April 2018

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Sunday 1 April 2018

Tutorial Live Facebook Cara Buat Rakaman Live Facebook Dengan Memaparkan Screencast, Video Muka Sendiri dan iPad


Post kali ini agak teknikal.
Apabila dijemput untuk berkongsi tentang kaedah pembelajaran interaktif dalam kuliah siap live facebook saya berfikir & search sana-sini mengenai kaedah yang sesuai. Facebook live ada limitation yang menghalang saya paparkan screencast Macbook saya dan betukar-tukar kepada kamera video dan juga iPad. Saya mahu tunjukkan step-by-step secara screencasting dengan jelas, jadi apa yang dok bermain dalam kepala mesti direalisasikan, jika tidak live fb saya akan suram sahaja.
Agak banyak masa dihabiskan.
Apabila sampai tarikh 28 Mac 2018 saya semakin cemas kerana masih tidak berjumpa penyelesaian. Jam 3 pagi 29 Mac 2018 saya terjaga dan terus mencuba lagi dan lagi. Gagal!
Namun akhirnya alhamdulillah jam 5 pagi barulah saya jumpa jalan penyelesaiannya. Syukur sangat.

Bagi yang belum menonton live fb tersebut boleh lihat di: https://www.facebook.com/pptpukm/videos/1759079964134799/
Pos sebelum ini: http://www.drhasanah.com/2018/04/belajar-ber-live-facebook-tajuk-tips.html adalah berkaitan.

Berikut ialah proses setting yang saya buat untuk rakaman di atas. Saya memilih untuk menggunakan kabel. Saya elakkan guna airplay/wifi dalam setting ini untuk mengelakkan 'lagging'.
Saya salin tampal panduan yang pernah saya kongsikan dalam fb saya:

SAMBUNGAN KABEL:
1. iPad sambung dengan kabel ke Mac.
2. Mac sambung dengan kabel (adapter) ke projektor (saya cuma ada vga adapter). Tujuan sambung ke projektor adalah untuk tontonan peserta dalam bilik bengkel sahaja.
3. Sambung juga wired external speaker kalau tak nanti music/sound dari iPad tak keluar (kalau ada hdmi adapter mungkin external speaker tak diperlukan).
4. Kat iPad buat screen mirroring ke Mac. Dengan Mac saya yang dah berusia 7 tahun ni saya kena guna AirServer baru boleh mirror. Mac baru lain settingnya ya.
5. Duduk/berdiri membelakangkan dinding (jangan membelakangkan skrin projektor tau). Elok duduk/berdiri bertentangan dengan tingkap. Tujuannya... (sila buka kitab fotografi la). Jarak saya dari Mac 1-2 meter sahaja.

SETTING KAT DEVICES/SOFTWARE/APPS
1. Kat Mac buka quicktime > file > new movie recording (then set full screen), jangan tekan record ya.
2. Kat iPad buat screen mirroring ke Mac. Set full screen juga
3. Kat Mac buka Google Chrome (mesti guna Google Chrome ya!) & login fb > start fb live > mesti pilih share screen kalau kali pertama guna, nanti keluar pop up suruh add Extension FB Share Screen (lupa namanya) > klik your entire screen > klik start & enjoy your fb live lompat-lompat antara Chrome, iPad & camera.

Kalau pening baca, tahniah, maksudnya anda baca sampai habis lol

Perasan tak video dalam rakaman di atas agak blur? Ahah! Ada sesiapa nak belanja Macbook yang baru kat saya? Yang ni camera dah blurr laaaa... almaklumlah Macbook model 2011 tuuu.

Berikut pula rakaman LIVE FB MENGENAI LIVE FB iaitu saya tunjukkan sebahagian setting yang saya buat.




Dugaan betul. Dah announce kat fb yang saya nak buat live fb jam 10.30 pagi. Sekali iPad pula disabled. Ada lah anak-anak yang dok teka password berkali-kali sampai iPad locked huwwaaaa.....
Jadi untuk tutorial kali ini tak dapat tunjuk cara saya connect dengan iPad.
In sya Allah lain kali ya.

Cubaan ber live facebook. Tajuk TIPS KULIAH MERIAH!



Ni namanya break the ice :)
Dari dulu saya memang camera shy. Sebab tu saya banyak buat innovation yang berbentuk digital, tapi takde pula rakam muka sendiri.
Kayuh perlahan-perlahan in sya Allah sampai juga hihii.
Ok kali ini saya share rakaman live fb saya yang pertama.
Link fb: https://www.facebook.com/pptpukm/videos/1759079964134799/
Rakaman screencast di Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=lVqlBFYg5f0




Bengkel yang saya berikan ini kombinasi bengkel bersemuka berserta live fb bertajuk Bengkel TIA 4.0 Pembelajaran Imersif Teradun: Tips Kuliah Meriah.
Yang bersemuka memang dihadkan kepada 10 orang peserta sahaja. Manakala yang menonton alhamdulillah sudah lebih 500 views. Jadilah sebagai permulaan. Saya bukan artis!



Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage