Skip to main content

Tempoh Iddah - Bahagian 2

Tempohari kita dah sentuh tentang tempoh iddah jenis pertama, iaitu 3 kali suci.

Jenis kedua pula ialah 3 bulan

Siapa yang perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia berbeza dengan 3 kali suci)

Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya. Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalh cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari!

Perempuan yang tidak dikenakan iddah jenis ini ialah perempuan yang kematian suami ataupun diceraikan ketika hamil.

Firman Allah s.w.t. (maksudnya):
"Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid." (al-Talaq 65:4)


SIRI ARTIKEL TENTANG IDDAH

* IDDAH
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 1
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 2
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN TIGA (IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI)

Comments

  1. adakah eddah bg wanita normal juga di kira dari hari di lafazkan cerai?tlng reply d email saya.....

    ReplyDelete
  2. Sara,
    maaf tak reply melalui emel.

    Jawapan soalan sara ada di http://drhasanah.com/2008/tempoh-iddah-bahagian-1/ iaitu bagi perempuan yang ada haidh.

    ReplyDelete
  3. macam mana pulak iddah bg pmpn yang tgh pantang?

    ReplyDelete
  4. Perempuan yang diceraikan ketika dalam nifas:

    Jika dia diceraikan ketika nifas, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang ketiga.
    Contoh: Diceraikan ketika nifas (menyamai Haid) > Suci 1 > Haid > Suci 2 > Haid > Suci 3 > Haid —— iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.

    Persoalan ini menyamai:
    http://drhasanah.com/2008/tempoh-iddah-bahagian-1/

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Saya nk tanya tentang eddah bg wanita yg hamil..berapa lamakah eddahnya?? t/kasih..

    ReplyDelete
  6. Man, perempuan hamil hendaklah beriddah hingga bersalin, tidak kira sama ada dia bersalin cukup bulan ataupun tidak. Maksudnya, jika bersalin sahaja, maka tamatlah iddahnya. (bukan bergantung pada habis nifas!)
    Bagi perempuan yang kematian suami ketika hamil, sila lihat:
    http://drhasanah.com/2008/iddah-bahagian-tiga-iddah-bagi-wanita-yang-kematian-suami/

    ReplyDelete
  7. [...] IDDAH * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 1 * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 2 * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN TIGA (IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI) * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 4 [...]

    ReplyDelete
  8. Dr. saya ingin bertanya bagaimana pula sesetengah ada yang menyatakan edah seseorang perempuan yang bercerai hidup(yang masih didatangi haid) edah nya ialah 3 bulan 10 hari pada keadaan yang tertentu. Keadaan yang macam mana?

    ReplyDelete
  9. saya ingin mengetahui status antara suami & isteri yg sudah bercerai, adakah haram spt antara ajnabi & ajnabiah, boleh kah tinggal serumah dan sebagai nya.

    ReplyDelete
  10. Dr. bagaimana pula perempuan saudara baru yang sebelumnya mempunyai suami bukan Islam. Sepengetahuan saya perkahwinan mereka akan terbatal dan apakah tempoh yang membolehkan saudara baru ini berkahwin semula dengan lelaki Islam?

    Adakah iddah itu akan di hitung 3 kali suci dari waktu ketika dia memeluk Islam?di bantu jawapan nya DR...email saya burg_03@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. Bagaimana kiraan edah bagi perempuan yang menghadapi kekerapan haid tidak tetap setiap bulan. Contohnya ada kalanya sehingga 6 bulan cuma sekali haid, adakah edahnya selama 18bulan? Atau ada satu tempoh maksima bagi kes sebegini

    ReplyDelete
  12. bagaimana pula jika perempuan itu mengalami masalah haid iaitu haid nya dtg tidak menentu... spt 2 bulan baruk satu kali haid.. kdg2sampei 4 bulan maseh belum haid... dan perempuan ini maseh muda dan belum putus haidnya..

    ReplyDelete
  13. adakah isteri yg diceraikan suami dan mereka tidak pernah membuat hubungan kelamin juga ada iddah?

    ReplyDelete
  14. Salam,

    ingin bertanya bagaimana mengira iddah jika kita 'bersama' suami pada malam sebelum jatuhnya talak?

    contoh begini :

    malam 1hb - "bersama" suami
    pagi pada 2hb - Talak dijatuhkan di hadapan hakim

    Adakah pengiraan iddah adalah sama seperti pengiraan iddah wanita yang didatangi haid?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanya tentang kemusykilan iddah. Seorang isteri baru ditalakkan, tetapi dia tidak didatangi haid kerana baru selesai melakukan pembedahan membuang cyst di ovari nya. Saya ingin bertanya, bagaimanakah kiraan iddah nya? Adakah dikira seperti seorang yang haid seperti biasa atau dikira seperti seorang yg telah putus haid nya?

    ReplyDelete
  16. Salam dr. Sy bercerai dgn suami pd 22 julai 2013. Berapakah tarikh tamat iddah sy. Adakah 3 kali suci atau m'ikut tarikh kiraan bercerai. Sekian, terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment