Skip to main content

Fatwa Hukum Pembayaran Emolumen Kakitangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Menggunakan Peruntukan Asnaf Amil


 

Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 65 No. 4
23hb Februari 2012

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

HUKUM PEMBAYARAN EMOLUMEN KAKITANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) MENGGUNAKAN PERUNTUKAN ASNAF AMIL

Harus pembayaran emolumen kakitangan MAIS menggunakan peruntukan asnaf amil diberikan kepada pegawai MAIS di bahagian tertentu yang mana bidang tugasnya adalah terlibat secara langsung dalam mengurus hal ehwal wang zakat dan tidak menerima emolumen daripada peruntukan asnaf fi sabil Lillah.

Bertarikh 17 Februari 2012

[MAIS/SU/BUU/02/016/17-2 P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 3]

Sumber: Laman Web Mufti Selangor



Download: Fatwa Bayar Gaji Pekerja Dengan Zakat (Asnaf Amil)

Comments