Saya bukan peminat filem. Saya tak suka terbaring berjam-jam di depan tv. Dalam sejarah hidup pun, saya tak pernah jejak panggung wayang (kolot?). Namun pagi ini (sekejap lagi) saya dijemput untuk memberi komentar tentang 'dokumentari' Siapa Aku. Rasa macam tak kena je bila saya kena ulas dokumentari seperti ini. Program sebelum Solat Jumaat ini akan diadakan di Dewan Kuliah D, USM (yang saya pun tahu dok belah mana hihii). Dan err... layakkah 'Siapa Aku' dikategorikan sebagai sebuah dokumentari? Ahh... siapa yang celaru?
Dalam entri ini, saya hanya nak kongsikan artikel ilmiah, diulangi... artikel ILMIAH... yang ditulis oleh tok guru saya a.k.a penyelia saya semasa belajar di peringkat Ph.D iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah hj. Ismail. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang menjadi ahli Majlis Fatwa (correct me if I'm wrong).
Janganlah celaru mencari diri sendiri. Kerana kalau tak kenal diri sendiri, maka dibimbangi anda tidak kenal Allah. نعوذ بالله من ذلك
AURAT WANITA:KONSEP DAN HUKUM MENGENAINYA
Oleh:
Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj Ismail
Pendahuluan
Masalah aurat wanita suatu tajuk perbincangan yang besar dan memakan ruang yang banyak. Ia merangkumi konsep aurat itu sendiri, batas-batas yang ditentukan, samada dalam sembahyang atau dalam kehidupan biasa. Bahkan, perbincangan tentang aurat dalam kehidupan biasa akan merangkumi pula keadaan yang bermacam-macam, seperti sewaktu berada seorang diri di tempat tertutup atau di dalam gelap, di hadapan muhram, bersama perempuan muslim, bersama perempuan bukan Islam dan akhirnya di hadapan lelaki bukan muhram.
Social Footer
Follow saya!