April 2007

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Friday 27 April 2007

Cuci mata, cuci hati

.



Rehatkan sikit minda. Lihat: website my beloved one. Baru diubahsuai. Ganti frontpage lama yang membosankan.


Ahh... lega sikit mata, insaf pula di hati...





.

Thursday 26 April 2007

Aku mahu kaya! Peduli apa aku dengan orang lain!!!

Berapa juta wang rakyat Malaysia yang dah hangus?


Maklumat yang diambil dari alexa.com menunjukkan bahawa hanya rakyat Malaysia yang begitu teruja dengan program yang ditawarkan oleh laman web em-pay dan banyak lagi laman buat duit cara mudah ala piramid.

Satu contoh testimoni yang mampu menggoyahkan prinsip hidup manusia.

Saturday 21 April 2007

Aku mahu kaya!!!


Lama dulu, rakyat Malaysia tidak ambil pusing tentang internet kecuali untuk melihat berita, chatting dan bermain online game secara percuma. Tetapi apabila muncul cerita bagaimana orang menjadi jutawan internet seperti Dr. Irfan Khairi, mata kita pun ikut bersinar sama. Perasaan 'tergedik-gedik' untuk turut menjadi jutawan tak boleh disembunyikan lagi.

"Aku mahu kaya!", kata Leman selepas terbaca testimoni dalam laman em- pay.
"Aku pun! Kau tengok ni, ab fund, swiss cash, arab fund, ada macam-macam lagi ni!", Ruslan menyampuk. Suasana dalam Cyber Cafe jadi panas seketika.
"Ah, leceh lah. Nak kena ada duit untuk melabur. Aku mana ada duit", keluh Murad.
"Aku ingat, kau buat website, buat program Sumbangan Ikhlas, minta bantuan orang ramai. Rakyat Malaysia kan suka bersedekah." Sampuk Leman.

Friday 20 April 2007

Pelaburan saham melalui Internet haram “ Majlis Fatwa

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM

KUALA LUMPUR 12 April “ Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.

Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.

Thursday 5 April 2007

Hmmmmm....

Dipetik dari laman web Bernama: http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=255053

04 April, 2007 21:53 PM

Jambatan Pulau Pinang Sesak Teruk Gara-gara Panggilan Bom


PULAU PINANG, 4 April (Bernama) -- Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk selama lebih dua jam mulai 4.45 petang ini berikutan tindakan polis menutup laluan bagi kedua-dua arah di jambatan itu ekoran satu panggilan bom yang diterima petang ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Azam Abdul Hamid berkata jambatan itu ditutup mulai pukul 4.45 petang ini bagi membolehkan unit pengesan bom membuat pemeriksaan dan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap pengguna jambatan itu.

Beliau berkata polis bertindak menutup jambatan itu sejurus selepas menerima panggilan bom itu.

Hasil pemeriksaan, polis menemui sebatang paip sepanjang 30.48 sentimeter di Km38 laluan Butterworth menghala ke Pulau Pinang, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Unit pengesan bom kemudian meletupkan batang paip berkenaan di tempat kejadian pada kira-kira 6.30 petang.

Jambatan itu dibuka semula pada kira-kira pukul 7 petang setelah polis memastikan bahawa keadaan kembali selamat.

-- BERNAMA

(betul ke batang paip tu berisi bom?)

Wednesday 4 April 2007

Kenapa ya pak polisi?

Tersangkut lagi di pejabat!

Inilah cabaran hidup di sebuah pulau. Setiap kali timbul masalah di jambatan Pulau Pinang yang indah itu, maka setiap kali itu jugalah saya tersangkut di kerusi ini.

Entah apa lah puncanya. Kedua-dua hala ditutup.

Seorang rakan membuat andaian. "Pagi tadi masa akak lalu, nampak diorang dah susun-susun penghadang kat tepi jambatan. Agaknya, ni pasal nak lebarkan jambatan kot!", begitu yakin cik kak tu. Dulu dia pernah bercita-cita nak jadi spekulator agaknya

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage