assalamualaikum
saya mempunyai istri (mualaf), dan seorang anak perempuan
ibu, saorang adik lelaki, 4 kakak/adik perempuan, bapa saudara/ibu saudara yang masih hidup
1. adik beradik saya berkemampuan. adakah boleh saya meminta adik beradik saya menyerahkan bahagian mereka kepada istri/anak perempuan saya setelah saya meninggal.
1a- Jika boleh, bolehkah dibuat semasa saya hidup (penyerahan tersebut)
1b - adakan ini di kira sebagai wasiat juga
IP: 60.48.25.83
Tarikh: 2007-11-12 11:53:17
Emel: ainahalim@yahoo.com
Nama: halim
dari laman ini saya di fahamkan kita kena mengistiharkan harta pencarian, macam mana boleh saya lakukan pengistaharan tersebut.
IP: 60.48.25.83
Tarikh: 2007-11-12 12:02:15
Emel: ainahalim@yahoo.com
Nama: Dr. Hasanah
Saudara Halim,
Syukur kerana saudara dapat membantu seorang saudara baru.
Mengenai soalan saudara, sesiapa sahaja boleh meminta orang lain meminta menyerahkan bahagian mereka, tetapi, jika pihak yang diminta enggan menyerahkan bahagian mereka, maka itu adalah hak mereka.
Sukar untuk menganggap ia sebagai wasiat kerana kita hanya boleh membuat wasiat ke atas harta yang kita miliki sahaja.
Apa yang boleh dilakukan ialah memindahkan harta kepada isteri semasa saudara masih hidup lagi, ataupun menambahkan nama isteri dalam geran harta yang dimiliki supaya ia jelas menjadi hak milik bersama. Oleh itu, bahagian yang menjadi harta pusaka semakin kecil.
Harap ini membantu.
Nama: halim
alhamdulilah
lanjutan dari soalan saya diatas
1. masalah utama saya adalah berkenaan simpanan KWSP yang mana penama KWSP hanya bertindak sebagai pentadbir harta dan jika di wasiatkan ia hanya berhak 30% (?) sahaja. adakah KWSP membenarkan saya membuka akaun kwsp bersama dan memindahkan caruman saya ke akaun tersebut?
IP: 60.48.252.203
Tarikh: 2007-11-28 22:10:36
Emel: ainahalim@yahoo.com
Nama: halim
lanjutan dari di atas
jika adik beradik saya setuju, patutkah atau bolehkah atau perlukah persetujuan mereka itu di rekod kan pada pemegang amanah.
IP: 60.48.25.83
Tarikh: 2007-12-03 08:57:56
Emel: ainahalim@yahoo.com
Nama: Dr. Hasanah
Saudara Halim,
Berkenaan duit KWSP, setahu saya, pemindahan caruman tersebut tidak boleh dibuat. Yang boleh dibuat ialah keluarkan duit tersebut untuk membeli sebarang aset ataupun untuk pelaburan seperti membeli saham amanah, sijil bon dsb. Apabila duit tersebut telah bertukar kepada aset spt yang disebut tadi, boleh lah nama isteri dimasukkan atau dijadikan pemilik penuh aset tersebut. Namun, masih ada duit dari akaun 1 yang tidak dapat dikeluarkan, dan ia perlu dibahagi secara faraid antara waris.
Sebaiknya, hal berkenaan KWSP dirujuk kepada mereka.
Tentang wasiat pula, memang benar, kita dibenarkan berwasiat tetapi setakat 1/3 harta (bukan 30%) dan tidak boleh pula berwasiat untuk waris termasuklah isteri. Jika saudara berwasiat juga untuk isteri, maka ia hanya boleh dilaksanakan jika waris yang lain bersetuju.
Persetujuan individu untuk melepaskan bahagiannya sedangkan kematian kita belum berlaku belum tentu dapat memastikan bahawa dia tidak boleh membuat tuntutan selepas kematian kita. Walaupun ada kenyataan bertulis, ia mungkin masih boleh dipertikaikan di mahkamah. Lagipun, di KWSP sendiri pun belum ada ruang untuk memasukkan klausa seperti yang saudara maksudkan. Perkara ini mungkin lebih baik dirujuk kepada peguam kerana ini sekadar pandangan peribadi saya sahaja.
===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========
No comments
Post a Comment