Hari ini saya MC. Migrain semalam berlarutan hingga hari ini ditambah dengan demam dan selsema. Sesekali sakit rupanya cara Allah memberi notis amaran buat saya yang jarang-jarang mensyukuri ni'mat sihat.
Tengahari, seorang rakan menghubungi saya dan sibuk mahu mengucapkan "Selamat Hari Jadi Ziyad". Baru saya teringat, hari ni hari jadi Ziyad! Dah 6 tahun rupanya dia. Teringat dulu semasa melahirkan Ziyad pada 2/3/2003 (awal 4 hari daripada tarikh jangkaan bersalin), suasana riuh rendah di Hospital Selayang sebaik sahaja Ziyad dilahirkan. Jeritan staffed nurse yang menyambutnya memanggil-manggil doktor membuatkan saya kehairanan.
"Mungkin dia lemas agaknya," bisik hati saya pabila melihat wajahnya agak kehitaman.
![Bayi gastrochiasis semasa dalam perut [gambar wikipedia] Bayi gastrochiasis semasa dalam perut [gambar wikipedia]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AAOd8MxMEvGAV-34xIGEXkaFJqWYR8jm4FV3aA6l1jqmJjy8wRD7YIAcBGNR_KH7D5arR32qb4BFEz8w3ZKGC6d6jDrhHy7Iw1TbTIyAMbzQhQIUZtBrgz6R3NWNbj_kCUFgmwoM7BVUBH-u8BK8mC6cskKGCQ=s0-d)
Serta merta Ziyad di bawa ke bilik lain. Dia dimasukkan ke dalam inkubator. Saya masih tertanya-tanya apa yang berlaku. Rusydi pula dipanggil ke bilik di mana Ziyad dibawa.
Selepas saki baki uri telah dibersihkan daripada rahim saya barulah staffed nurse yang menyambut memberitahu bahawa Ziyad ada masalah sikit.
"Anak awak sakit."
"
Ususnya keluar."
Social Footer
Follow saya!