October 2010

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 20 October 2010

Kenapa iLuvIslam?

Dulu, saya pernah menjadi moderator forum iLuvIslam. Tapi sekejap sahaja. Saya 'meletakkan jawatan' bila menerima jawatan Penolong Penggawa di Desasiswa Tekun, USM. Pening juga jadi moderator forum, maklumlah, laman iluvislam sangat aktif dan soalan/perbincangannya kadangkala membelitkan urat kepala.

Apabila saya tidak menjadi moderator, sesekali saya jenguk juga laman itu. Bukan untuk mengawal forum, tetapi untuk menghantar artikel yang terasa tergerak di hati untuk dikongsi di sana. Audien iluvislam memang sangat ramai. Kadangkala saya bingung melihat artikel di blog saya ini mencatat statistik yang jauh lebih rendah berbanding artikel sama yang dimuatkan di iluvislam.

Artikel 'Saya dah tak sanggup hidup' sebagai contoh dibaca sebanyak 9000 kali, artikel 'Sekufu' dan 'Valentine' dibaca sebanyak  6000 kali, manakala artikel terkini iaitu bertajuk 'Ada apa dengan Islam' [tajuk asal: Apa ada pada Islam] telah di share & like dalam facebook sebanyak 2500 kali walaupun ia baru dipaparkan selama 3 hari!

Monday 18 October 2010

Insuran vs Takaful



Minggu lalu, seorang wanita tidak dikenali menghubungi saya. No. hp saya diperolehi dari maklumat yang saya gunakan untuk membuat tempahan tiket AirAsia secara online. Memang baru-baru ini saya sering membuat tempahan online sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk pembantu rumah yang pulang ke Indonesia.

Wanita tersebut menawarkan insuran kemalangan yang menggiurkan. Maklumlah, dengan premium yang rendah, perlindungan yang diberikan menjangkau setengah juta ringgit (RM500,000) bagi setiap ahli keluarga saya yang seramai 7 orang! Saya terfikir, kalau berlaku musibah besar ke atas saya atau suami atau anak seperti kecacatan, lumpuh atau.... err.... inna lillah wa inna ilayhi rajiun..., setengah juta akan masuk ke dalam akaun dan boleh digunakan untuk perubatan, alat bantu hayat, menyara anak-anak yang masih kecil dsb. Kalau 3-4 orang sekali kena? Fuh! Tak mahu ke? Bukan mahu mendoakan musibat tersebut, tetapi kena beringat, jangan nanti bila dah terhantuk baru nak terngadah.

Wednesday 13 October 2010

2.5% tu bukan awak punya



"Wah! Hebat. Berapa gaji sekarang?" tanya saya.
"Bolehlah cukup-cukup makan," x menjawab tersipu-sipu.
"Kenal tak sesiapa yang tak cukup makan?" Saya bertanya lagi.
"Erk... mmm... kenapa ustazah?" Respon terkejut x kepada soalan saya.
"Ye lah, kalau dah mewah begini, mesti banyak dah gaji tu. Tahu tak yang 2.5% gaji tu bukan awak punya?" Saya cuba memerangkap.
"Hisy, apa ni? Ustazah ingat saya curi duit orang ke? Ini semua hasil titik peluh saya," bidas x.

Bagus! Ini baru mukadimah. Puji-puji sikit biar dia terasa dekat dan tersenyum, kemudian hmm.... barulah masuk gear 2!

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage