November 2006

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 27 November 2006

Islam dan Cabaran Semasa

Hari Jumaat, 24 November 2006 bertempat di Universiti Sains Malaysia...

Selepas solat Jumaat, para jemaah Masjid USM, warga USM dan juga orang awam bergegas ke Dewan Kuliah A di USM untuk menatap wajah yang kini lebih top berbanding Siti Nurhaliza.

Petang itu, Sekretariat Falsafah dan Sains Islam (SEFSI) menganjurkan Wacanah Ilmiah dengan menjemput Sohimus Samahah Dato' Seri Haji Harussani bin Hj. Zakaria untuk memberikan ceramah tentang Cabaran Semasa untuk Umat Islam.

Majlis yang bermula tepat jam 3 petang itu dihadiri (anggaran) lebih seribu umat Islam dan bukan Islam. Masing-masing berharap dapat mendengar dari mulut Dato' Seri sendiri tentang isu murtad yang melibatkan Azhar Mansor baru-baru ini.

Dato' Seri seperti biasa ialah seorang pemimpin agama yang sangat 'kool'. Walaupun beliau bercakap dengan amat berhati-hati, namun setiap butir bicaranya sangat menarik perhatian pendengar. Kerana itu, tidak hairanlah audien yang bersesak-sesak sanggup berdiri berjam-jam untuk mendengar peringatan, nasihat dan amaran yang keluar dari mulut Dato' Seri.

Apakah yang dibicarakannya?

Nantikan post seterusnya!

 


*********************************


 

Hari itu, dalam sejarah, saya pulang ke rumah jam 10 malam kerana Pulau Pinang dilanda jem yang sangat teruk. Kalau tidak silap, ada trailer terbalik hingga menyebabkan kenderaan langsung tidak dapat lalu. Bandar Georgetown dan perkhidmatan feri juga mengalami kesesakan yang dahsyat kerana pengguna jambatan cuba lari ke terminal feri pula. Mungkinkah masalah ni akan selesai dengan pelebaran jambatan dan juga pembinaan jambatan baru? Kalaulah ada komuter, lrt atau seumpamanya di sini...

Saturday 18 November 2006

Hasanah for sale!

Dituduh spammer beberapa kali oleh pemilik webhosting percuma menyebabkan saya nekad untuk memiliki laman sendiri. Kisah yang terjadi di awal tahun 2006 membawa saya melayari beberapa domain registrar untuk membeli domain hasanah.com. Kecewa tak terkata kerana mesej yang sering keluar ialah "hasanah.com is unavailable".
Saya periksa dalam whois.com untuk melihat siapa yang memliki domain tersebut. Maklumat yang saya dapat ialah pendaftar domain itu (kalau tak silap) beralamat di United Kingdom.

Saya masih tidak berpuas hati. Saya pun taip hasanah.com pada browser. Bertambah kecewanya saya kerana domain yang saya 'gilai' dimiliki oleh syarikat komputer di Turkey yang nama syarikatnya bukanlah hasanah pun, tapi entah apa-apa. Saya tertanya-tanya, "kenapalah diorang ni tak ambil nama domain yang lebih releven dengan nama syarikat ataupun produk yang dijual? kenapalah mereka "menggunakan" nama saya untuk satu website yang tak cantik, tak updated, tak bla... bla...".

Saya periksa sekali lagi dalam whois.com. Hmm, nampaknya, payment yang dibuat untuk domain ini akan tamat tak lama lagi. Saya tunggu. Lepas bebapa bulan, saya try lagi semak hasanah.com.

Berangin terus rasanya! Hasanah.com is for sale!!!!

Jangan ingat ini berita gembira. Domain ini dijual secara lelong. Siapa yang boleh letak harga paling tinggi, maka dia akan menang. Tahu tak berapa harga yang diletak? Sekarang minimum bid is USD688. Ini pun rasanya dah kurang sikit. Sebelum ni, kalau tak silap saya, minimum bid is USD1,000!!!

Anda berani beli?

Saya cuba pula hasanah.net. Unavailable juga. Akhirnya, saya terpaksa memilih domain name yang saya tak suka iaitu drhasanah.com.

Kenapa mesti .com??? Sebabnya ialah .com sentiasa mendapat keutamaan apabila anda taip sesuatu domain tanpa sebarang 'dot'. Maksudnya, jika anda taip pada browser: 'hasanah', maka laman web yang keluar ialah hasanah.com. Jika anda taip, islam, maka, laman web yang keluar ialah islam.com. Jadi, jika anda juga hendak memilih domain, maka sentiasa utamakan .com. Namun begitu, lain-lain dot pun masih boleh ditimbangkan :)

Friday 10 November 2006

Punggahlah rezeki di lautan dalam, tapi...

Tapi jangan lupa dengan janji tuhan....

Antaranya....

Dajjal Akan Muncul Saat Kita Lupa

Dalam Al-Quran Surat Muhammad ayat 8, maksudnya:

"Maka tidaklah yang mereka menunggu-unggu kerana hari kiamat datang dengan tiba-tiba. Kerana sesungguhnya telah datang syarat-syaratnya."Sedangkan syarat atau tanda-tanda (kecil) kiamat di antaranya tercantum dalam Hadits Riwayat Muslim dari Umar bin Khaththab Radhiallaahu anhu, yang diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Ibnu Abbas. Yang pertamanya "Apabila budak perempuan melahirkan tuannya......".
Apakah fenomena di atas sudah terjadi saat ini? Sekarang ini, anak yang kurang ajar dan suka memerintah orangtua bukan hanya berlaku di Barat. Di Malaysia yang majoritinya Muslim pun terjadi. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kisah si tenggang bukanlah perkara asing lagi hari ini.

Kita perlu berhati-hati dengan perkara ini. Ingat! setiap insan yang ada di muka bumi ialah anak. Tidak mungkin kita menjadi anak tanpa ibu dan bapa. Maka, fikirkan sejenak. Apakah agaknya perkara terakhir yang telah kita lakukan kepada ibu bapa kita hari ini, semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun-tahun yang lepas?

Menung, menung sejenak.....

Selamat Datang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah sekian lama menulis blog dengan menggunakan servis percuma, kini, akhirnya saya dapat menulis dalam blog peribadi sendiri. Berbayar lah tu maksudnya! Biarlah... keluar duit sedikit daripada berpening kepala dengan ragam penyedia blog percuma yang kadangkala sangat menyakitkan hati. Untuk pengetahuan pengunjung, beberapa blog saya sebelum ini telah dicop sebagai spam. Akibatnya, saya tidak diberikan akses untuk mengupdate blog saya. 

Kini, dengan adanya blog sdn. bhd., pasti saya akan lebih rajin menulis kerana tidak perlu lagi melayan kerenah penyedia blog percuma. Saya telah mengimport post dalam beberapa blog terdahulu. Insya Allah, ia akan dikemaskini lagi. 

Akhir kata (harap-harap bukanlah yang terakhir!), semoga sedikit kata-kata yang dicatatkan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam sekelian.

Salam hormat,

Hasanah

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage