Selepas solat Jumaat, para jemaah Masjid USM, warga USM dan juga orang awam bergegas ke Dewan Kuliah A di USM untuk menatap wajah yang kini lebih top berbanding Siti Nurhaliza.
Petang itu, Sekretariat Falsafah dan Sains Islam (SEFSI) menganjurkan Wacanah Ilmiah dengan menjemput Sohimus Samahah Dato' Seri Haji Harussani bin Hj. Zakaria untuk memberikan ceramah tentang Cabaran Semasa untuk Umat Islam.
Majlis yang bermula tepat jam 3 petang itu dihadiri (anggaran) lebih seribu umat Islam dan bukan Islam. Masing-masing berharap dapat mendengar dari mulut Dato' Seri sendiri tentang isu murtad yang melibatkan Azhar Mansor baru-baru ini.
Dato' Seri seperti biasa ialah seorang pemimpin agama yang sangat 'kool'. Walaupun beliau bercakap dengan amat berhati-hati, namun setiap butir bicaranya sangat menarik perhatian pendengar. Kerana itu, tidak hairanlah audien yang bersesak-sesak sanggup berdiri berjam-jam untuk mendengar peringatan, nasihat dan amaran yang keluar dari mulut Dato' Seri.
Apakah yang dibicarakannya?
Nantikan post seterusnya!
Â
*********************************
Â
Hari itu, dalam sejarah, saya pulang ke rumah jam 10 malam kerana Pulau Pinang dilanda jem yang sangat teruk. Kalau tidak silap, ada trailer terbalik hingga menyebabkan kenderaan langsung tidak dapat lalu. Bandar Georgetown dan perkhidmatan feri juga mengalami kesesakan yang dahsyat kerana pengguna jambatan cuba lari ke terminal feri pula. Mungkinkah masalah ni akan selesai dengan pelebaran jambatan dan juga pembinaan jambatan baru? Kalaulah ada komuter, lrt atau seumpamanya di sini...
sabor.....
ReplyDeleteape yang Dato' Seri cakap??
ReplyDeleteNak tau jugakkk...
>> xde chance laa nak dengarr <<