Skip to main content

Facebook Alternative For Muslim

Pendek sahaja entri kali ini kerana banyak tugasan yang perlu dibuat.  Seperti tajuk entri ini, masanya sudah tidak terlalu lama. Laman web sosial untuk Muslim yang memikul tugas berat sebagai alternatif facebook untuk muslim terutamanya rakyat Malaysia sudah boleh digunakan. Namun, ia masih di peringkat beta. Beberapa orang telah dijemput untuk mengujinya. Beberapa ubahsuai dan penambahbaikan sedang giat dijalankan. Beberapa perancangan yang diatur sedang berjalan dengan lancar. Insya Allah, awal Februari nanti saya akan hebahkan kepada semua.

Terima kasih kerana terus memberikan sokongan.

Comments

  1. nak try boleh x dr?

    ReplyDelete
  2. Hehe.. Terima kasih Dr, sebab meng'invite'.. Best!

    ReplyDelete
  3. assalamaualaikum Dr.......maaf la dah lama x buka blog Dr. Alhamdulillah bila dr bgtau facebook alternative muslim dalam sedang dibina walaupun dalam peringkat beta, satu perkembangan yg amat baik. Insyaallah satu hari kita berjumpa lagi di USM, terutama kalau ada open talk pasai IT & Islam, mungkin dari Dr. sendiri, insyaallah.

    ReplyDelete
  4. as salam Dr,

    Alhmdulillah satu berita dan pekembngan baik. Sama2 kita bakal mnfaatkan bila diketngahkan nnti...kita sokong perjuangan memertabatkan islam. mudahan kejayaan utk muslim daripada muslim...dan kpda ummah sejagat

    ReplyDelete
  5. Saya perlukan sokongan dan kesudian semua untuk invite rakan-rakan bila web ini dibuka kepada umum nanti. Jazakumullah.
    Ammar nak try ya? Semak emel :) Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum dr hasanah..tahniah atas kejayaan anda..semoga mendatangkan manfaat kepada muslim yang lain..

    tumpang tanya dr, berkaitan zakat pendapatan..adakah boleh kita sumbangkan zakat pendapatan kita kepada orang2 yang kita sendiri benar2 tahu dia susah dan tergolong dalam asnaf.contohnya saya dah kira 2.5 daripada gaji dan tolak itu ini,saya perlu bayar zakat pendapatan around rm500 dalam setahun.
    jadi adakah bole saya serahkan rm500 kepada orang miskin yg saya kenali rather than saya serah kepada pusat zakat.mohon nasihat dr.terima kasih

    ReplyDelete
  7. Tidak kira berapa pun yang dikenakan zakat, tetapi bayarlah kepada amil bertauliah = pusat zakat.
    Keluarga miskin yang dikenali tu pula, eloklah bantu pastikan supaya mereka boleh terima zakat secara konsisten setiap bulan.
    Kita mungkin boleh bayar RM500 zakat pada dia, tetapi, sekali tu je. Nak tunggu bayar pulak, tahun depan lah. Sedangkan, jika zakat dikumpul di pusat zakat sehingga menjadi satu dana besar, maka ia boleh diberikan kepada si miskin tadi setiap bulan, tanpa putus.
    Namun, kalau nak beri sedekah pula kepada si miskin tadi, apa salahnya, kan.
    Akan berganda-gandalah keberkatan pada harta orang yang berzakat dan bersedekah.

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas pandangan yang diberikan. saya maklum dan faham pandangan tersebut..
    maklumat daripada web doktor memberi informasi dan membuka hati dan minda saya untuk membuat potongan zakat pendapatan kepada pusat zakat..:) tq

    ReplyDelete

Post a Comment