Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Sunday, 9 June 2019

Facilitator Educator 4.0 (Focusing on Mobile Applications for Learning)








Ma hazihil ustazah? Shu sor aleyha? Hal tusoddiquha law bada'at tahki fi hazal amr? Eisy ya'ni educator 4.0? Ehna fil bad ma bidna haza!
Hahaa... ok enough Hasanah! Mula la nak merepek dengan lahjah Urduniyyah Karakiyyah.
Kisahnya, dua hari berkampung di Arau, Perlis pula. Ingatkan ada harumanis, rupanya dah habis musim!
Kali ini berkongsi tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Saya berpeluang bersama Prof Muhammad Amin Embi untuk membimbing para pensyarah dari Politeknik dan Kolej Komuniti wilayah Utara. Kagum dengan semagat peserta sanggup bertahan hingga ke malam untuk mengadap muka kami :D
Saya mengambil slot berkaitan mobile applications for learning, penggunaan immersive technology, hands on step-by-step melaksanakan augmeted reality dan juga e-portfolio.
Semoga Allah berikan kebijaksanaan kepada kita semua untuk explore lebih banyak lagi kaedah yang berkesan dalam pembelajaran. Allah al-musta'an.

Selain di Arau, Perlis, saya juga sempat bersama-sama Prof Amin Embi membimbing great educators dalam program Educator 4.0 ini di beberapa institusi lagi seperti Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Semuanya berlaku sepanjang tahun 2018.
Beberapa gambar yang sempat diambil:





Thursday, 16 May 2019

Open Resources - UKM pattern high resolution FREE for use

Hari ini saya kongsikan beberapa background pattern yang boleh digunakan dalam pelbagai occation. 
Free for use UKM background pattern. Royalty free images. No watermark. Designed by Hasanah, May 2019.
Have fun!













Thursday, 21 March 2019

Belajar Zakat Cara Cepat Melalui Global Zakat Game (Board Game)

Amboi serius betul macam nak gaduh je!
Ini beberapa gambar yang diambil dalam salah satu slot kelas saya mengenai zakat. Kali ini kita belajar mengenai zakat melalui board game yang dinamakan dengan Global Zakat Game. Dalam permainan ini, ada beberapa aspek mengenai zakat yang diperkenalkan seperti pelbagai istilah yang terdapat dalam fiqh zakat, pengiraan zakat, hukum fiqh dan lain-lain lagi.
Subjek zakat yang ditawarkan ini adalah kursus elektif Citra 1. Oleh yang demikian, pelajar yang mendaftar adalah terbuka kepada semua bidang termasuklah sains, IT, ekonomi dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, semua memberikan feedback yang menarik. Selesai permainan, saya ambil masa dalam 10 minit untuk test mereka sikit dan membuat refleksi.







Tuesday, 1 January 2019

Senarai Buku Zakat Yang Boleh Dijadikan Rujukan


Wah hari ini 1 Jan 2019. Angka baru yang pastinya datang dengan cabaran baru.
Semoga setiap hari yang baru lebih baik dari hari semalam

Saya mulakan tirai tahun ini dengan mengumpul senarai buku zakat.
Boleh update dalam comment di bawah. Jika anda temui mana-mana buku zakat yang bermanfaat tolong 'add to list' ya.
Saya mulakan dengan buku saya hihii jangan mare nanti kena jual.

Buku Pentafsiran Asnaf Zakat dalam list tu adalah hasil kajian Phd yang telah mendapat Anugerah Buku Negara 2018. Alhamdulillah...

Boleh dapatkan buku di sini:
https://shopee.com.my/Pentafsiran-Asnaf-Zakat-Di-Malaysia-Mengikut-Masa-Dan-Tempat-i.10911304.7436882155

Friday, 7 December 2018

Intai Anak Bulan Ramadhan Menggunakan Apps iPad

Setiap kali tiba 29 Syaaban atau 29 Ramadhan saya memang paling teruja untuk mengintai anak bulan. Ia moment yang sangat indah kerana dapat melihat ciptaan Allah SWT yang menjadi ilham untuk menentukan keputusan besar untuk esok hari.
Saya selalu gunakan iPad untuk aktiviti ini serta menggunakan Apps Star Chart.
Untuk memahami cara mengenal pasti sama ada anak bulan telah kelihatan ataupun belum, hat ni kena mai mengaji ngan saya :)
Dalam contoh gambar di bawah, anak bulan tidak kelihatan. Kenapa saya katakan begitu? Agak-agak kenapa ya? Cuba pikirin!


Wednesday, 1 August 2018

Finally I'm A Certified Apple Professional Learning Provider

After so many years, finally, I was certified as an Apple Consultant. The title is: Apple Professional Learning Provider. This means that I have a lot of tasks to do to add more values to our educational landscape.



Apple or Orange? It is you who make the difference.

Gegak Gempita Gara-gara Augmented Reality Dakwah


Augmented Reality atau singkatannya AR merupakan istilah yang masih asing lagi di Malaysia, apatah lagi penggunaan augmented reality dalam pembelajaran dan juga dalam bidang pengajian Islam. AR bermaksud realiti maya. Secara mudah, ia bermaksud objek maya yang boleh dilihat di atas objek real. Faham tak ni? :)
Pada 21 Mei 2018, saya dan para pelajar tahun 3 Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil inisiatif mengadakan demonstrasi Augmented Reality Dakwah bersempena dengan minggu High Impact Education Program (Hiep@FPI).
Para pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dan membangunkan projek Augmented Reality Dakwah mengikut tema-tema tertentu yang telah dibincangkan sejak awal lagi. Perancangan projek ini telah mengambil masa kira-kira 1 bulan. Agak mencabar sekali projek ini huhuu.... berpeluh-peluh nak membimbing para pelajar yang baru pertama kali mendengar tentang augmented reality, nak menjelaskannya, nak menentukan tema dan justifikasi, nak menjadikan AR mereka lebih mencabar pengguna dan akhirnya pada hari kejadian, pelbagai lagi cabaran baru muncul.

Tak boleh serius belajar AR :)


Tiba hari yang mendebarkan pelajar. Pensyarah buat rileks je


Gigih buat persiapan






Mendapat kerjasama APPLE Education untuk menggunakan iPad Pro bagi demonstrasi AR Dakwah. Peluang untuk cuba try test iPad ini sangat menyeronokkan pelajar. Terima kasih Apple terutamanya kepada Pn. Wan Noraini.




Terima kasih Prof. Wan Kamal Mujani, Dekan, Fakulti Pengajian Islam yang sudi bertandang ke program kami & mencuba sendiri AR Dakwah. Prof tercengang bila guna AR Dakwah. Well, what can I say..... hihii




Err.. Prof... nampak macam berat betul masalah AR Dakwah ni lol


Terima kasih Pengerusi Pusat Kesejahtearan Insan dan Komuniti, Dr. Rosmawati, Ketua Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Dr. Adawiyah dan rakan-rakan pensyarah yang lain, PM Dr Abd Ghafar Don, PM Dr Razaleigh Kawangit, Dr. Faisal, Ustaz Abu Darda', Dr. Zulkefli, Ustaz Mokhtar dll yang sudi mencuba AR Dakwah.












"Sir, can you read me?" 
[Ada kisah di sebalik gambar ini!]




Nampak gambar biasa sahaja kan, tetapi ada sesuatu yang tersirat di situ.







Sepanjang merancang dan akhirnya melakukan demonstrasi AR Dakwah memang banyak perkara yang kami pelajari. Pertama, AR memang bikin riuh-rendah :) Kedua, kita sambung kemudian :)






Tuesday, 3 July 2018

Adopting Non Interactive Learning Space for Collaborative Learning

Cakap omputeh pulak kita. 
Kali ini alhamdulillah dapat menjejakkan kaki ke UUM. Wah! Rasa terlajak teruja. Walaupun selalu ronda loqstaq, tapi ni kira first time la cheq dapat pi UUM.
Terima kasih kepada pihak penganjur, UTLC UUM atas kepercayaan.
Semoga sedikit perkongsian dapat memberikan manfaat.


Tuesday, 12 June 2018

Hasanah As Seen on TV Al-Hijrah

Layankan je la ya hihii....
Anak-anak jerit, "Mak keluar tv! Mak keluar tv!"

Rancangan Assalamualaikum dalam TV al-Hijrah, siaran di pagi bulan Ramadhan 1439H.

Slot Mari Mengaji. 
Membaca dan memahami surah al-Qadar sempena laylatul qadar yang bakal tiba di hujung Ramadhan

Slot Mencari Maghfirahmu, mengajak hati mencari rahsia laylatul qadar demi kasih kepada Ilahi.
Kredit untuk mamarazi, Pn. Norzila Manap :)


Belanja video sikit ya. Maaf ada tersasul sikit. Aduh sakitnya tu...




Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage