August 2018

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 1 August 2018

Finally I'm A Certified Apple Professional Learning Provider

After so many years, finally, I was certified as an Apple Consultant. The title is: Apple Professional Learning Provider. This means that I have a lot of tasks to do to add more values to our educational landscape.



Apple or Orange? It is you who make the difference.

Gegak Gempita Gara-gara Augmented Reality Dakwah


Augmented Reality atau singkatannya AR merupakan istilah yang masih asing lagi di Malaysia, apatah lagi penggunaan augmented reality dalam pembelajaran dan juga dalam bidang pengajian Islam. AR bermaksud realiti maya. Secara mudah, ia bermaksud objek maya yang boleh dilihat di atas objek real. Faham tak ni? :)
Pada 21 Mei 2018, saya dan para pelajar tahun 3 Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil inisiatif mengadakan demonstrasi Augmented Reality Dakwah bersempena dengan minggu High Impact Education Program (Hiep@FPI).
Para pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dan membangunkan projek Augmented Reality Dakwah mengikut tema-tema tertentu yang telah dibincangkan sejak awal lagi. Perancangan projek ini telah mengambil masa kira-kira 1 bulan. Agak mencabar sekali projek ini huhuu.... berpeluh-peluh nak membimbing para pelajar yang baru pertama kali mendengar tentang augmented reality, nak menjelaskannya, nak menentukan tema dan justifikasi, nak menjadikan AR mereka lebih mencabar pengguna dan akhirnya pada hari kejadian, pelbagai lagi cabaran baru muncul.

Tak boleh serius belajar AR :)


Tiba hari yang mendebarkan pelajar. Pensyarah buat rileks je


Gigih buat persiapan






Mendapat kerjasama APPLE Education untuk menggunakan iPad Pro bagi demonstrasi AR Dakwah. Peluang untuk cuba try test iPad ini sangat menyeronokkan pelajar. Terima kasih Apple terutamanya kepada Pn. Wan Noraini.




Terima kasih Prof. Wan Kamal Mujani, Dekan, Fakulti Pengajian Islam yang sudi bertandang ke program kami & mencuba sendiri AR Dakwah. Prof tercengang bila guna AR Dakwah. Well, what can I say..... hihii




Err.. Prof... nampak macam berat betul masalah AR Dakwah ni lol


Terima kasih Pengerusi Pusat Kesejahtearan Insan dan Komuniti, Dr. Rosmawati, Ketua Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Dr. Adawiyah dan rakan-rakan pensyarah yang lain, PM Dr Abd Ghafar Don, PM Dr Razaleigh Kawangit, Dr. Faisal, Ustaz Abu Darda', Dr. Zulkefli, Ustaz Mokhtar dll yang sudi mencuba AR Dakwah.












"Sir, can you read me?" 
[Ada kisah di sebalik gambar ini!]




Nampak gambar biasa sahaja kan, tetapi ada sesuatu yang tersirat di situ.







Sepanjang merancang dan akhirnya melakukan demonstrasi AR Dakwah memang banyak perkara yang kami pelajari. Pertama, AR memang bikin riuh-rendah :) Kedua, kita sambung kemudian :)






Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage