Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Saturday, 7 November 2009

Harta kanak-kanak dan orang gila perlu dikenakan zakat?

Buku Pengurusan Zakat oleh Prof. Mahmood Zuhdi
Jam 1.30 pagi.
Terpandang buku Pengurusan Zakat karangan Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, suami kepada penyelia saya semasa menyambung belajar di peringkat PhD iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail.
Saya mencapai buku tersebut. Ingatan kembali pada mesyuarat di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) beberapa hari lepas yang telah menerima cadangan saya untuk mewujudkan subjek Zakat dan Wakaf di USM. Syukur, alhamdulillah...

Seperti yang pernah dinyatakan dalam beberapa entri yang lepas, bukan dah tak nak mengajar subjek munakahat, tapi kasih kepada Allah s.w.t. yang dengan kekuasaan-Nya dan tinggi ilmu-Nya telah menentukan untuk kita undang-undang berkaitan zakat menjadi pendorong untuk saya mengusulkan penawaran subjek ini.
Lagipun, hmm... susah betul nak mengajar munakahat ni bila sampai pada slot 'Ciri-ciri yang perlu diutamakan apabila memilih pasangan (suami/ isteri)'...

Thursday, 29 October 2009

Mengenali tuhan


Dalam tazkirah yang saya sampaikan kepada siswi USIM pada 17 Oktober 2009 yang lalu, saya sekadar mengingatkan kepada mereka bahawa kembara ilmu yang mereka sedang jalani merupakan satu proses mengenali tuhan. Bagaimana hendak mengenali tuhan ketika sedang makan angin jalan-jalan ke Pulau Mutiara ini? Hmm... yang ni sukar sikit nak dihuraikan di sini.

18 Oktober 2009 saya secara tidak rasmi mengepalai 2 bas USIM pusing-pusing Pulau Pinang walaupun saya sendiri pun bukannya 'terer' sangat jalan-jalan kat sini. Satu peristiwa yang tersemat kukuh di ingatan ialah semasa di Butterfly Farm bila melihat seekor ikan koi (kohaku koi?) yang agak besar, tiba-tiba melompat ke atas daun teratai dan 'berenang' di atas daun tu. Alhamdulillah, pada masa tu lensa kamera memang terarah pada ikan tu, dan sempatlah saya rakam aksi ikan koi putih merah tu.

Terkedu seketika melihat ikan tu. Isy, ikan koi memang selalu berenang atas daun ke? Oh tuhan, terjemahkanlah peristiwa ini agar ku dapat terus mengenali-Mu.



*****
Maaf, banyak komen tak sempat saya reply. Entri blog pun makin pendek-pendek je. Sibuk macam-macam sekarang ni. Tak menang tangan nak membuatnya. Dasat juga rupanya kerja pensyarah, hihiii.... Menyesalkah aku? Oh, tidaaaak...., malah daku bersyukur.

Sunday, 25 October 2009

Saya dah tak sanggup hidup - Aduh, mudahnya menjadi manusia

"Pisau kat bawah bantal hari tu, untuk apa?" Saya mula memberi tekanan.
Ema terus tunduk. Tangisannya semakin kuat. Esak tangis itulah yang menjadi teman setianya sejak hubungan dengan kekasihnya mula menghadapi masalah. Esok kekasihnya akan bertunang dengan wanita lain.
pisau-2

"Nak buat apa dengan pisau tu?" Saya terus menekan. Ingatan saya kembali kepada peristiwa beberapa hari lalu. Jam 2.40 pagi saya dikejutkan dengan berita bahawa ada pelajar mahu mencederakan diri. Mujurlah ketika itu dia sudah terlalu lemah kerana tidak makan beberapa hari. Tindakan segera telah diambil. Namun, spot check di biliknya menemukan saya dengan sebilah pisau 'tolak' (pisau pemotong kertas) yang matanya sudah sedia untuk menjalankan tugasnya. Hairannya, pisau itu diletakkan betul-betul di sebelah surah Yasin!

Thursday, 15 October 2009

Rombongan dah nak sampai oooiiii

Gembira! Ceria! Semua orang gembira... tapi riuh dan kelam-kabutnya ada. Dua buah bas nak sampai hari Sabtu ni. Ramai tu... Penginapan cukup ke? Makanan dah tempah? Tempat dah disiapkan? Orang-orang penting semua dah diberitahu? Agenda dah siap? Adus....

Ni baru je siapkan banner. Alah, lebih kurang je lah... Hari ni buat, hari ni tempah, harap-harap hari ni boleh gantung! Banyak lagi nak difikirkan.

Banner segera lawatan USIM ke USM

Malam tadi habis meeting pukul 12.30 t/malam. Eh, bukan malam tadi lah namanya tu kalau sampai ke pagi. Malam nanti meeting lagi, hihiii... Menu meeting, chicken chopped! Tak tahu lah kenapa adik-adik di Tekun tu suka sangat kat ayam kena cop. Eh, bukan menu yang penting, tapi meeting tu! Er, kita nak tempah kapet merah ke? bunga manggar? kompang? Hey, depa tak bawa tepak sireh pun lah... Ye lah... yang nak datang tu, rombongan orang perempuan je... 80 orang perempuan. 70 penghuni Desa Jati & 10 pegawai pengiring, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Adik-adik Tekun semua, dengar tu... yang nak datang u..s... ISLAM... tauuuu..... kome? ok...ok... tak boleh merepek. Kerja banyak ni.

Selamat datang kepada rombongan penghuni Kolej Kediaman Desa Jati USIM ke Desasiswa Tekun, USM. Kami tidak mampu menghampar baldu, sekadar sekelumit kenangan buatmu yang mungkin tiada membuahkan rasa rindu...

Saturday, 10 October 2009

Bagaimana iddah bagi wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah putus haid - menopause

Sepi hati meniti hari

Harap-harap ini ialah entri terakhir yang saya tulis tentang iddah. Dah tak larat cakap pasal iddah. Soalan tentang iddah pun tak putus-putus datang. Kadang-kadang tu jawapannya dah ada, tapi entahlah, kadangkala sikap kita ni, kira nak senang dapat jawapan je, tanpa berusaha nak cari dulu maklumat berkaitan.

Ok, bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah pun habis haid (haidh), jika:

1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari
2. mengandung semasa diceraikan atau kematian suami- maka iddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak atau keguguran.
3. diceraikan... hah, yang ni panjang sikit ceritanya

Tuesday, 29 September 2009

Ingat iklan SSPN?

BEFORE: Duit raya Hanan, Husna, Ziyad, Huda & Hajar? Nak duit banyak camni? Beranak la ramai-ramai, hihiii...

AFTER: Duit raya dah takde, dah masukkan dalam SSPN :)

Iklan SSPN...Iklan ulangan dari tahun lepas. Tak gunakan artis popular, lawa atau seksi. Tapi, mesejnya jelas. Ye, sambut raya sederhana sahaja. Duit yang lebih tu simpanlah dalam tabung SSPN untuk pendidikan anak-anak.

Mmm... saya... takde pula 'duit yang lebih' tu... Cuma praktikkan simpan duit raya anak-anak dalam SSPN. Terima kasih banyak-banyak pada semua yang dah beri duit raya untuk kanak-kanak lima orang tu. Alhamdulillah simpanan diorang dah cecah 4 angka. Kalau didarab 5, maksudnya dah ada lebih RM5 ribu. Tapi, tu lah... bukan senang jadi pemegang amanah harta anak yatim.

Saturday, 26 September 2009

Syawal pula best sebab hihiiii....

Raya 2008 - gambar diblurkan atas sebab keselamatan :)
"Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin..."
Tak kiralah ikhlas ataupun tidak, tetapi itulah yang 'perlu' didengar dan 'perlu' juga dilafazkan sejak seminggu yang lalu.

Erm, sebenarnya bukan nak membebel pasal keikhlasan kita memohon maaf dari orang yang kita memang ada salah atau pun memang ada sangat banyak salah kerana lazimnya, tak susah untuk memohon maaf dari orang yang kita ada buat salah, tapi yang susah ialah nak mohon maaf dari orang yang tak habis-habis buat salah kat kita, tak gitu...???
Ala kulli hal, jangan putus asa memohon maaf. Sedangkan nabi ampunkan ummat, sedangkan Allah ampunkan hamba-Nya, janganlah pula kita sombong hingga tak mahu ampunkan saudara-mara dan sahabat kita. Susah senang kita, mereka juga yang kita cari, kan?

Ops! Hari ni nak cerita sikit.

Tuesday, 8 September 2009

Ramadan best kerana ada zakat fitrah


Ibn Abbas telah menyebut (maksudnya):
Rasulullah s.a.w. telah memfardukan zakat fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada fakir miskin. Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang (hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa

[hadith riwayat Ibn Majah]

Hari ini berlalulah 17 hari kita berpuasa di bulan yang mulia ini. 17 hari dah berlapar berdahaga... Hmmm... apa rasanya?

Saturday, 5 September 2009

I'm looossing it

Uwwwaaa.... nak nangis rasanya. Dia dah jadi sebahagian dari diriku. Dulu, hari-hari aku tatap dia. Hari-hari aku layan dia. Picit sini, picit sana. Tapi kini, dia dah tiada. Semuanya salah sendiri. Tak jaga dia elok-elok. Tinggalkan dia merajuk sendirian. Akhirnya, dia kini telah menjadi milik orang lain..... Sedihnya....
Aku sedang cuba mendapatkannya kembali. Mesti! Walaupun hakikatnya ia terlalu sukar. Tak sanggup melihat dia pergi begitu sahaja. Dia telah kubelai sekian lama. Aku mahu dia menjadi sahamku dunia dan akhirat. Dia terlalu penting! Mesti dapatkannya kembali. Mesti! Uwwwaaaaa.....

Saturday, 22 August 2009

Selamat Menyambut Ramadan



Selamat menyambut Ramadan. Semoga setiap Ramadan menjadi Ramadan terbaik buat kita.

Njalok ngapuro akeh-akeh!!!

[teka apa maknanya, hihiii...]

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage