2013

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 23 September 2013

Cara menentukan arah qiblat menggunakan internet dan perisian percuma

Arah qiblat di PPU, UKM

Topik pelik kali ini.

Hari ni nak cerita sikit tentang cara saya mengesahkan arah kiblat dari depan komputer.

Alkisahnya, apabila saya masuk di Pusat Pengajian Umum, UKM, pastilah saya nak tahu, mana arah qiblat di bilik baru ni. Saya guna iphone yang diinstall dengan berbagai perisian kompas qiblat termasuklah daripada JAKIM. Dapatlah arahnya, iaitu serong sedikit.

Untuk pastikan ia betul, maka saya guna step berikut. Anda boleh guna step ini untuk semak arah qiblat masing-masing.

Wednesday 24 July 2013

Sekarang di Universiti Kebangsaan Malaysia

Dr. Hasanah di UKM

Assalamualaikum,

Sepatah kata dulu. Alhamdulillah sekarang saya sudah mula bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Adik-beradik semua ucapkan "welcome home" hihiii maklumlah kampung dekat je di Banting.

Minggu ni sibuk mohon geran FRGS. Memang tu la task yang kena buat dari awal di tempat baru ni. Kalau tidak, susah nak buat kajian dan penulisan.

Doakan semoga kehidupan baru ini sentiasa dimudahkan dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Terima kasih pada semua di Universiti Sains Malaysia yang telah memberi banyak ibrah dan manfaat.

Terima kasih juga pada semua di Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka. Saya budak baru belajar, salah silap harap ajarkan.

 

 

Thursday 27 June 2013

Selamat tinggal USM


Assalamualaikum
Ini perubahan besar juga. Hari ni macam tak percaya saya melangkah keluar meninggalkan Universiti Sains Malaysia tercinta. Ok2 be realistic. Saya tak melangkah keluar. Cuma duduk tepi hubby yang memandu keluar dari USM. Sedihnya uuwwaaa

[maaf, banyak gambar hilang semasa tukar server blog]

20130627-110336.jpg
Majlis perpisahan dengan Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan diikuti jamuan di Pen Mutiara
20130627-110355.jpg
Majlis perpisahan dengan kakitangan Desasiswa Tekun
20130627-110408.jpg

20130627-110440.jpg

20130627-110500.jpg

20130627-110644.jpg
Terima kasih pada semuanya. Maaf zahir batin.
Kalau ada hutang kira halal ye :)
Bye2
Assalamualaykum

20130627-114117.jpg
Saat-saat macam ni anak pula
demam campakchicken pox. Badan sangat panas. Cepat sembuh ye sayang.

Ke mana arah tuju? Nanti kita cerita lain ye.

Saturday 22 June 2013

Majlis Perpisahan anjuran Bahagian Pengajian Islam, PPIK, USM



Majlis perpisahan anjuran Bahagian Pengajian Islam, PPIK, USM diikuti makan2 @ Pen Mutiara. Terima kasih Pengerusi BPI & sahabat2 semua atas segala2nya. 7 tahun pengalaman luar biasa yang sukar dilupakan.

Thursday 30 May 2013

Animasi Qawaid Fiqhiyyah di youtube

Assalamualaykum,
Kali ni nak kongsi 1 video animasi yang saya buat & digunakan sebagai bahan pengajaran dalam subjek Sumber & Prinsip Perundangan Islam, iaitu sebagai intro topik Qawaid Fiqhiyyah.
Video ni tak sampai 2 minit pun. Saja lajukan!



http://www.youtube.com/watch?v=0isgEP1R5gw&feature=youtube_gdata_player


Sebenarnya video di atas dibuat sambil2 bertungku & berpantang selepas melahirkan anak ke 8. Lelaki!
Namun hayat dia hanya di rahim bonda.
Inna lillah wa inna ilayhi rajiun.
Sabarkan daku atas ujian ini ya Allah

Friday 26 April 2013

Writing-me-not. Typing-me-forever!


Typing test dalam apps Tap Typing (iPad)

Assalamualaykum, semoga diberkati Allah semuanya. Nak sembang je, sebab dah lama tak blogging di sini.

Boleh tak kawan- kawan di sini bagitau, typing behavior anda semua. Taip laju, taip slow, taip dua jari, taip empat jari?

Sebenarnya saya nak ajak kita sama-sama memikior sikit tentang perubahan. Ye lah semua cakap pasa ubah...ubah....BN nak ubah Selangor, PAS nak ubah Putrajaya!

Masa saya kanak-kanak dulu cikgu dok tekankan tulis...tulis...dengan cantik. Masa tu, cikgu pun takde mesin taip, harap mesin taip sekolah je.

Bila saya habis SPM, saya terfikir, kalau aku punya result kantoi, alamat kena jadi kerani la hahaa, nasib baik ia tak jadi kenyataan!

Monday 1 April 2013

Musim Panas Pulau Pinang dan Musim Panas Mu'tah, Jordan

Iguana

Gelisah! Siang gelisah! Malam gelisah!

"Petang pun gelisah mak," kata Ziyad yang dok kat sebelah ni hah. Editor tak bertauliah menyampuk masa mak dok menaip dengan laju hihii. Gelisah apa Ziyad? Gelisah sebab Parlimen tak bubar-bubar lagi ke? kih...kih...kih...

Bermula hujung bulan Mac, ketika kedudukan matahari menghampiri garisan Sartan, memang selalunya kawasan Utara ni akan kepanasan. Masa inilah kawasan belakang rumah saya di Bertam akan kelihatan seperti musim luruh di Sonata, eh... errr... abaikan. 

Friday 15 February 2013

FI SABILILLAH SEBAGAI MEDIUM ZAKAT PRODUKTIF




Berikut merupakan satu artikel saya yang dijadikan bab dalam buku Transformasi Zakat Daripada Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif
FI SABILILLAH SEBAGAI MEDIUM ZAKAT PRODUKTIF
Hasanah Abd. Khafidz (Ph.D)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia

Pendahuluan

Dalil qat`i al-thubut dan qat`i al-dilalah dalam ayat ke-60 Surah al-Tawbah telah menjelaskan bahawa terdapat lapan golongan yang berhak untuk menerima zakat. Golongan ini yang lebih dikenali dengan istilah asnaf zakat atau asnaf lapan ialah fakir, miskin, amil, mualaf, fial-riqab, al-gharimin, fi sabilillah dan ibn al-sabil. Walaupun penentuan asnaf lapan ini telah disepakati oleh para fuqaha, namun, isu cara hendak mentafsirkan asnaf ini terus menjadi perbahasan.

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage