Skip to main content

Writing-me-not. Typing-me-forever!



[caption id="attachment_1917" align="alignnone" width="442"]Tough on screen typing with ipad Tough on screen typing with ipad[/caption]


Assalamualaykum, semoga diberkati Allah semuanya. Nak sembang je, sebab dah lama tak blogging di sini.

Boleh tak kawan- kawan di sini bagitau, typing behavior anda semua. Taip laju, taip slow, taip dua jari, taip empat jari?

Sebenarnya saya nak ajak kita sama-sama memikior sikit tentang perubahan. Ye lah semua cakap pasa ubah...ubah....BN nak ubah Selangor, PAS nak ubah Putrajaya!

Masa saya kanak-kanak dulu cikgu dok tekankan tulis...tulis...dengan cantik. Masa tu, cikgu pun takde mesin taip, harap mesin taip sekolah je.

Bila saya habis SPM, saya terfikir, kalau aku punya result kantoi, alamat kena jadi kerani la hahaa, nasib baik ia tak jadi kenyataan! Makanya saya pun daftar kelas belajar menaip di pusat tusyen di Banting dengan yuran RM20 sebulan. Lepas 6 bulan latihan menaip memang tahap roket la penaipan saya. Jangan lupa, masa tu belajar menaip dengan mesin taip besar gedabak dengan kekunci yang ketat dan bila nak disrrreeetttt ke kiri amatlah berat. Kelajuan menaip tu melayakkan saya untuk mengambil ujian typing sijil dari UK. Tapi nak dijadikan cerita hari ujian tu dibuat saya kena lapor diri program persediaan ke Jordan di KUSZA (sekarang Unisza).

Lama selepas  balik dari Jordan, saya merasa memiliki komputer sendiri. Saya beli keyboard yang ada huruf roman dan huruf arab. Suatu ketika komputer kena sambar petir dan keyboard arab tu tak boleh digunakan. Maka terkial-kiallah saya menaip ayat dalam bahasa Arab dengan komputer baru menggunakan keyboard roman. Rupanya ada juga hikmahnya, alhamdulillah sekarang saya boleh menaip dengan laju tanpa melihat keyboard bagi tulisan roman dan tulisan arab.

Dua tahun lepas ramai yang sibuk dengan ipad. Saya menggeleng kepala, taknak beli ipad sebab tak suka keyboard pada skrin kaca. Susah bagi 'jurutaip' yang suka hard keyboard macam saya. Maka saya pilih macbook air semata-mata kerana 2 aspek: nak hard keyboard dan saya mengutamakan produktiviti berbanding leisure. Tetapi USM ni baik sangat hihiii...saya tak suka ipad pun diorang nak bagi juga. Makanya sekarang kena juga lah membiasakan diri dengan on screen keyboard ni. Alhamdulillah rupanya taklah susah sangat, tapi perfomance masih tahap kura-kura. Paling laju 52wpm, accuracy 95%. Go! Go!!!! Kena berlatih lagi.


Dalam rumah ni, anak-anak sering saya kerah untuk berlatih Rapid Typing, iaitu 1 free software dari internet untuk belajar menaip laju dan tidak melihat keyboard. Alhamdulillah Huda walaupun baru darjah 1 , tapi dia lah paling cekap menaip.


Bagi saya, sangat penting untuk mewajibkan generasi anak-anak ini untuk belajar menaip dari kecil. Kita bukan lagi di zaman pen dan kertas. Tugasan, folio, kertas kerja walaupun peringkat sekolah mahukan yang bertaip. Kalau anak-anak menaip folio dengan tahap kura-kura maka saya akan membebel...bebel...bebel... Hahaha.... Itupun kemahiran saya juga :)


Anda bagaimana?

 

Comments