Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday, 2 February 2012

Fatwa Hukum Agihan Zakat Dalam Bentuk Manfaat Dan Sumber Pembiayaan Pengurusannya


Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 65 No. 3, Bertarikh: 2hb Februari 2012

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

HUKUM AGIHAN ZAKAT DALAM BENTUK MANFAAT DAN SUMBER PEMBIAYAAN PENGURUSANNYA

1. Dana zakat harus diagihkan kepada mana-mana asnaf dalam bentuk agihan secara manfaat.

2. Kos pengurusan agihan zakat secara manfaat seperti kos keperluan pentadbiran dan pengurusan, sumber manusia dan keperluan peralatan asasi yang munasabah boleh dibiayai melalui dana zakat.

3. Sumber pembiayaan kos-kos agihan zakat secara manfaat hendaklah diambil berdasarkan kepada dana asnaf tersebut diagihkan.
Sebagai contoh:
(i) Pembinaan asrama anak yatim Baitul Hasanah yang dibina untuk manfaat anak anak yatim fakir miskin dengan menggunakan dana asnaf fakir dan miskin.
Segala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar dan segala keperluan asas asrama tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf fakir dan miskin.
(ii) Pembinaan pusat pelindungan Baitul Iman dan Baitul Ehsan yang dibina dan dibiayai melalui dana asnaf Al-Riqab.
Segala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar dan segala keperluan asas pusat perlindungan tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf Al-Riqab.
(iii) Pewujudan Bahagian Pembangunan Insan majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menguruskan hal ehwal dan kebajikan asnaf mualaf.
Segala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar kelas-kelas dan kursus mualaf dan segala keperluan asas bahagian tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf mualaf.

Bertarikh 2 Februari 2012

[MAIS/SU/BUU/02/016/171; P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 3]

Sumber: Laman Mufti Selangor



Download: Fatwa Agihan Zakat Dalam Bentuk Manfaat

Monday, 30 January 2012

Selepas sibuk macam-macam



Alhamdulillah, banyak hal dah selesai. Paling kritikal ialah semak skrip final exam dua subjek yang saya ajar, iaitu Institusi Kekeluargaan Islam (subjek hot! hot! di USM) dan juga Prinsip dan Sumber Perundangan Islam. Macam biasa, ada lah pelajar yang akan tersenyum dan tak de apa saya boleh katakan pada yang saya tak boleh beri 'markah kesian' :( selain berusahalah lagi dengan bersungguh-sungguh. Tahniah juga kepada lapan orang pelajar USM yang saje-saje ambil subjek Institusi Kekeluargaan Islam sebagai 'persediaan untuk masa hadapan' :)

Selepas sibuk yang macam-macam ni pun sebenarnya tak boleh juga nak berehat. Oh, tiada maknanya rehat kerana ia akan merugikan diri sendiri sebab tiada output. Orang yang paling sibuk ialah orang yang paling banyak memberi manfaat!

Sementara pelajar ijazah pertama bercuti, masuk pula pelajar Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. Urrggghhh... siapa yang tak tahu, mereka semua dah bekerja, sudah berkereta. Lihat padang kawad, kawasan parking stadium USM yang minggu lepas USM menang 3 gol huhuuu... dan sekeliling kompleks Restu, Saujana, Tekun. Subhanallah, lautan kereta sangat menyesakkan, oh... sabarlah jiwa dengan kehidupan ini. Sentiasalah berterima kasih kepada Allah kerana telah memberi apa yang hati ni terlalu mudah nak kata "menyusahkan!" Berterima kasih pada Allah kerana memberi susah kerana Dia mahu kita selalu insaf dengan ni'mat yang telah diberi sekian lama.

Wednesday, 16 November 2011

Fatwa Berkaitan Pelaburan Emas



Dulu, ramai yang tak ambil kisah tentang pelaburan emas. Masa itu, bagi wanita yang penting ialah menambah emas perhiasan. Asal ada duit sedebuk, memang kira nak tambah koleksi je lah. Tapi oh, saya bukan jenis ni. Teringat almarhum suami yang selalu sebut, "alhamdulillah, dapat isteri yang tak suka pakai barang kemas!" hahahaaa....

Emas pertama yang saya beli sendiri (sendiri tu maksudnya: guna duit pinjaman pelajaran JPA hihiii) ialah masa belajar di Jordan. Kalau tak silap masa tu tahun 2 dan dalam musim sejuk. Ceritanya bermula bila sorang makhluk Iraq dok cuba ngorat saya. Tiap-tiap hari dia dok kacau. Menyampah betul. Jadi, memandangkan tradisi atau budaya (disebut 'urf dalam ilmu usul fiqh) bahawa cincin belah rotan (cincin emas yang tidak berbatu-batu) merupakan lambang seseorang wanita sudah dimiliki atau belum, maka saya naik bas pergi ke al-Karak untuk beli cincin belah rotan. Saya sarungkan di jari manis kanan. Itu maknanya saya sudah bertunang. Kalau disarungkan di jari manis kiri, maknanya saya sudah berkahwin. Nak bagi ganas, saya pinjam cincin belah rotan kawan serumah dan pakai di jari manis kiri. Kemudian, jeng...jeng...jeng... saya pun pergi ke kedai gambar tempat makhluk tu kerja dan tayang-tayang cincin belah rotan di jari manis kiri dan kanan!!! hahahaa saya sudah bertunang dan berkahwin dalam masa yang sama!

Friday, 28 October 2011

Tiada pelangi di Somalia?

Situasinya terlalu berbeza. Kering, debu, panas. Itu sahaja yang ada. Kiri atau kanan, sudah tiada siapa yang mampu menghulur bantuan. Tenat si kecil hanya menanti terpisah hayat daripada badan.



http://youtu.be/pZ8nGTdTmkQ


Tiada bunga bahasa usai menatap renungan sepi anak ini.
Ya Allah, rahmatilah anak-anak Somalia.

Thursday, 22 September 2011

Tak tahu tajuk. Raya? Mati? Wasiat?



"Salam, jenazah kb dh dibawa blk ke umah mak dia, akan kebumi esok kul 10 pg..." Demikian sms yang diterima pada hari raya pertama AidilFitri baru-baru ini. Terkedu membacanya. Di saat umat Islam bergembira dengan persiapan malam raya, rupa-rupanya sahabat saya, Khairul Bariah, dipanggil bertemu Rabbuljalal. Tinggallah empat orang anakandannya menjadi yatim dan merindui kasih ibu. اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها


[SMAS, Kajang, 3 Kuning, 1990. Berterabur: Hafiz Sarim, Madihah, Mardhiyah, Syirazi Hafiez, Hafiz Othman, Yusrina Yunus, Azri Sahat, Azrin Aziz, Shahril Yusni, Zairil, Nooradilah Mohd Rukon, Noradillah, Raslina Mohamed Nor, Faizal Yassin, Hasbi Arifin, Syukri, Fariheena, Halim Hafiz, Mohd Helmi, Amalina Mahidin, Iskandar Hamim, Faris Hasbullah, Afizah Yaakob, Nur Ahmad, Hasanah Abd Khafidz (teka yang mana?), Mohd Zulakhmar Zakiyudin, Siham Ismail, Che Iazmi Che Sof, Ariffaizad, Khairul Bariah Abas Azmi, Norhidayah, Kamarul Arrifin Ali, Rosmiyati, Intan Syafinaz Mat Shafie, Norleen Rashid, Hazalina, Norlin Soraya Ahmad Bashri, Suzlina Shokri and Syazli Fathi]

Thursday, 4 August 2011

Kadar Zakat Fitrah 1432H atu 2011M dan Cara Bayar Zakat dengan SMS



Berikut ialah maklumat terkini yang diperolehi daripada Pusat Pungutan Zakat MAIWP    ..... sebarkan!

KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI-NEGERI DI SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 1432H
1) Wilayah Persekutuan - RM 7.00
2) Selangor - RM 7.00
3) Melaka - RM 6.30
4) N. Sembilan - RM 6.50

Tuesday, 26 July 2011

Ramadan, izinkan daku bertamu



Count down Ramadan

7 hari sahaja lagi! Ah.... terasa seperti mental & fizikal masih belum bersedia menghadapinya. Namun, persediaan meraikan Syawal sudah direncana. Dari tempah baju, tempah kuih, tambah barang elektrik hinggalah mengintai-intai promosi jualan perabot, semuanya sudah dilakukan. Celakakah jika ini jalannya ya Allah? Oh Allah, jauhkanlah kami dari kemurkaan-Mu. Sebaliknya, bimbinglah kami ke arah redha-Mu.

7 hari sahaja lagi! Ah.... terasa begitu ni'matnya jika dapat menikmati juadah enak-enak di kala berbuka. Air cendol, ayam percik dan murtabak... semuanya boleh petik jari dan bayar sahaja. Namun, juadah untuk jiwa hanyalah penderaan lapar dahaga semata-mata. Oh Allah, ampunilah kami kerana terleka dengan ni'matnya ni'mat'Mu hingga terlupa bahawa lapar dahaga juga adalah ni'mat buat mendidik jiwa, bukannya penderaan sebagai pra syarat untuk menang anugerah pingat berbuka.

7 hari sahaja lagi! Ah.... hati jadi tidak keruan. Antara jihad dan lelah. Antara mahu jadi pejuang atau terbaring menanti kumandang azan. Antara jadi muslimah perkasa atau berdalih atas nama tiada daya.

Ampunilah kami ya Allah. Tiadalah daya untuk kami bertamu di Ramadan-Mu melainkan segalanya dengan bantuan-Mu.

Thursday, 23 June 2011

Celaru 'Siapa Aku'



Saya bukan peminat filem. Saya tak suka terbaring berjam-jam di depan tv. Dalam sejarah hidup pun, saya tak pernah jejak panggung wayang (kolot?). Namun pagi ini (sekejap lagi) saya dijemput untuk memberi komentar tentang 'dokumentari' Siapa Aku. Rasa macam tak kena je bila saya kena ulas dokumentari seperti ini. Program sebelum Solat Jumaat ini akan diadakan di Dewan Kuliah D, USM (yang saya pun tahu dok belah mana hihii). Dan err... layakkah 'Siapa Aku' dikategorikan sebagai sebuah dokumentari? Ahh... siapa yang celaru?

Dalam entri ini, saya hanya nak kongsikan artikel ilmiah, diulangi... artikel ILMIAH... yang ditulis oleh tok guru saya a.k.a penyelia saya semasa belajar di peringkat Ph.D iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah hj. Ismail. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang menjadi ahli Majlis Fatwa (correct me if I'm wrong).

Janganlah celaru mencari diri sendiri. Kerana kalau tak kenal diri sendiri, maka dibimbangi anda tidak kenal Allah. نعوذ بالله من ذلك

AURAT WANITA:KONSEP DAN HUKUM MENGENAINYA


Oleh:
Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj Ismail

Pendahuluan

Masalah aurat wanita suatu tajuk perbincangan yang besar dan memakan ruang yang banyak. Ia merangkumi konsep aurat itu sendiri, batas-batas yang ditentukan, samada dalam sembahyang atau dalam kehidupan biasa. Bahkan, perbincangan tentang aurat dalam kehidupan biasa akan merangkumi pula keadaan yang bermacam-macam, seperti sewaktu berada seorang diri di tempat tertutup atau di dalam gelap, di hadapan muhram, bersama perempuan muslim, bersama perempuan bukan Islam dan akhirnya di hadapan lelaki bukan muhram.

Fatwa Pembayaran Zakat oleh Syarikat Pengurus Dana Saham



Warta Kerajaan NEGERI SELANGOR Jil. 64 No.14,
7hb Julai 2011

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

PEMBAYARAN ZAKAT OLEH SYARIKAT PENGURUS DANA SAHAM AMANAH (UNIT TRUST)

Pengenaan zakat terhadap dana saham amanah (Unit Trust) adalah berasaskan pelaburan sebagai Urud Tijarah. Zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5%.

Bertarikh 23 Jun 2011

[MAIS/SU/BUU/02/016/12-2; P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 3]

Sumber: Laman Web Mufti Selangor


Download: Fatwa Zakat Saham Amanah

Wednesday, 15 June 2011

Sisi Gelap Mangsa Jenayah Seks Rogol dan Sumbang Mahram





Prihatin dengan derita jiwa yang menyelubungi mangsa rogol dan sumbang mahram telah membuahkan fikrah untuk membuat kajian perbandingan dalam undang-undang syariah dan undang-undang sivil. Kajian perbandingan tentang jenayah rogol dan sumbang mahram ini tersimpan di khazanah Tun Sri Lanang, komputer saya dan juga kotak buku di stor!

Hari ini saya kongsikan sedikit kandungan penulisan tentang perkara ini yang merupakan kajian Ijazah Sarjana Pengajian Islam yang dikasihi al-marhum suami, ustaz Rosdi Yusof. Sebelum pemergian beliau pada tahun 2007,  beliau hanya sempat menyiapkan draf awal sejumlah 69 halaman yang sebahagiannya merupakan 'sedutan' daripada kajian peringkat Ijazah Sarjana untuk di transformasi menjadi buku. Bertambah dukacita lagi, saya belum dapat menyempurnakan hasrat penerbitan buku tersebut kerana terdapat beberapa isi kandungan yang perlu ditambah, dinilai dan ditulis semula. Sila klik gambar di atas. Tiada satu perkataan pun yang ditambah, dikurang atau diubah. Doakanlah semoga buku ini akan diterbitkan juga suatu masa nanti dengan segala penambahbaikan.

Semoga abang diampunkan segala dosa dan diberikan sebesar-besar rahmat daripada Allah s.w.t. di alam sana. Biar berganti pasangan, namun rindu dan kasih isteri dan anak-anak tidak pernah bertepi. Tiada putus doa kami buat abang. Sesungguhnya masa dan tikanya akan tiba jua untuk kami menuruti abang. Semoga kita akan bertemu jua nanti dalam suasana penuh kebaikan. Bak tutur Hajar, puteri bongsu abang yang tidak sempat abang tatap wajahnya, "kalau Hajar mati, nanti Hajar boleh jumpa ayah... kalau mak mati, nanti mak boleh jumpa ayah..."

اللهم اغفر لرشدي بن يوسف
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه


- mengingati ulangtahun kelahiran abang yang ke 40 esok, 17 Jun 2011 -

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage