Hmmmmm....

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 5 April 2007

Hmmmmm....

Dipetik dari laman web Bernama: http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=255053

04 April, 2007 21:53 PM

Jambatan Pulau Pinang Sesak Teruk Gara-gara Panggilan Bom


PULAU PINANG, 4 April (Bernama) -- Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk selama lebih dua jam mulai 4.45 petang ini berikutan tindakan polis menutup laluan bagi kedua-dua arah di jambatan itu ekoran satu panggilan bom yang diterima petang ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Azam Abdul Hamid berkata jambatan itu ditutup mulai pukul 4.45 petang ini bagi membolehkan unit pengesan bom membuat pemeriksaan dan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap pengguna jambatan itu.

Beliau berkata polis bertindak menutup jambatan itu sejurus selepas menerima panggilan bom itu.

Hasil pemeriksaan, polis menemui sebatang paip sepanjang 30.48 sentimeter di Km38 laluan Butterworth menghala ke Pulau Pinang, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Unit pengesan bom kemudian meletupkan batang paip berkenaan di tempat kejadian pada kira-kira 6.30 petang.

Jambatan itu dibuka semula pada kira-kira pukul 7 petang setelah polis memastikan bahawa keadaan kembali selamat.

-- BERNAMA

(betul ke batang paip tu berisi bom?)

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage