Skip to main content

Alhamdulillah dapat hero lagi

[caption id="attachment_1450" align="alignnone" width="400" caption="Irfan"]Irfan[/caption]

Syukur alhamdulillah, saya selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 April 2011 yang lalu. Alkisahnya, baby ni sangat excited nak tengok dunia hingga subuh-subuh hari jangkaan bersalin dia dah bo. dulu. Maka tergesa-gesalah doktor dan nurse cucuk saya sana-sini dan terus tolak ke bilik bedah. Alhamdulillah baby selamat sedangkan maknya mamai mabuk ubat selepas terpaksa ditidurkan dengan gas untuk GA (general anesthesia).

Hmm... nak cerita apa lagi ya. Nak tulis panjang-panjang, tak boleh duduk depan komputer lama-lama. Nak tulis pendek-pendek, hisy, banyak nak cerita ni. Ginilah,
AMARAN 1: segala yang ditulis dalam entri blog kali ini adalah tidak selamat dibaca kerana ditulis ikut 'dan'.
AMARAN 2: entri ini TIDAK selamat dibaca oleh insan yang BUKAN WANITA. Jadi, kalau anda lelaki atau perempuan yang belum akil baligh lagi maka sila close browser anda sekarang! Eh, tak close juga ye? Degil sungguh. Guna ISA karang baru tau. Close cepat!

Pengalaman bersalin kali ke-6
("Enam?!! Waaa....."  "Nak buat camana, rezeki... kaya anak. Ingatkan hari tu dah bongsu dah hihiii..." )

"Kalau dah banyak kali bersalin, kadang-kadang 'open' tapi tak rasa sakit," kata dr. yang entah apa namanya.
"Sebab tu lah boleh jadi, batuk je pun baby boleh keluar," sambungnya lagi.
"Hah, gitu ke?" Saya pun buat muka ngeri.
Nurse tarik tirai. Argghh... ni yang tak suka.
"Baru 3cm," jelas dr, "tapi jantung baby tak berapa ok ni."
"Tengok, ini graf jantung baby yang ok. Tapi baby you grafnya macam ni," kata dr seraya mengibar-ngibarkan graf dari CTG yang dibuat usai solat Subuh lagi.
Maka seorang dr falsafah pun melihat helaian kertas tersebut umpama tikus melihat facebook. Angguk-angguk buat-buat macam faham. Gambar kat bawah ni diambil masa buat CTG sehari sebelumnya. Graf yang macam wwww mula-mula tu tanda jantung baby tak ok. Graf yang turun naik macam tsunami tu pulak tanda ok.

[caption id="attachment_1451" align="alignnone" width="400" caption="CTG Irfan"][/caption]

Berdasarkan graf CTG yang menunjukkan degupan jantung bayi merosot, dr membuat 2 andaian, sama ada baby tidur ataupun baby dah bo. Maka saya yang diletakkan di ward 2, tingkat 1, Hospital Bersalin Pulau Pinang ditolak ke dewan bersalin di tingkat bawah. Tersenyum sejenak bila tengok saya ditolak ke bilik yang 'mesra bakal bapa', maksudnya, suami boleh temankan isteri bersalin. Tak tahulah suami boleh temankan ke tidak. Namun, sudah beberapa hari saya takut-takutkan suami supaya fikir betul-betul. Ramai dah suami yang temankan isteri bersalin lepas tu muka pucat dan 'tak bagi dah isteri mengandung lagi' hahahaaa...

Dalam bilik bersalin, dr pecahkan ketuban. Nak dijadikan cerita, maka air ketuban yang keluar tidaklah jernih-keruh warnanya, tetapi sudah ada pewarna hijau!!! Argh... maka dengan cool sekali dr bagitau yang... "err.. puan, air ketuban dah warna hijau, maknanya baby dah berak. Tak boleh tunggu ni, kena operate. Kalau tak nanti baby boleh termakan dia punya najis. Bahaya... bla..bla... suami.... bla..blaa... operate....bla... ". Hmmm... saya terdiam dan hanya mampu kata "takpelah..." tapi dalam hati dah tak tahu nak fikir apa, ya Allah, bantulah hamba-Mu. Selamatkanlah anakku dan selamatkanlah diriku, amiin...

Serentak dengan tu, bilik kecil yang mesra suami tu jadi kelam kabut. Entah apa-apa borang kena sign satu persatu. Kena cucuk sana-sini untuk buat line. Kena pasang kateter (benci betul). Tukar baju. Cek itu cek ini. Dalam masa yang sama bilik bedah di Hospital Bersalin sedang digunakan.
"Nanti you bukan operate kat sini tau, kita dah bagitau suami, nanti you operate kat GH," jelas dr dalam suasana serba kalut.
Celaru sekejap fikiran saya, maklumlah nak kena turun naik ambulan dalam keadaan yang dah cukup terseksa rasanya. Walaupun GH hanya seberang jalan, tapi oh bukan mudah.

Entah macamana tiba-tiba keputusan berubah.
"Bilik bedah dah nak siap, nanti you operate kat sini je"
"Alhamdulillah..." berita itu dah cukup melegakan.
Saya ditolak semula ke tingkat atas.. huhuu... turun-naik-turun-naik.

Dalam bilik bedah yang teramat sejuk (orang muda kata, sejuk gilerrr), dr bagi gas, lepas tu.... selamat.... tak tau apa..

Sedar-sedar nampak kelibat suami tolong nurse pindahkan saya ke katil di HDU (high depency unit??) yang terletak bersebelahan bilik bedah. Lepas tu tertidur balik. Tersedar kejap, tidur balik. Pandang sekejap baby yang tak sama macam anak-anak yang lain hihii... rasa pelik sikit sebab tak biasa... tak biasa lah sebab anak yang lain semua rambut kerinting sikit, yang ni lurus tercacak.

Alhamdulillah hidup lagi rupanya saya. Syukur alhamdulillah. Suami pun gembira yang amat sangat. Maklumlah terlalu lama menanti saat seperti ini. Bertahun-tahun lamanya.... Begitulah lumrah hidup, setiap insan diuji Allah s.w.t. dengan ujian yang pelbagai.

Hari 1 (baru operate)



Kena lah puasa. Tekak tak sedap. Kesan gas agaknya. Phlegm dok kacau tekak. Nak batuk tak berani. Sakitnya bukan terasa di tekak, tapi di tempat operate. Sesekali cesarean terasa insaf... lagi pulak bila setiap kali dr. cek, akan keluar perkatan 'pailer' isk...isk... tu yang kena pakai topeng angkasawan je sepanjang hari.

Beza cesarean dengan normal, hmm... kali ni tak rasa sakit urat sangat. Tapi, percayalah, bersalin normal lagi baik dari operate. Sakit dek ooii...

Hari 2

[caption id="attachment_1453" align="alignnone" width="320" caption="Waduh... ribut pak?!!"][/caption]

Pindah ke Wad Kelas 1 (sorang & ada aircond). Klasik sungguh Hospital Bersalin Penang. Macam dok kat 'rumah sakit' dalam filem P.Ramlee. Dengan sistem wiring lama (wayar hitam halus banyak-banyak), meja solek lama, sinki klasik, tingkap pesen lama... oh... rupa-rupanya hidung mula senak bila malam menjengah. Ini bukan cerita hantu, tapi hidung senak kerana bau lipas dari sistem saluran sinki yang lama-lama jua adanya.

Bila masuk ke bilik sendirian, saya mula berdikari. Walaupun baru semalam operate, hari ni dah bangun sendiri dari katil dan berjalan sendiri ke toilet. Jalan pelan-pelan... sopan sangat :) . Hari ke-2 rasa lega sikit sebab 1 line (cucuk kat tangan) dah dibuka dan tinggal 1 lagi di tangan kiri. Itupun takde dah gantung botol air! Paling lega kateter dah takde, fuh... dah tak terseksa.

Belah malam suami teman. Kesian tengok dia tidur duduk tegak kat sofa hihii... ujian kecil je tuuu.

Hari 3 ... 4

Aduh... dah tak larat duduk lama-lama. Ni pun dah 3-4 kali berhenti menulis untuk menyusukan anak. Cukup lah dulu. Dipendekkan cerita, hari-4 dah boleh balik rumah. Gembira lah semua orang. Ziyad paling gembira sebab "Yeeaaaahhh... Ziyad dah ada adik lelaki!!!"

Terima Kasih

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu saya sepanjang proses kelahiran, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya para doktor dan jururawat Hospital Bersalin Hospital Pulau Pinang.
(Saya tidak pernah menyesal bersalin di hospital kerajaan walaupun ramai kawan-kawan yang suka bersalin di hospital swasta. Perkhidmatan dan layanan di hospital kerajaan tetap ada kelas tersendiri.)

*** Sila baca tentang gelabah seorang bapa di: http://www.usulifaqih.com/umum/permata-baru/ :)

Comments

  1. Alhamdulillah.. tahniah Dr and family :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.

    Tahniah dr. Selamat berpantang.

    ReplyDelete
  3. hjshukor othman4 May 2011 at 07:07

    alhamdullilah selamat melahirkan orang baru yang ke 6 semoga anak itu membawa berkat kepada semua keluarga yang ada.

    ReplyDelete
  4. Lucu dan menyeronokkan baca blog saudari. Saya pun baru bersalin 5/4 hari tu. Tgh bercuti so banyak masa membaca dan menambah ilmu. Sekali lagi, tahniah .:)

    ReplyDelete
  5. seronokkkk dapat baby hehe

    ReplyDelete
  6. salam Dr. ...
    Alhamdulillah dan tahniah....moga berbahagia hingga ke akhir hayat.....

    ReplyDelete
  7. sahibul hikayat6 May 2011 at 01:26

    sejuk tgk muka si irfan nie.... tecik -tecik dh pandai senyum...n mesra kamera....

    ReplyDelete
  8. gambar tu 30 minit lepas bersalin.... mak tengah pening lalat... irfan dah pandai posing :)

    ReplyDelete
  9. assalam..tahniah dr atas kurnian,rezeki dan amanah yg Allah berikan..bertambah lg litte caliph di muka bumi ini. smg jadi anak soleh. tumpang hepi ats kegembiraan family dr.

    ReplyDelete
  10. tahniah dr atas kedatangan org baru..your babay is so cute.
    saya suka baca blog doc tapi xreti nk komen...heheheh
    apapun tahniah dan selamat berpantang

    ReplyDelete
  11. Tahniah, sanah. mg jd di kalangan ulama' yang memeriahkan dunia umara'. all the best and take care. doakan aku utk bulan julai ni. hehehe....

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...rupanya2 saya dah lama tak baca email dari Dr.tau2 Dr dah berkahwin lain dan tup2 dah dapat Irfan

    ReplyDelete
  13. Waalaykumussalam
    Terima kasih semuanya. Seronok bila ada baby. Ceria sikit rumah. Alhamdulillah ala kulli syay'

    ReplyDelete
  14. masyaallah..diam2 dh dapat baby. Mabruk2x..comei pulak tu.. Alhamdulillah makin ramai umat Nabi Muhammad saw. Tahniah untuk Dr dan suami.

    ReplyDelete
  15. Azri Amin Bin Che Din19 June 2011 at 08:02

    Salam Dr. Sihat hendaknya. Dah lama tak ikut perkembangan Dr. Tak tahu pun dah ada pengganti. Tengok2 dah cerita pasal baby baru. Apa pun, tahniah buat Dr. sekeluarga. Alhamdulillah, saya punya pengajian kat Maghribi ni hampir ke penghujungnya. Andai ada kerja kosong selaku pembancuh air kat Fakulti Dr., bagitahu la yer. :-)

    ReplyDelete
  16. pelajar munakahat....20 June 2011 at 09:21

    Tahniah Dr. hasanah... dapat cahaya mata.... semoga rezeki bertambah....

    ReplyDelete
  17. Tahniah Dr. tak sangka rupanya Dr. Irwan suami kepada Dr. Pelik juga masa surf website Dr. Irwan ada link website Dr.Hasanah bawah kategori Keluarga. tapi saya tak klik lebih lanjut. rupanya pasangan mempelai. Tahniah sekali lagi..

    ReplyDelete
  18. Salam dr.. Sy nak tny.. Klu kat hospital bersalin penang.. Kalau suami nak teman yime bersalin kena pergi kursus apa2 dulu ke?

    ReplyDelete

Post a Comment