Formula untuk isteri, anak & ibubapa

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 7 May 2015

Formula untuk isteri, anak & ibubapa

pusaka


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:26:39
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Salam, Saya ingin mengetahui formula pembahagian harta bersandarkan hukum faraid untuk kesemua waris secara keselurahan yang meliputi isteri, anak-anak, ibu bapa?

Isteri berapa (formula)?
anak-anak berapa?
ibu bapa berapa?

sekian wassalam

Ahmad Ibrahim

Jawapan:

Saudara Ahmad Ibrahim,

Sekiranya pewaris2 ini ada, pertamanya, perlu dilihat jika anak-anak itu terdiri daripada anak perempuan sahaja, seorang, dua atau lebih… atau ada juga anak lelaki. Saya belum masukkan lagi topik pembahagian harta untuk anak2 dalam weblog ini. Insya Allah, jika ada kesempatan, saya akan masukkan.

Bagaimanapun, secara ringkas, dalam keadaan di atas, hak yang pasti untuk isteri ialah 1/8 (kerana simati ada anak) dan ibu mendapat 1/6.

Bahagian untuk anak dan bapa boleh berubah bergantung kepada keadaan berikut:

Jika hanya ada anak perempuan, itupun tunggal, maka dia mendapat 1/2 dan bapa mendapat baki harta iaitu 5/24.

Jika hanya ada anak perempuan berjumlah 2 orang atau lebih, mereka mendapat 2/3 (dibahagi sama rata) manakala bapa mendapat 1/6.

Jika ada anak perempuan dan anak lelaki, maka mereka mendapat baki harta dengan nisbah 1:2, manakala bapa mendapat 1/6.

Wallahu a’lam.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


1 comment

  1. Assalam Dr, saya ingin bertanya berkenaan harta pusaka dan harta sepencarian. bapa saya telah meninggal hujung tahun lepas. beliau meninggalkan seorang isteri, 3 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan. beliau juga ada meninggalkan harta pusaka yang diperolehi dari pusaka arwah kedua ibubapanya. sepanjang perkahwinan dengan ibu, beliau ade membeli harta seperti tanah. boleh dr tolong saya terangkan bagaimana cara pembahagian pusaka dan taksiran bg harta sepencarian untuk ibu sy. semasa Arwah hidup,beliau selalu berpesan pada ibu dan anak2, jika beliau meninggal harta hendaklah di bahagi sama rata anak lelaki/perempuan. adakah pesan beliau ini satu amanah dan perlu ke ikut?

    terima kasih atas perjelasan Dr. wallahualam

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage