Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Istihadhah oh Istihadhah

Assalamualaykum & apa khabar semua? Melihat kepada deretan komen bertanya tentang istihadhah, hmm... nampaknya jelas bahawa saya belum dapat menjelaskan hal istihadhah dengan baik. Atau sebenarnya yang bertanya mahukan penjelasan case by case. Ok hmmm yang panjang hihii.

Tips IT - Cara mengesan pengguna wifi / internet di rumah anda

Wah hari ni tulis topik pelik!

Ok, saya terbaca di sebuah blog tentang 'Cara Paling Sempoi Untuk Check Jika WiFi Rumah Anda Dicuri Jiran Anda'. Op mak.... negatif sungguh tajuknya. Tak baik tau tuduh jiran nak curi internet. Bila saya baca keterangan yang ditulis dalam blog itu, nampaknya terlalu complicated.

Sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk periksa siapa yang guna wifi rumah kita. Penting juga sebenarnya ya untuk kita sesekali buat pemeriksaan ni. Almaklumlah, semua orang dah ada gajet. Takut juga jika ia disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dari Satu Learning Management System (LMS) ke Learning Management System yang Lain

Pada bulan Januari & Februari baru-baru ini saya berpeluang terbang ke Universiti Malaysia Kelantan untuk menjadi fasilitator bagi Bengkel Pemantapan Penggunaan iPad dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Lebih kurang macam tu lah nama bengkelnya. Lokasi yang ditetapkan adalah di Pengkalan Chepa dan Jeli. Sasaran kali ini adalah menyiapkan kursus para pensyarah yang terlibat dalam program ini dan diletakkan dalam iTunes U, iaitu satu apps bagi Learning Management System yang dibangunkan oleh Apple. Bagi yang tak biasa dengan iTunes U ni, boleh lah install apps ni dari AppStore ke dalam iPad ataupun iPhone. Saya ulang, ke dalam iPad ataupun iPhone (sahaja!).