Ramadan, izinkan daku bertamu

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 26 July 2011

Ramadan, izinkan daku bertamu



Count down Ramadan

7 hari sahaja lagi! Ah.... terasa seperti mental & fizikal masih belum bersedia menghadapinya. Namun, persediaan meraikan Syawal sudah direncana. Dari tempah baju, tempah kuih, tambah barang elektrik hinggalah mengintai-intai promosi jualan perabot, semuanya sudah dilakukan. Celakakah jika ini jalannya ya Allah? Oh Allah, jauhkanlah kami dari kemurkaan-Mu. Sebaliknya, bimbinglah kami ke arah redha-Mu.

7 hari sahaja lagi! Ah.... terasa begitu ni'matnya jika dapat menikmati juadah enak-enak di kala berbuka. Air cendol, ayam percik dan murtabak... semuanya boleh petik jari dan bayar sahaja. Namun, juadah untuk jiwa hanyalah penderaan lapar dahaga semata-mata. Oh Allah, ampunilah kami kerana terleka dengan ni'matnya ni'mat'Mu hingga terlupa bahawa lapar dahaga juga adalah ni'mat buat mendidik jiwa, bukannya penderaan sebagai pra syarat untuk menang anugerah pingat berbuka.

7 hari sahaja lagi! Ah.... hati jadi tidak keruan. Antara jihad dan lelah. Antara mahu jadi pejuang atau terbaring menanti kumandang azan. Antara jadi muslimah perkasa atau berdalih atas nama tiada daya.

Ampunilah kami ya Allah. Tiadalah daya untuk kami bertamu di Ramadan-Mu melainkan segalanya dengan bantuan-Mu.

1 comment

  1. Nurul Huda Yaakob26 July 2011 at 02:21

    Rindunya HATI ini padamu Ramadhan..moga ramadhan kali ini bakal menjadi ramadhan yg lebih baik dari sebelumnya..Ameen..

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage