Kembali

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 5 May 2008

Kembali



Lama sungguh tak menulis. Itulah hakikatnya. Setiap hari teringatkan blog yang dah lama dibiarkan. Terlalu banyak yang hendak ditulis hingga tak tahu di mana hendak bermula. Malah, konsep blog ini pun hampir-hampir hendak diubah!

Malam tadi satu artikel dihantar kepada editor majalah Aniqah. Dalam emel kepada Puan Khairana atau lebih senang dikenali sebagai Puan Kay, saya maklumkan tentang pemergian ustaz (artikel saya dan ustaz pernah diterbitkan dalam majalah Aniqah. Malah ada beberapa artikel lagi yang telah dihantar tapi tak nampak lagi bayang untuk diterbitkan). Pagi tadi Puan Kay telefon. Terkejut juga. Pertama kali bersembang dengan Puan Kay, nyata dia seorang yang sangat peramah dan prihatin. Puan Kay bertanyakan khabar kami sekeluarga. Dia sangat terkejut dengan berita yang disampaikan kerana dia sendiri tertanya-tanya, "Mana Rosdi Yusof ni? Dah lama tak hantar artikel, takde ke nak hantar artikel lagi?"

Rupa-rupanya Puan Kay juga ada kejutan untuk saya. Artikel ustaz yang telah dihantar sebelum meninggal kini diterbitkan dalam majalah Aniqah keluaran Mei 2008. Tak tunggu lama, saya pun ke Kedai Buku USM dan memang betul, artikel tentang Sofiyah dah terbit. Seronok ada, sedih pun ada kerana sebelum meninggal ustaz ada sebut-sebut, "bila lah artikel nak keluar ni?"

Artikel tentang Sofiyyah saya baca dengan mata dan hati. Mengenang semangat Sofiyyah berjuang demi Islam tanpa menghiraukan kematian demi kematian yang dihadapi di sekelilingnya.

Saya terfikir sejenak. Kenapa serikandi ini yang dipilih? Seperti ada sesuatu yang tersirat. Mungkinkah ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada saya....?

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage