Thursday, 27 November 2014
Powtoon atau Videoscribe? Apakah pilihan saya untuk membina e-kandungan?
November 27, 2014
Sejak dari tahun pertama saya bekerja di USM hinggalah tahun pertama saya bekerja di UKM, e-learning terus menghantui hidup saya. Makin ku lari,makin dikejar. Di USM 6 tahun kalau tak silap saya jadi penyelaras e-learning di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) tapi sebenarnya tak berfungsi sangat pun. Saya lebih pada memberikan training kepada rakan-rakan pensyarah dan memberikan khidmat nasihat dalam hal-hal berkaitan. Saya juga telah dijemput untuk menyertai team CDAE USM yang dikepalai oleh Prof. Abd. Karim Alias untuk memberikan training Moodle dll kepada pensyarah USM. Nak puji sikit, he is a great leader, sifu & mentor in e-learning despite of his expertise in food technology. Learnt a lot from him.
Sekarang baru je masuk UKM, dah diberikan jawatan yang sama, tapi nampaknya di UKM, jawatan penyelaras e-learning ada kedudukan yang tersendiri, diberikan elaun, parking lot & kerusi khas semasa mesyuarat. Susah hidup saya sebab saya suka sembunyi belakang-belakang hahaaaa (gelak jahat!)
Ok, balik pada tajuk iaitu tentang software Powtoon & Videosribe (keluaran Sparkol). Pertamanya, saya suka kedua-dua software ini. Saya gunakan untuk menyediakan e-kandungan dalam bentuk animated video bagi beberapa tajuk kecil kursus yang saya ajar atau yang dalam bidang pengkhususan saya.
Membandingkan antara powtoon dan videoscribe sebenarnya agak rumit. Powtoon adalah unik. Videoscribe juga unik. Ada beberapa perkara yang boleh dibuat di Powtoon tetapi tidak boleh dilakukan di Videoscribe. Begitulah juga sebaliknya. Ia seumpama membandingkan antara abc dan cendol. Hmmm... sedapnya, yummy! Ups, jangan la biar air liur dok menitik tu! Buruk haih :)
Monday, 10 November 2014
Program Tahfiz dan Bahasa Arab Semasa Cuti Sekolah 2014
November 10, 2014
Masuk bulan November kena rancang masa cuti anak-anak. Cadangan saya, berikan sesuatu yang bukan biasa. Bukan biasa dalam erti kata, pengalaman pembelajaran yang berbeza dalam bidang ilmu yang bukan biasa mereka lalui sepanjang tahun. Pastinya program yang boleh menjadi bekelan dunia akhirat kita jadikan pilihan.
Ok, jadi taknak tulis panjang-panjang sebab sibuk sikit :) meh klik kat link ni: https://www.facebook.com/sinarazhari
Saya share di sini beberapa brosur program cuti sekolah & iklan pengambilan pelajar untuk sesi 2015



Maklumat lanjut tentang Dr. Irwan Mohd Subri boleh dilihat di blog USULIFAQIH di alamat http://www.usulifaqih.com
Ok, jadi taknak tulis panjang-panjang sebab sibuk sikit :) meh klik kat link ni: https://www.facebook.com/sinarazhari
Saya share di sini beberapa brosur program cuti sekolah & iklan pengambilan pelajar untuk sesi 2015
Maklumat lanjut tentang Dr. Irwan Mohd Subri boleh dilihat di blog USULIFAQIH di alamat http://www.usulifaqih.com
Friday, 7 November 2014
Hasanah demi hasanah terus mendampingi Hasanah
November 07, 2014
Assalamualaykum pembaca setia blog. Wah, lama tak jumpa! Sibuk menyibuk je akhir-akhir ni. Alhamdulillah saya selamat melahirkan seorang lagi puteri pada bulan Syawal yang lepas. Yang ini kami namakan Iman. Senyum dia comel sangat! Eh, memang la semua baby senyum comel kan hihii. Bila dia buat mata terkejut tu geram betul menengokkan! Macam bulan purnama!
Ok itu dahulu update kali ini.
Syukur....syukur ... alhamdulillah, kebaikan demi kebaikan terus datang mendampingi. Ya Allah, peliharalah puteri ini dengan sebaik-baik peliharaan.
>> Baru 3 hari masuk kerja selepas bercuti 3 bulan! Waduh susahnya nak betulkan alignment!
Friday, 11 April 2014
Muhasabah diri selalu
April 11, 2014
Intai diri lihat di mana pengakhiran kita. Apa yang kita lakukan setiap hari itulah yang menentukannya.
Monday, 24 February 2014
Interdisiplinariti
February 24, 2014
Wah! Kali terakhir saya update blog ialah 5 bulan yang lalu. Ini sudah bercanggah dengan piagam saya sendiri yang mahu upload 1 entri berkualiti setiap bulan.
Seperti biasa, maka persekitaran yang menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan. Beban kerja yang banyak. Kerja pejabat. Kerja rumah. Urusan anak-anak termasuk memanjakan si kecil yang comel yang cakap berpuluh-puluh harakat dan berlari berpuluh-puluh kilometer setiap hari. Hampir setiap hari pulang dari kerja saya hanya dapat mandi pada jam sembilan atau sepuluh malam!
Sepanjang tempoh 5 bulan akhir-akhir ini, kehidupan yang bersifat interdisiplinariti adalah agenda tetap saya.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Social Footer
Follow saya!