid, tetapi jika tiada (takut), maka makruh."

    ReplyDelete
  9. Tambahan... Illat (sebab) haram wanita haid duduk dalam masjid sebab dibimbangi berlaku ketirisan darah lalu mengotori masjid. Tapi zaman sekarang ada tuala wanita yang boleh mencegah kebocoran dan ketirisan, maka sebab tadi tidak lagi dibimbangi, maka tidak ada masalah untuk wanita haid duduk dalam masjid.

    Tapi, terkadang bila darah banyak sangat keluar, pakai tuala wanita pun boleh bocor lagi. Jadi tidak bererti dengan adanya tuala wanita, wanita haid boleh duduk dalam masjid biarpun berlaku kebocoran. Yang penting ialah pastikan tidak berlaku kebocoran dan ketirisan sama ada dengan tuala wanita atau kain tebal.

    ReplyDelete
  10. ELIZA BARI ANAK RANGGAU30 August 2009 at 14:10

    Hai,sya cik eliza.sya nk tnyalh tntng msalh yang sdg sya alami
    iat2 msalah sya yg x ddtngi haid yg sdh mceceh 2 bln lbh.tp sya x png g jmpa dktor..sblum ini pn sya mmang slalu bgini..shinggakn hmpir 3 bln lbh mcm 2 sya x ddtangi haid.d cni sya nk tnyalh apa yg plu sya lakukn

    ReplyDelete
  11. asslamualaikum..saya adalah suami kepada isteri saya inginkan bertanyakan sesuatu yg berlaku kepada isteri saya iaitu sebelum ini isteri saya kitaran haidnya adalah normal selepas itu isteri saya gugur sebanyak 2 kali dan kali kedua dinasihatkan oleh doktor supaya menyuci..dan selepas itu haid isteri saya menjadi lewat hampir 1 bulan 3minggu..tiba2 jadi senggugut...mcm mane kitaran haid isteri saya menjadi lewat?

    ReplyDelete
  12. SAYA MENGALAMI MASALAH BELUM DATANG HAID WALAUPUN UMUR MENGJANGKAU 13 TAHUN DAN BERBADAN GEMUK

    ReplyDelete
  13. hye there...i think i have a big problem..can i shre with u??..i dh lame x period..bleh dkatekan hmpir 2 bulan...i'm very2 worried...before this,,kitaran haid i ok je..start last month i dh x period...for ur information,,last year..i smpai 4 month x period..when i make a check up,,doctor said that it was ok..mule2 i pelik jugak..4 month x period ,ok??..lame klamaan kitaran haid i kembali normal..kat situ i dah syukur alhmdulillah la...sye x perlu risau lg..bcoz kitaran haid sye dh ok..sebab i ni bleh dikatekn active bersukan..sometimes,,i kne senggugut..from my problem..adakah sye pregnant or cancer???...i always think about that..i hope ,u will help me to settle this problem..assalamualaikum

    ReplyDelete
  14. sya ade mslh yg agk bsr..sya kliru dgn wk2 sya dtg haid..mla sya dtg haid mse umo 13 taun..dan strusnya mcm biasa tp wk2 sya form 2 ade sa2 ketika smpe 3 blan sya x dtg...ps2 bile dah dtg skit sgt..n skrg yag jd mslhnye..kli ni die dtg bnyk hri nk hmpir 15 hari ,then bnyak giler..sya tkut ...doktorr tolong sya

    ReplyDelete
  15. Dr. saya ada kemusykilan. mcm mana klu ada tanda hitam /coklat keluar sebelum darah haid keluar.itu dikira haid jugak ker. dlm waktu tersebut klu bersetubuh blh ker..

    ReplyDelete
  16. <<<-Klik sini..Hargai mahkota wanita anda. Boleh cuba tuala wanita herba utk rawatan bagi masalah haid.

    ReplyDelete
  17. salam,
    saya mengalami masalah kluar darah berwarna kecoklatan slepas suci drpd haid 5 hari. darah ini keluar dsertai sakit pada bhgn ari2 dan belakang...adakah ini disebabkan effect drpd berhenti mengambil pil perancang mercilon atau pun masalah lain? utk pengetahuan Dr. saya selepas period yg baru ni, saya terus berhenti mengambil mercilon...

    ReplyDelete
  18. tentang haid . mari haid 10.8.2010(asar).cuci pada 19.8.2010(maghrib).20.8.2010 puasa penuh.21.8.2010 dtg haid semula sebelum asar soalan saya. adakah sah puasa pada 20.8.2010 . Haid yang datang pada 21.8.2010 dikira haid yang pertama atau sambungan daripada 19.8.2010.sekiranya sambungan ini bermakna apabila cukup 15 hari haid dan hari yang ke 16 saya perlu solat dan puasa seperti biasa.

    ReplyDelete
  19. Salam,
    Masalah saya.. kitaran haid saya berlaku setiap 16-17 hari haid akan datang. tempoh haid biasanya 8 hari tetapi untuk kitaran 16-17 kitaran haid berkurangan 5-6 hari.. adakah kitaran yang baru ini merupakan haid atau penyakit.. tq

    ReplyDelete
  20. semasa tazkirah sebelum tarawih, seorg ustaz ada memberitahu terdapat 10 jenis bendalir yg keluar dari kemaluan wanita. yang dapat sy ingat ( yg lazimnyer) kencing, mani, haid, nifas, wadi, keputihan, ... yg 4 lagi dah lupa.

    dapat di berikan lagi 4

    ReplyDelete
  21. saya seorang perempuan bujang , masih menuntut ditingkatan 5. saya tidak pernah melakukan perkara yang dilarang oleh allah seperti melakukan persetubuhan yang tidak halal. sejak bulan november yang lalu , pendarahan haid saya bekurang , warnanya berubah menjadi kecoklatan tidak seperti bulan sebelumnya dimana haid saya berjalan dengan lancar dan normal seperti wanita2 yang lainya., saya begitu bimbang sesuatu akan berlaku kepada saya, saya takut hendak berjumpa doktor. tolong balas terus pada email saya, terimakasih,

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum dktor...sya nk tnya doktor...saya berumur 15 tahun....setiap bulan haid saya normal, tetapi bulan ini, haid saya keluar cikit cgt...saya bimbang la doktor...saya perlukan pendapat doktor...tolong balas pada email saya...terima kasih....

    ReplyDelete
  23. salam ustazah..saya juga mengalami situasi yang sama...kawan saya kata,perempuan haid boleh masuk masjid asalkan darah haid tidak mengotori masjid..mohon penjelasan secepatnya..

    ReplyDelete
  24. saya ingin bertanya kan sesuatu..pada 4hb saya telah mandi bersuci dari haid dan malam itu bersama dgn suami...pada tengahari 5hb , keluar semula sedikit cecair bewarna coklat..ape hukumnya saya bersama dgn suami malam itu..

    ReplyDelete
  25. salam... ingin bertanya camna kita nak tau kita blh bersuci atau tidak.... perlu bersihkan sedlm-dlmnya(fajar).....

    ReplyDelete
  26. salam. sy nak tnya, kblkgn ni menstrual cycle sy tak tetap. kdg2 almost 15 hari, dan ada jugak yg lebih 15 hari. sy juga ada msalah di mn sy tak tahu sma ada sy period atau x. ms urinate sy ada nmpk ketulan darah tp mslahnya takde darah yg stain pd pad tu,cuma brownish fluid, wlupun mengikut perkiraan sy sptutnya sy period msa ni. then lepas 2 minggu, barulah darah keluar mcm period yg biasa. persoalannya, yg mn satu tempoh period sy?sy konfius,tmbh2 lg bila, melibatkan ibadah sy.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Dr.Hasanah....

    Mungkin soalan ini agak jemu untuk anda reply tetapi ini sangat penting dan situasinya agak berbeza. Jika seorang budak perempuan berumur 12 tahun yang sedang haid datang ke sekolah agama yang terletak di dalam surau/masjid untuk menuntut ilmu, apakah hukumnya dan bolehkah dia datang ke sekolah agama?

    ReplyDelete
  28. this is my 1st time reading ur blog...bnyk info menarik n dapat dikongsi bersama.terima kasih...sya ade kemusykilan di sini...untuk pengetahuan dr,sejak sy mula2 akil baligh(13 thn) smpi skg(22 thn) period sy xpnh stabil mcm wanita2 lain...1 st period,8 bln seterusnye bru period blik..n skg 2,3 or 4 bln skli bru period...sejak bln lpas n bln nie,sy x pasti adkah itu darah period or x sbb terlalu n sgt sedikit n tempoh yg lame (11-12 ari)...darah seakan2 darah period tapi sy ragu2 adakah itu benar2 darah haid or x...

    sy minta pandangan dr mengenai masalh yg sy alami nie...sy sudahi dgn sibuan terim kasih....

    ReplyDelete
  29. assalammualaikum...saya nk tanya la..sepjng dalam haid,kalau kita nak baca ayat Al-Quran yang ada tafsir contohnya buku 7 surah-surah pilihan boleh x dr.?

    ReplyDelete
  30. Saya nak tanya sikit. Umur saya 43 tahun. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. sebelum ni haid saya teratur..tapi sejak 3 bulan kebelakangan ini haid saya tidak teratur....darah nya warna coklat kehitaman sedikit dalam 3 - 4 hari. kemudian tiada. Saya pun mandi wajib dan solat serta puasa. Tapi hari ke 14 haid dtg balik..tapi warnaya pun warna coklat kehitaman untjuk tempoh 3 - 4 hari. juga. masalah nya ianya berlanjutan ke 17 hari dari mula2 datang haid..wajibkan saya solat pada hari ke 16 belas. Bagaimana dgn puasa saya dari hari ke 5 -14? Perlukan saya qada puasa tersebut? (lebih kurang 10 hari) minta tolong ...

    ReplyDelete
  31. tehaznida bt mohamad2 April 2013 at 08:12

    Assalamualaikum.. Sy nak bertanya...
    Haid saya 6-8 hari.. Tp 2 hari yg terakhir warnanya coklat. Ada ustaz yg mengatakan itu bkn darah haid. Saya perlu mandi wajib dan solat.. Blh Dr Bg pandangan tak?

    ReplyDelete
  32. Saya keliru satu blog mengatakan sewaktu dalam haid dibolehkan membaca AlQuran. Bagaimana yg dikatakan boleh, adakah dengan suara yg nyaring atau perlahan (boleh didengar sendirian saja). Bagaimana dengan pada mereka yg hafaz Quran. Mereka juga tidak boleh. Maybe 8 hari terlalu lalma dan mungkin akan lupam kerana tidak dihafalkan sekian lama

    ReplyDelete
  33. Kuliah habis jam 6.15 ptg. Bas datang jam 6.30ptg. jangka sampai bilik jam 6.45. Masuk waktu maghrib jam 7.02mlm. Sewaktu dalam bas saya rasa darah haid saya keluar. Sampai di bilik, saya periksa SAH ianya adalah darah HAID. Soalannya adakah sewaktu bersih setelah mandi saya perlu Qada' solat Asar?

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage