Seminar Tokoh-tokoh Hadis Pasca Kurun ke-13 Hijrah: Kesarjanaan dan Sumbangan

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 28 August 2007

Seminar Tokoh-tokoh Hadis Pasca Kurun ke-13 Hijrah: Kesarjanaan dan Sumbangan

Akhirnya, hari seminar pun tiba. Penat lelah berbulan lamanya diuji pula pada hari ini. Tak tahulah apa pandangan peserta yang datang dari pelusuk dunia. Tapi, bagi kami, inilah yang terdaya kami lakukan.

Pagi tadi, Syeikh Salim al-Hilali dari Jordan datang untuk memberikan ucaputama. Banyak persoalan yang ditimbulkan. Esok beliau akan memberikan satu pembentangan pula. Ada satu soalan yang saya akan kemukakan. Tunggulah....

Petang, Ustaz Rosdi membentangkan kertas kerja bertajuk: Sumbangan al-Qaradawi dalam Pentafsiran Hadis Asnaf Zakat: Kajian ke atas Buku Fiqh al-Zakah. Kertas kerja ini mengemukakan hasil kajian awal kami tentang pemikiran baru dan juga pemikiran yang agak asing tentang pentafsiran asnaf zakat yang dikemukakan oleh al-Qaradawi. Idea-idea yang dibentangkan ialah yang mempunyai kaitan dengan pemahaman beliau ke atas hadis. Ringkasnya, ada 4 isu yang dibentangkan pada petang ini, iaitu:
1) bantuan saraan perkahwinan untuk fakir dan miskin
2) amil wanita
3) mualaf bukan Islam
4) bantuan untuk mangsa bencana alam

Sebenarnya, kertas ini ditulis secara bersama dengan saya, tapi, sajalah... malas nak bentang sebab banyak sangat benda yang masuk dalam kepala. Dengan selamba, saya duduk kat meja peserta dan buat-buat sibuk ambil gambar Ustaz! :)

Lepas pembentangan, macam biasalah, soalan yang dikemukakan untuk kami sentiasa lebih banyak daripada yang dikemukakan untuk pembentang lain. Nampaknya, ramai yang berminat dengan pemikiran baru yang dibawa oleh al-Qaradawi dalam bab zakat.

Lebih mengejutkan, selepas itu, wakil media datang bertemu saya dan... hih.. hih... tak payah cakaplah!

3 comments

  1. assalamualaikum...mintak tlg hantarkan semua kertas kerja yang disampaikan ke email sya.....

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Siapa ni? Kurauwi ye?

    ReplyDelete
  3. Salam Dr.

    Terima kasih atas penganjuran Seminar ni. Saya pun ada tanya juga soalan. Walaupun Dr. duduk kat meja peserta, terpaksa juga jawab soalan yang Allahyarham ustaz Rosdi pastkan kat Dr. selaku gandingan bersama.

    Apa pun, semoga ketemu lagi di lain hari. Mana tahu ada rezeki saya dapat sambung Master kat USM. Boleh minta tunjuk ajar Dr. pula.

    Wassalam.

    Azri Amin Bin Che Din
    Mahasiswa Malaysia Di Maghribi

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage