June 2020

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 16 June 2020

Kalendar Akademik UKM 2020 dan 2021 yang disesuaikan dengan Pandemik Covid-19. Bilakah tarikh baru konvokesyen UKM 2020?


Selaras dengan arahan PKP, PKPB dan sekarang PKPP, di UKM, kuliah telah dibuat penyesuaian kerana pelajar telah 'direhatkan' semasa awal pandemik. Selepas itu pembelajaran secara online telah dilaksanakan. Memanglah banyak cabarannya, namun, jangan kita mengalah. Belajar mesti belajar.

Berikut adalah jadual akademik Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah saya masukkan dalam kalendar supaya senang nak rujuk.
Maklumat ini diperolehi daripada Pusat Pengurusan Akademik iaitu daripada Pindaan Kalendar Sesi Akademik 2020-2021 (Prasiswazah & Pascasiswazah) serta Program ASASIpintar UKM yang telah diluluskan oleh Senat Ke-465. Cuba cari, bilakah konvo UKM yang ke-48?


Bagi pelajar UKM atau ahli akademik UKM yang nak masukkan kalender ini dalam kalender (emel UKM) anda, sila akses dengan menggunakan link berikut kemudian add to your calendar. Nanti bila tak suka, boleh delete ja.

https://calendar.google.com/calendar?cid=dWttLmVkdS5teV84MGxnM2xqMHN2bGJ1cDd0b3FsYWM5MTRpb0Bncm91cC5jYWxlbmRhci5nb29nbGUuY29t

Sekiranya ada terjumpa ralat dalam kalender UKM 2020 /2021 ini mohon emel saya untuk maklumkan ya.

Terima kasih!


Wednesday 3 June 2020

Cerita e-Learning Kami Saat Pandemik Covid-19

Coronavirus or Covid-19 Ilustration
Sejak Disember 2019, sudah timbul berita tentang kematian demi kematian di China. Siapa sangka, rupanya itu berpunca daripada virus corona yang ibarat bom jangka meledakkan ratusan ribu kematian di seluruh dunia hingga hari ini.

 Bagi warga universiti di Malaysia, ia membantai semua orang supaya mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran ke arah online. Ia bukan lagi pilihan. Bukan lagi blended learning. Sekarang semuanya online! Aduh! Sakitnya tu di sini!

Di Universiti Kebangsaan Malaysia, memanglah terasa menyakitkan kerana kami baru sahaja berpindah dari satu sistem e-learning kepada satu sistem e-learning yang baru iaitu UKMFolio.

Saya boleh katakan bahawa sistem yang baru ini adalah lebih canggih, lebih fleksibel dan feature rich. Tapi itulah permulaan cabaran. Bila canggih serba serbi, ibarat makcik bawang dok bawak Kancil manual, tiba-tiba kena bawa Aruz auto. Aiii, silap parking, berbunyi makcik! Makanya, banyak lah nak kena ketuk & cat sana-sini. Kebetulannya, semasa sistem e-learning baru disiapkan, bengkel & latihan baru beberapa kali dibuat. Tiba-tiba pada 16 Mac 2020 'gong berkurung dipukul kuat'. Maka kami semua mula bekerja dari rumah. Pelajar pun sama juga, kena belajar dari rumah. Saya respek dengan sekian ramai pensyarah UKM yang menggagahkan diri belajar menggunakan sistem e-learning yang baru. Tak faham, boleh tanya, in sya Allah ada yang tolong menjawab. Team Pengajaran UKM pun memang kerja keras la bertungkus lumus nak siapkan tutorial, buat bengkel online, test itu test ini, melayan segala soal jawab dsb. I can feel it sebab saya juga dalam team UKMFolio huwwa huwwwaaaa.

PKP dan PKPB di Malaysia kesan wabak Covid-19 ada banyak peringkat:
Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac 2020
Tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020
Tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 12 Mei 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 04 Mei 2020 sehingga 09 Jun 2020

 Apa seterusnya? Kita tunggu dan lihat! Yang pasti, tiada kuliah bersemuka hingga 31 Disember 2020 sebagaimana arahan Kementerian Pengajian Tinggi. Kita akur demi kesejahteraan semua pihak. Namun, saya kasihankan pelajar yang tinggal di kawasan terpencil yang tidak mempunyai akses internet yang baik. Saya harapkan ada usaha TELCO untuk meningkatkan capaian internet di kawasan terpencil. Kasihan mereka yang terhalang daripada menerima pendidikan sedangkan pendidikan adalah hak mereka.

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage