Saturday, 25 February 2012
Inna lillah wa inna ilayhi rajiun
February 25, 2012
"Anak-anak nabi ada 7 orang, 3 laki-laki 4 perempuan, pertama Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyah, Fatimah, Ummu kulthum", begitulah dendangan lagu yang diajar oleh Ustazah Maniseh sejak saya dalam darjah 1 masa belajar di SRA Unwanus Saadah. Dengan rahmat Allah swt, alhamdulillah semalam, jumaat, 24 feb 2012 saya menyambut kelahiran putera ke3 yang melengkapkan bilangan 7 orang anak macam anak-anak nabi. Namun dukacita kerana anak ini telah lama meninggal dunia dalam rahim bonda. Inna lillah wa inna ilayh rajiun. Bersemadilah Ahmadku sayang di alam sana.
Selanjutnya di: http://www.usulifaqih.com/umum/hari-yang-sedih/
Friday, 17 February 2012
Fatwa Hukum Pembayaran Emolumen Kakitangan Majlis Agama Islam Selangor(Mais) Menggunakan Peruntukan Asnaf Amil
February 17, 2012
23hb Februari 2012
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47
HUKUM PEMBAYARAN EMOLUMEN KAKITANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) MENGGUNAKAN PERUNTUKAN ASNAF AMIL
Harus pembayaran emolumen kakitangan MAIS menggunakan peruntukan asnaf amil diberikan kepada pegawai MAIS di bahagian tertentu yang mana bidang tugasnya adalah terlibat secara langsung dalam mengurus hal ehwal wang zakat dan tidak menerima emolumen daripada peruntukan asnaf fi sabil Lillah.
Bertarikh 17 Februari 2012
[MAIS/SU/BUU/02/016/17-2 P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 3]
Sumber: Laman Web Mufti Selangor
Download: Fatwa Bayar Gaji Pekerja Dengan Zakat (Asnaf Amil)
Thursday, 2 February 2012
Fatwa Hukum Agihan Zakat Dalam Bentuk Manfaat Dan Sumber Pembiayaan Pengurusannya
February 02, 2012
Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 65 No. 3, Bertarikh: 2hb Februari 2012
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47
HUKUM AGIHAN ZAKAT DALAM BENTUK MANFAAT DAN SUMBER PEMBIAYAAN PENGURUSANNYA
1. Dana zakat harus diagihkan kepada mana-mana asnaf dalam bentuk agihan secara manfaat.
2. Kos pengurusan agihan zakat secara manfaat seperti kos keperluan pentadbiran dan pengurusan, sumber manusia dan keperluan peralatan asasi yang munasabah boleh dibiayai melalui dana zakat.
3. Sumber pembiayaan kos-kos agihan zakat secara manfaat hendaklah diambil berdasarkan kepada dana asnaf tersebut diagihkan.
Sebagai contoh:
(i) Pembinaan asrama anak yatim Baitul Hasanah yang dibina untuk manfaat anak anak yatim fakir miskin dengan menggunakan dana asnaf fakir dan miskin.
Segala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar dan segala keperluan asas asrama tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf fakir dan miskin.
(ii) Pembinaan pusat pelindungan Baitul Iman dan Baitul Ehsan yang dibina dan dibiayai melalui dana asnaf Al-Riqab.
Segala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar dan segala keperluan asas pusat perlindungan tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf Al-Riqab.
(iii) Pewujudan Bahagian Pembangunan Insan majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menguruskan hal ehwal dan kebajikan asnaf mualaf.
Segala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar kelas-kelas dan kursus mualaf dan segala keperluan asas bahagian tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf mualaf.
Bertarikh 2 Februari 2012
[MAIS/SU/BUU/02/016/171; P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 3]
Sumber: Laman Mufti Selangor
Download: Fatwa Agihan Zakat Dalam Bentuk Manfaat
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Social Footer
Follow saya!