Skip to main content

Karnival dan Kongres Inovasi (KNOVASI) UKM - 5 Cara Efektif Menawan Hati Pelajar dengan Teknologi Pembelajaran

 

5 Cara Efektif Menawan Hati Pelajar dengan Teknologi Pembelajaran

Minggu ini sibuk dengan program KNOVASI UKM yang diadakan pada 11 & 12 Februari 2015 di DECTAR Universiti Kebangsaan Malaysia. Kali ini saya/kami masuk tiga pertandingan poster inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran & satu pertandingan tuntas bicara atau dalam bahasa omputeh nya pitching. Secara detailnya:

1. Poster: 5 Cara Efektif Menawan Hati Pelajar dengan Teknologi Pembelajaran. Saya sediakan dengan dibantu oleh sahabat saya Fatin Hazwani bt. Siran.

2. Poster: MOOC dalam P&P Kursus Hubungan Etnik: Kesalinghubungan Melampaui Batas Ruang dan Waktu. Ini projek besar yang dibangunkan oleh 7 orang pensyarah Pusat Citra Universiti (PCU) UKM dan juga KITA, CTeLT, PTM, PKK, bantuan pelajar UKM dan komuniti Bandar Baru Bangi. Ia merupakan projek top-down daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Poster: Interaksi dalam Meningkatkan Potensi Pelajar Kursus Pembangunan Diri. Disediakan oleh Fatin Hazwani bt. Siran dan dibantu oleh saya.

4. Tuntas Bicara: Sinergi Kursus Hubungan Etnik Secara MOOC: Pelengkap Pembelajaran Teradun. Disampaikan oleh PM Fazilah Idris dan dibantu di belakang tabir oleh enam orang subject matter expert (SME) iaitu Cik Rozita Ibrahim, Puan Rozmel Abdul Latif, Dr. Hasanah Abd. Khafidz (saya!), Dr. Ahmad Zamri Mansor, Dr. Nasruddin Yunos dan PM Nazri Muslim.

Alhamdulillah, hasil tuaian dalam aktiviti yang dipertandingkan saya/kami mendapat 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Pingat kongsi-kongsi macamana nak potong?

Pertandingan inovasi pengajaran dan pembelajaran Pingat Perak

Walau macamanapun, bukan pingat yang diriuhkan, tapi pengalaman yang dipelajari sebelum, semasa dan selepas program ini yang sangat mahal. Tahun depan kita jumpa lagi ye!

PETIKAN DARI POSTER:


5 CARA EFEKTIF MENAWAN HATI PELAJAR DENGAN TEKNOLOGI PEMBELAJARAN


Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz & Pn. Fatin Hazwani binti Siran
Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia


PENGENALAN

Mengadun teknologi dengan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar apabila berhadapan dengan pelajar generasi-X dan Y. Lambakan tools dan software bagi teknologi pembelajaran memerlukan usaha gigih bagi mempelajari dan menguji kelebihan ataupun kekurangan yang ada di samping menyesuaikannya dengan keperluan dalam pengajaran.
Antara tools dan software yang pernah diuji dan digunakan oleh pengkaji ialah Camtasia, Articulate Presenter, Articulate Storyline, Adobe Captivate, VideoScribe, Powtoon, Nearpod, Storify, Padlet, Moodle, iFolio, Socrative dan banyak lagi.
Apabila merangka sesi pengajaran, pengajar perlulah kreatif dan imaginatif untuk memilih dan menyusun slot-slot pengajaran dengan teknologi. Dengan cara ini, pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan dapat menawan hati pelajar.

5 cara efektif menawan hati pelajar dengan teknologi pembelajaran

PENGGUNAAN TEKNOLOGI PEMBELAJARAN

Padlet >> wujudkan keterujaan!
Powtoon >> ringkaskan segala fakta utama secara bukan biasa!
Nearpod >> meruapkan debaran!
Poll everywhere >> semarakkan persaingan!
iFolio >> rancakkan bicara dan lontaran idea!

PENUTUP

Keupayaan untuk learn, unlearn dan relearn dalam mendidik generasi baru adalah satu kemestian. Walaupun teknologi berlari terlalu pantas, namun, ahli akademik generasi terdahulu perlu berani menunjah lebih jauh ke hadapan agar dapat kekal sebagai pembimbing dan pendidik yang lebih cemerlang dan sentiasa di hati pelajar. Dengan mewujudkan 'wow!' dalam pengajaran, pastilah kuliah akan datang bukan sahaja ditunggu-tunggu, malah ia kemudiannya akan di 'share' di sana-sini.

PENGHARGAAN

Pusat Citra Universiti, UKM, CTELT UKM & CDAE USM

Comments