September 2021

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 7 September 2021

Lembaran Tahrir Surah al Fatihah dan Surah Lazim dalam Rasm Uthmani (Belajar Khat)

 



Tahun 2020 dan 2021 terasa panjang dengan wabak Covid-19. Anak-anak yang berderet ni kena belajar di rumah. Saya lihat anak saya yang berumur 7 tahun agak struggle bila kena tulis semula ayat al-Quran selepas membuat hafalan.

Oleh itu, saya buat kertas latihan untuk belajar khat. Dalam bahasa yang lebih tepat, lembaran tahrir surah lazim. 


KANDUNGAN

Lembaran tahrir ini terdiri daripada:

Surah al-Fatihah

Surah al-Kafirun

Surah al-Nasr

Surah al-Masad

Surah al-Ikhlas

Surah al-Falaq

Surah al-Nas.


CIRI-CIRI

Keunikan lembaran latihan belajar khat (tahap tadika, sekolah KAFA dan sekolah rendah) ini ialah, ia menggunakan Rasm Uthmani sebagaimana dalam nasakh al-Quran terbitan Madinah dan diambil dari sumber yang berautoritatif iaitu: https://qurancomplex.gov.sa/ .

Kertas latihan khat ini adalah dalam format digital. Boleh download dan print. 

Ia boleh dijadikan alat bantu mengajar bagi para ustaz ustazah. Latihan penulisan sebanyak 5 baris ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan hafazan al-Quran.

Dalam file pdf yang dilampirkan terdapat 1 file yang mengandungi kesemua ayat dalam surah tersebut DAN beberapa file yang mengandungi 1 ayat berasingan sahaja. Terpulang pada guru jika mahu edarkan satu demi satu ayat kepada pelajar atau diedarkan dalam surah lengkap.


PANDUAN PENGGUNAAN

Download dan print

ATAU jika ada iPad & Apple Pencil boleh download dan 'open in...' Books kemudian buat aktiviti penulisan dalam Books.



Terdapat 1 baris teks tulisan hitam gelap sebagai panduan.

Ia diikuti 2 baris tulisan berwarna kelabu. Pelajar dikehendaki tekap atau tiru atas tulisan berwarna kelabu.

Kemudian terdapat 3 baris kosong. Pelajar dikehendaki tulis semula sebanyak 3 kali.


Apabila siap, tunjukkan hasil kerja kepada guru atau ibu bapa. Boleh gunakan gajet. Jika menggunakan Books dalam iPad boleh screenshot hasil kerja.


DOWNLOND LINK

Dipersilakan untuk download melalui link di bawah:

https://drive.google.com/drive/folders/1JsKcs7CkA4zGjqb7nahWQV7AoHiRV0-B?usp=sharing


KEBENARAN PENGGUNAAN

Lembaran latihan khat ayat Quran ini boleh digunakan secara PERCUMA oleh guru, ibu bapa dan sesiapa sahaja. Saya izinkan sebagai public domain non commercial license atau kegunaan awam bukan komersial.

Mohon doakan keampunan buat kedua ibu bapa saya. Jazakumullah khyar al-jaza'.

www.drhasanah.com
Hasanah binti Abd Khafidz
(Sepang, 8 September 2021)


Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage